villakamimicasamawar

Sunday, March 4, 2012

Roti Buah-buahan

Hollaa...
dah lama tak post entry baru...cikNor tak sempat sebab tengah sibuk tahap gaban...huhuhuu...so kali ni post entry baru tapi tak nak cite panjang...

cikNor nak share resepi roti yang baru cikNor buat. Sedap roti ni, rasanya ala-ala roti Gardenia yang campur dengan buah-buah kering tu.  Dua kali cikNor buat siaran ulangan baked this bread...why??? sebab sodapp ler...fresh from oven gitu...hehehee

My first baked, cikNor belanja kawan-kawan kat tempat keje...second baked pasal adik ipar dari JB datang so makan petang dengan roti ni lah...adik ipar pun sangat excited coz dapat makan roti yang panas-panas...
Sedap sangat...nak pulak makan masa tengah panas

Let's check the ingredients...

BAHAN A
325gm tepung roti
135gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
200gm susu segar
15gm bread improver
1 sudu teh baking powder
1 biji telur

BAHAN B
25gm shortening
25gm softener

BAHAN C
10gm yis kering (mauripan atau apa-apa brand...janji yis kering)
110ml air suam
75gm gula
*semua bahan ini disatukan dan biar sampai yis kembang

BAHAN D
35gm butter
7gm garam

BAHAN E
180gm buah-buahan campuran

Caranya:
  • Masukkan semua bahan A kecuali susu segar ke dalam mixer. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit.
  • Masukkan bahan B mix-kan sekejap, kemudian masukkan bahan C dan susu segar.  Adun doh sampai sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D. Tinggikan kelajuan mixer.  Adunkan doh hingga benar-benar kembang.
  • Bila sudah kembang barulah dimasukkan bahan E, adun hingga doh sebati dengan buah-buahan campuran.
  • Tutup mangkuk mixer dengan tuala basah untuk rehatkan doh selama 40-60 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  • Bila doh sudah kembang, keluarkan doh letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung...kaupkan balikkan dengan tangan untuk buang gelembung angin.
  • Kemudian bulat-bulatkan 40gm setiap doh masukkan dalam mangkuk kertas.
  • Rehatkan lagi selama 40-60 minit hingga doh naik sekali ganda.
  • Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu yang cikNor guna atas 140c, bawah 180c. Bakar selama 20-25 minit hingga roti kuning keemasan.
  • Bila sudah masak angkat, glis dengan butter supaya roti lembut.
Doh-doh ini sedang berehat gitu...
lepas ni nak masuk sauna kasi perang kulitnya...hahaha



Angkatan roti yang baru keluar dari oven...wangiiii...
Adunan yang cikNor kasi ni boleh dapat dalam 29 biji kalau nak banyak kecikkan sikit timbangan doh kepada 35gm...
Glis dengan butter supaya roti ni kekal lembut walaupun dah sejuk
let's zoom-in roti sedap ni...hurmm...lembut,
sedap rasa buah-buahan campur tu
P/S- kalau uli guna tangan masa yang diambil ialah 25 minit TAPI kalau guna mixer 15 minit sahaja...so HAPPY BAKING (^_^)

4 comments:

  1. sedapnya...nak suruh org umah belajar dr micasamawar la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee...sajer nk tayang kt en Jasman bia ngences...

      Delete
  2. ngok gmbr pown dh bez..nie yg kne wat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Zueria try la wat sbb rasa nyer leh tahan cam roti gardenia yg campur ngan kismis tu...(lps ni kilang gardenia kene tutup la klu sume org wat roti sendiri...hahaha)

      Delete