villakamimicasamawar

Monday, May 28, 2012

Ayam Ungkep

Hari ni dah masuk hari ke-4 cuti sekolah tapi cikNor macam biasa jer tak der apa-apa plan cuti-cuti Malaysia pun sebab en Hubby terlibat dengan softball MSSM, dak Danial lak full dengan tution makanya cikNor jadi suri rumah sepenuh masa jer lah. Apa yang pasti cikNor kene jadi wakil en Hubby pergi jemputan kenduri kahwin...jimat dah tenaga sebab tak payah masak-masak...suke nyer

Tapi kan mak mertua i musti rindu sama kitaorang sebab xdapat balik kampung cuti kali ni...tahun ni memang kene kurangkan sikit aktiviti cuti-cuti Malaysia sebab anak teruna cikNor, dak Danial tu nak exam UPSR so satu family kene kurantin...hehe

Bila mention pasal mak mertua ni teringatlah pulak resepi yang selalu dia masak time kitaorang balik JB, ayam ungkep. Biasanya dia guna ayam kampung untuk wat masak ungkep ni. My bapak mertua la yang jadi tukang tangkap ayam, sembelih ayam dan bersihkan ayam...mak mertua lak jadi chef masak ayam ungkep ni. Menantunya pulak??? Jadi tukang makan jer...hahaha...hurmm...yummylicious taw...
Walaupun jadi tukang makan, ilmu masak ungkep ni menantunya dah capai tahap mastery...(hehe...perasan terror ler tu). Eh kita dah pandai taw masak menu ni, tu tengok kat bawah...
Ini la ayam ungkep yang kita masak tu. cikNor musykil jugak apa lah maksud UNGKEP ni...bila tanya en Hubby dia kata ungkep tu rempah that's mean ayam masak rempah la kot...tak kiralah apa maknanya janji benda ni sedap dimakan.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung (kalau tak ada ayam kampung ayam bandar pun boleh)
10 tangkai cili kering
1/2 cawan ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
2 keping asam keping

Cara-cara:
1- Cili kering + ketumbar + jintan putih + bawang besar + bawang putih + halia + kunyit dikisar halus.

2- Panaskan minyak kemudian masukkn serai. Selepas tu masukkan pula bahan kisar.
3- Masaklah bahan tersebut hingga pecah minyak dan rempahnya betul-betul masak.

4- Masukkan ayam dan secawan air serta asam keping. Masukkan juga sedikit garam. Kemudian masaklah hingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat. (Kadang tu mak mertua cikNor masukkan daun kunyit bila kuahnya dah hampir kering so ungkep ni jadi wangi macam rendang) Kalau nakkan ungkep ni berkuah boleh tambah sedikit air.

TA DAaaaaa......


ayam ungkep dah siap!!!

Sedap dimakan dengan nasi putih / nasi impit / ketupat / lemang. Sesuai juga buat bekal untuk perjalanan jauh sebab ayam ungkep tidak mudah basi kalau rempahnya betul-betul masak dan kering.

4 comments:

  1. Ohhh, aku x penah masak n makan ayam ungkep ni... patutlah ungkep sbb byk tul kena letak ketumbar tu eh? Adududu bab kuarantin peksa tu yg mak lomah sket...heee semoga semua selamatla ye dak danial....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betul tu ketumbar tu watak utama kene ada kalau xder xlah namanya ungkep...hehe..tapi memang kompem sodapp...tQ,moga dak Danial lulus cemerlang

      Delete
  2. wow...suruh en.hubby antakan boleh kat umah...hehe

    ReplyDelete