Nampak macam bez jer petai yang tergantung kat motor pak cik yang niaga kat pasar tu...hurmm, yummy... kalau buat sambal tumis dengan udang. Selalunya dak Eisya la yang paling tak berkenan kalau cikNor kata nak beli petai...busukkk...katanya...hahahaa...
dan selalunya cikNor akan cakap kat dia hanya orang yang cantik-cantik jer yang makan petai ni...mula lah dia gabra tahap cipan, nak jugak cantikkk...hahahaa...cikNor siap kasi bukti lagi, "haa...tengok lisa surihani tu, dia suka makan petai sebab tu dia cantik". Itulah ayat power yang cikNor rewind-kan kat dia setiap kali dia komplen bila cikNor beli petai !!!
Selalunya kalau beli petai cikNor suka buat sambal tumis jer. Lagi pun en Hubby tak makan petai kalau setakat buat ulam mentah gitu. (sebenarnya orang yang tengah menaip ni pun sama dengan en Hubby gak...ahakkss...)
Macam tu lah rupa petai yang dan dikikis dan dibelah dua |
Bahan-bahan :
3 papan petai (kikis kulitnya kemudian belah dua)
1/2 kilo udang (gaul garam kunyit, goreng separuh masak & toskan minyak)
1 labu bawang besar (potong baji)
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis
Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (rebus & toskan airnya)
4 biji bawang merah
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
-semua bahan ni disatukan dan dikisar halus
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan udang kacau hingga mesra.
- Masukkan sos tiram dan kacau lagi kemudian masukkan petai dan bawang yang dipotong baji.
- Bila sudah cukup pekat dan rasa asam, garam serta gulanya sudah elok barulah dimatikan api, sedia untuk dihidang.
Itu lah itu...resepi sambal tumis udang petai yang memang sesuai untuk orang yang cantik-cantikk jer...lalalalaa
Happy Cooking (^_^)
p/s~ cikNor tengah tension ni sebab ter-remove background villakamimicasamawar pas tu nak buat semula tak boleh pulak selalunya mudah jer nak pasang gajet...apasal nihh...blogspot mogok kerr...huhuuu
No comments:
Post a Comment