Akhirnya...
cikNor berjaya jugak buat brownies kukus lapis cheese ni. Sebelum ni sampai ngences duk tengok benda comey lagi lemak berkrim ni kat myresepi.com yang mrdayat pos tu...nak jugak,nak jugak...
Dalam resepi asal mrdayat guna tepung premix brownies kukus tapi kat JENGKA ni manalah nak dapat benda alah tu jadi cikNor pun buat sendiri lah adunan brownies tu lagi pun mrdayat kata boleh jer guna resepi brownies yang bese buat tu...apa-apa pun thank you so much mrdayat pasal kasi resepi...memang bezz, lazat bangattt...hehehe...
tapi kan, tapi kan...bese la cikNor ni suke sangat alter resepi yang dah ada...humm, pandai-pandai jer lawan tok guru...maap yer mrdayat.
Ini brownies yang cikNor dah letak toping, hias dengan hirisan badam dan parutan coklat. |
dak Eisya kata macam bantal sebab nampak gebu bila dah letak toping...hehehe |
Nampak bezz kan...yummy |
Jom nyumm...nyumm..mabelles |
Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai |
Jom makan |
Makan petang kitaorang hari ni. Kalau la hari-hari makan mewah cam gini menggebuss la kitaorang anak-beranak...hahaha |
Bahan A:
( campur semua ayakkan )
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan B:
( masak sampai larut & sejukkan )
2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 tin susu cair
1 cawan minyak jagung
Bahan C:
( pukul kembang )
3 biji telur
Bahan D:
250gm cream cheese (cikNor guna philadelphia)
50gm gula kastor
1 biji telur
6 sudu besar fresh cream
2 sudu besar tepung gandum
-cream cheese + gula pukul kembang, masukkan telur pukul lagi diikuti dengan tepung gandum kaup-balikkan hingga rata & sebati.
Cara-cara :
- Bahan B masukkan ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan bahan A sedikit-sedikit sampai habis...guna whisk supaya tak berketul-ketul, sebatikan.
- Bila adunan sudah sebati masukkan telur kacau hingga semua bahan bercampur elok.
- Panaskan air kukusan sampai mendidih.
- Masukkan 1/2 adunan dalam loyang yang sudah dilapik baking paper serta digris dengan mentega, kukus hingga masak (dalam 20-30 min).
- Bila sudah masak angkat dan lapiskan dengan adunan cheese hingga habis...kukus lagi sampai adunan cheese masak elok (30 min).
- Adunan cheese sudah masak masukkan baki brownies tadi sampai habis kemudian kukus lagi 45-60 minit atau hingga betul-betul masak (macam bese kalau nak tau dah masak cucuk dengan lidi kalau tak ada adunan melekat dah masak ler tu)
- Kalau rajin letaklah toping macam cikNor buat tu, kalau tak rajin potong makan jer la...sodap gak...hehehe.
Nor mesti sedap ni kan??Terliur kak Ros tengok.
ReplyDeletesedapp sngt kak Ros...Bayangkan rasa coklat + cheese...hurmm...mabelles
ReplyDeletemesti sedap...pandai dia buat...
ReplyDeletebetul tu jasman, memang sedappp
ReplyDeletetry la buat dah jadik nnti pos kat belog u...hehehe