villakamimicasamawar

Wednesday, October 26, 2011

Pecel Ikan Keli

Hari ini cuaca nampak agak cerah...matahari pun dah muncul setelah sekian lama kalah dengan awan mendung maka bolehlah cikNor menjemur kain dengan gumbiranya sebab hari ni mendobi sakan setelah 2 hari air terputus...lega rumah cikNor paip dah keluar air walau pun masa kat kedai runcit tadi cikNor dengar ada lagi beberapa kawasan rumah kat Jengka 10 yang tak ada air...ciann...cikNor paham...sangat-sangat paham kalau air tak ada ni...itulah masalah dari dulu hingga kini yang tak pernah selesai kat Jengka ni.

Kat kedai tadi cikNor ternampak ikan keli...TINGGG...idea, nak masak pecel keli kot...makanan raja-raja Jawa tu...hehehe...faberite en Hubby ni, maklum ler JawaWorld :-) 
Pecel Ikan Keli
Close up sikit rupe pecel tu...
cikNor mula kenal dengan masakan ni lepas menjadi suri en Hubby...first time makan, hurmm...sedap jugak. Wangi bau masakan ni sebab bau daun kencur (wong jowa sebut kencur, Melayu sebut cekur).
Inilah daun kencur @ cekur. Kat sebelah daun tu ubinya...
ada rupe macam kunyit tapi kaler putih & bau wangi
ini geng pelengkap rasa ~ bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan & daun limau purut


Ikan keli yang cikNor beli kat kedai tadi...ada 5 ekor tapi yang 2 ekor tu besar sangat jadi cikNor beli 3 ekor jer la. Ikan keli kalau besar sangat tak sedap sebab isinya liat.
Tumbuk sume bahan dengan lesung jangan dikisar sebab kureng sikit rasanya kalau dikisar
Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli (bersihkan dan bakar hingga masak)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
12 biji cili padi
3 helai daun limau purut (disiat-siat)
3 helai daun kencur (dihiris halus)
1 inci belacan
1 inci ubi kencur
garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping

Cara-cara:
*bawang merah, bawang putih, cili, belacan digoreng dengan sedikit minyak.
*kemudian bahan yang digoreng tadi ditumbuk lumat bersama dengan ubi kencur.
*masukkan bahan yang telah lumat ditumbuk ke dalam periuk bersama santan, garam, gula & asam keping.
*sentiasa kacau kuah pecel tersebut agar tidak berketul & pecah minyak.
*biarkan mendidih sebentar kemudian masukkan daun kencur & daun limau purut kacau sekejap.
*angkat kuah pecel & siramkan atas ikan keli bakar tadi.
Cubalah baru taw macam mana rasanya...sedappp
Kuah pecel ni boleh juga dilawankan dengan ikan-ikan lain macam ikan pari, ikan talapia. Ayam & terung pun oke gak dengan syarat sume tu mesti bakar baru sedap.

Happy Cooking (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Blended Orange Cupcakes

Haduyaii...dah 2 hari air tak der, tension mak dibuatnyerrr...grrrr...
mulanya ingatkan kat Jengka 10 jer tak der air rupanya kat Bandar Pusat, Jengka 11 pun sama...kalau macam ni jawabnya lama lg la kering...

Petang tadi g pasar tani tapi tak beli brg basah pun sebab air tak der malas nak angkat air cuci-cuci ikan, sayur segala-mala tu...Jumpa dengan kak Syidah owner spa kat bandar tu die kata air tak der sebab enjin pam air kat loji rosak...huhuu...tensionnnn...sah-sah air ni lambat lagi nak ada.

cikNor tension sangat ni pasal memikirkan nak mem-baking menyiapkan tempahan orang dengan bekalan air yang terhad nak memasak, membasuh, mandi....

Dalam duk tension-tension tu berjaya gak projek cupcakes cikNor...hahaha...sebenarnya cikNor teringin sangat nak mencuba buat kek oren blended ni bile terjumpe kat blog HaNa's FamiLy tu...menurut empunya blog tu die dapat resepi dari kak Nur SG & kak fida myresepi...credit to them. Nampak kek tu gebu jer pastu cam mudah nak buat sebab main blender jer sume bahan...suke sangat la cikNor kalau yang mudah-mudah ni.

Buah oren yang cikNor korbankan demi untuk mem-produce-kan blended orange cupcakes
Kebetulan en Hubby beli oren...bile cek bahan-bahan lain sume ada kat rumah maka cikNor pun meneruskanlah niat suci murni tu walau pun air tak ada.
Hasilnya itulah die...tapi cikNor buat cupcakes sebab dak Danial & dak Eisya ni lebih teruja dengan cupcakes nak-nak pulak bile dah di decorate cumell.

Cupcakes yang baru masak sedang posing gebuss...
Memang betul kek tu gebu & lembut...first time buat menjadi dengan cantiknya. tengok tu betapa ayu & mengiurkan...

Ini cupcakes yang dah siap cikNor decorate guna buttercream...tak sabar-sabar dak Danial & dak Eisya nak makan cupcakes cumell tu pada hal masa baru keluar dari oven tu dorang dan balun 4 biji cupcakes...hahaha...tapi no wonder la sebab yang ni ada make up tu yang jadi tak sabar nak makan...

Ini bunga kembang setaman...hehehee
Nampak macam aiskrim la pulak...hehehe
Sesiapa yang berminat nak mencubanya bolehlah copy resepi ni. cikNor letak sikit orange emulco sebab nak kasi kaler oren tu lg terang. Maklum ler nak tawan hati 2 orang pengkritik tetap tu...dak Danial & dak Eisya...hehehee

1 biji oren
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (kalau nak manis boleh tambah lagi 1 cawan - cikNor guna 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh orange emulco

Cara-cara :
  • bersihkan oren, buang urat putih pd bahagian tengah buah
  • potong oren kecil-kecil masukkan ke dalam blender bersama dengan minyak, gula, telur, orange emulco & kulit oren (kulit oren ambil bahagian yang kaler oren sahaja JANGAN sampai ada yang kaler putih nanti pahit) - belnder sume bahan tersebut hingga halus.
  • tepung + baking powder diayak
  • tuang bahan kisaran dalam mangkuk besar dan masukkan tepung kacau sebati.
  • kemudian sendukkan 3/4 adunan ke dalam mangkuk kertas.
  • bakar selama 25-30 minit dengan suhu atas 140C bawah 180c. 
Buttercream:

225 gm krimwell
30 gm shortening
100 gm gula
50 ml air
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara :
  • gula dimasak sehingga larut dengan air - sejukkan
  • pukul krimwell & shortening hingga gebu
  • kemudian masukkan sirap gula pukul lagi
  • masukkan susu pekat pukul hingga gebu & lembut
  • letakkan warna yg diingini & sedia untuk digunakan
Selamat Mencuba...
Happy Cooking (^_^)   

Monday, October 24, 2011

Kerabu Sotong

Hari Isnin...24 Oktober 2011, cikNor cuti-cuti Malaysia ler...uhhh...bez nyer cuti, cikNor memang suk0 dengan perkataan CUTI tu...
Hari ni sume warga Pahang bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang (yang berada di Pahang jer la...kalau awak org Pahang tapi duk kat negeri laen lupakan saje...hihiii...) owhhh...tu pasal lah cikNor cuti yer.

Bangun pagi tadi terus susun agenda ari ni...basuh kain, jemur kain, mengemas, buat sarapan...hurmmm...satu jer yang cikNor kurang rajin, nak kene ke kedai runcit beli barang basah...malas sungguh yang tu... en Hubby lak tak ada, out station jadi suka @ tak suka cikNor kene jugak ler...huhuu

Sebenarnya cikNor memang dah plan nak buat kerabu sotong...dah beli pun sotong & daun ketumbar cumanya bahan-bahan lain nak kene explore kat kedai runcit. Banyak hari dah duk mengidam kerabu sotong ni sampai dah ngences...hahahaa

Akhirnya.....

Kerabu sotong


Sedap sangat kerabu sotong tu...dak Danial yang agak cerewet pasal makanan pun boleh makan hingga menjilat pinggan dek penangan kerabu sotong cikNor ni. Huhh...kembang jap rasa bile dengar puji-pujian daripada dak Danial, harap die ikhlas puji bukan sebab takut cikNor merajuk langsung xm0 masak untuk die dah ler...hahahaa
Sekarang mari kita share resepi sedap ni...tapi tak pasti lah orang laen buat macam mana, ini stail yang cikNor buat...cuba la buat kalau sedap bagi taw kawan-kawan kalau tak sedap diam jer taw jangan kutuk-kutuk...hahahaa

Bahan-bahan:
7 ekor sotong (ni wajib ler ada sebab namanya pun kerabu sotong kalau tak jadi nama laen lak!)
1 biji lemon
1/2 labu bawang besar Holland (bawang besar yang kaler kuning tu) - potong dadu
2 biji tomato - buang biji, potong dadu
3 urat kacang panjang - potong kecil
1 batang kacang botor (kalau tak ada tak apa) - potong kecil
1/4 cawan sos ikan (cikNor tak guna garam sebab tu letak banyak sos ikan)
1/2 sudu besar gula perang (boleh jer kalau nak guna gula pasir, cikNor suke guna gula perang sebab kurang manis)
8 biji cili padi - potong kecil
3 tangkai daun ketumbar - hiris

Cara-cara untuk menjadikan sotong tu kepada kerabu sotong:
  • sotong dibersihkan - tak kisah nak potong macam mana pun janji senang untuk dimasukkan ke dalam mulut (kalau nak comel, buang kulit sotong pastu potong jadi segi 4 & kelar-kelarkan...nanti bila direbus sotong tu jadi bercorak mcm kat gambar atas tu).
  • sotong direbus sekejap (panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan sotong kacau sekejap agak sotong tu dah masak angkat & tos. Jangan over cook nanti sotong jadi liat mcm getah sekerap lak...hahaha). 
  • dalam mangkuk besar masukkan cili padi, bawang, gula perang, air lemon & sos ikan - kacau rata supaya gula larut.
  • masukkan tomato, kacang panjang & kacang botor...gaul-gaulkan kemudian masukkan sotong yang telah direbus tadi berserta dengan daun ketumbar gaul sebati supaya mesra sume bahan.
  • setelah cukup rasa masam, manis & masinnya bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi putih. (tapi sebenarnya cikNor suke ratah cam gitu jer..hehehee)
*tujuan buang kulit sotong tu supaya nanti kerabu kite tak bertukar jadi kaler merah...nanti tak lalu pulak nak makan...merah jerrr

Oke, sudi-sudikan lah mencuba nyer...

Happy Cooking (^_^)

Sunday, October 23, 2011

Cupcakes Chocolate & Buttercream

Hollaa...
hari ni cikNor nak kongsi kek cawan coklat @ chocolate cupcakes...cupcakes ni fully chocolate, sebenarnya cupcakes ni kawan cikNor oder untuk jamuan kelas, disebabkan nak kasi kanak-kanak riang makan so die request fully chocolate ler...

cikNor decorate simple cam gini jer pasal die nak yg sempoi...guna buttercream pastu tabur ngan coklat urai bukan mayang mengurai yer...hehehee  

Sebenarnya resepi ni cikNor pun tak ingat amik kat mana tapi dah try, oke menjadi...keknya rasa mcm ada sikit moist / lembab...kalau tuan punye resepi terbaca entry ni cikNor mintak izin lah share resepi ni. 
cupcakes chocolate cikNor buat cikgu Dayah

 

Oke, cepat g amik kertas salin resepi yang senang lagi sedap dimakan ni...(kalau malas salin boleh copy, paste & save jer...hehehe)

Bahan-bahan:
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
3 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 cawan susu segar
1 sudu teh vanilla
2 biji telur

Cara-cara:
  • Tepung, baking powder, garam disatukan...gaul sebati
  • Butter, gula dipukul sampai kembang...butter tu nampak mcm putih maknanya kembang lah tu
  • Kemudian masukkan telur sebiji, sebiji pukul kembang...masukkan vanilla
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, berselang-seli dengan susu - sebatikan adunan
  • Masukkan 3/4 adunan ke dalam paper cup...lagi senang guna scoop aiskerim nanti cupcakes tu seia sekata jer naiknyer.. 
Buttercream:
225 gm krimwell
30 gm shortening
100 gm gula (masak dgn 50 ml air sampai cair - sejukkan)
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:
  • Pukul shortening & krimwell sampai putih & gebu
  • Masukkan air gula & susu pukul lagi sampai gebu
  • Kemudian bolehlah letakkan dengan warna-warna yang diingini & sedia utk decorate pada kek
Actually, resepi buttercream ni cikNor dapat drp kawan cikNor,  Imah cuma cikNor tambah dgn 2 sudu susu pekat manis (yang ini cedok drp resepi wife x-GB cikNor, kak Chah)...derhaka sikit Imah yer, jangan marah erkk...

Oke, boleh la sesiapa yang rasa nak try buat sbb cikNor dah kasi resepi kek & buttercream sekali tu. Buttercream ni kelebihannya senang nak decorate & tahan lama...kalau tak letak dalam peti sejuk pun dia still maintain ayu jerrrr...

Happy Cooking (^_^)

Wednesday, October 19, 2011

Biz Cokelat cikNor...

hurmm...bez tak tajuk entry tu...Biz Cokelat cikNor. Adik cikNor kata kakaknya dah jadi usahawan IKS sempena raya pose ari tu...hahahaa...

Kat bawah ni cikNor juz nak kongsi photos coklat yang cikNor jual...tapi xmasuk dalam kotak la pulak...xper la nanti cikNor tampalkan coklat yang dlm kotak. Sume photos ni adik cikNor yang tolong snap, maklum ler kakaknya tgh sibuk double boil coklat...huhuuu
Yang kaler pink tu perisa strawberry intinya badam / kismis / strawberry...




Sume coklat ni cikNor letak inti / filling...ada badam, kismis, butter kacang, blueberry, strawberry, kiwi & hazelnut.

Aset memBAKING Part II

Hollaa...
cikNor nak sambung Aset Membaking Part II. Sebenarnya photos aset membaking ni dah lama ada tapi cikNor tak berapa nak sempat nak meng-upload-kannyer...(huhuu...bahasa apa lah ni...). Tapi tak kisahlah, lambat atau cepat cikNor tetap tunaikan janji (tunai tetap kami tunaikan...mcm lagu hari guru la pulak...hehehee)

Piping Bag
Yang pertama bagi episod ni cikNor kenalkan pada sume...piping bag. Materialnya daripada plastik. Boleh dibeli di kedai menjual alat membaking. Harganya tak mahal sangat dan boleh diguna berulang kali selagi tak koyak...haaa...jimat dah tu. Cara nak guna kita masukkan nozel (dah ada cikNor tunjukkan apa itu nozel kat entry Aset memBAKING Part I) dalam piping bag tu kemudian gunting sikit hujung piping bag tu agak sepadan dengan nozel tu.    
Spatula
Ini pula spatula. Ada macam-macam jenis spatula tapi cikNor punye koleksi cuma yang ini jer. Nanti la laen kali kalau ada rezki lebih cikNor borong spatula jenis lain lak (yang mahal mcm chef kat hotel 5 bintang guna,hehehe). Yang ni murah jer...  
Cawan Kertas...kalau nak save bajet dicadangkan guna yang ni
Dalam part I ari tu cikNor tunjukkan cawan kertas yang mahal punyer...oke, yang ini murah sikit...tapi yang ini kalau nak guna kene masukkan dalam acuan yang lubang-lubang banyak tu (tin patty) sebab kalau dah masuk adunan kek dalam tu nanti cawan tu akan jadik kembang...tak kisah nak guna yang mahal atau murah kek tu tetap rasa sama...hahaha 

Cawan Penyukat
Ini pulak cawan penyukat kesayangan cikNor. Kisahnya, dulu cikNor bukan taw pun kegunaan benda alah ni sbb cawan ni cikNor dapat masa beli balang Cosway tahun 1998 d0lu...masa tu tak heran langsung dgn kewujudan cawan tu sbb cikNor tak giler membaking lagi. Bila dah terjebak dlm alam membaking ni baru la cikNor kutip balik cawan-cawan tu...naseb la cikNor tak kasi dak eisya wat main pondok-pondok...hahaha...Yang saiz besar tu kuantitinya 1 cawan (250ml), 1/2 cawan (125ml) & 1/4 cawan (62.5ml). Senang ada cawan yang standard ukurannya sbb kalau guna resepi yg guna cawan kita dah tak konfius nak guna cawan yg mna satu. (kredit to Cosway coz that cups...hehehee...) 
Sudu Penyukat
Ini pun penyukat yg penting jugak...sbb ukurannya standard, nk guna sudu dapur rasa mcm tak sama kot ukurannya sbb saiz sudu dapur ni ada mcm2 jenis so nak selamat belilah sudu penyukat ni tak mahal pun dalam RM5 lebih jer...ukuran yg paling besar 1 tbs (15ml), 1/2 tbs (7.5ml), 1 tsp (5ml), 1/2 tsp (2.5ml), 1/3 tsp (1.65ml) & 1/4 tsp (1.25ml). *tbs (tablespoon / sudu besar), tsp (teaspoon / sudu kecil). 
Scoop Aiskrim
Benda 2 beradik kat atas tu pulak adalah...scoop aiskrim. Selain diguna utk ceduk aiskrim scoop ni sangat berguna utk scoop adunan cupcakes. Kalau guna scoop ni kuantiti adunan cupcakes tu lebih seragam jadi barulah kite punya cupcakes tu sama besar...yer la kalau guna sudu kdg2 mcm terlebih isi tak pun terkurang ..tu pasal lah bila dah masak cupcakes tu ada yg naik tinggi ada yg bantut...hehehee

Oke, ini dulu utk kali ni yer..next time cikNor update lg aset membaking ni. Pisau potong kek yg mcm gergaji tu nanti cikNor pos laen hari...jadi, tungguuuuu...

Friday, October 14, 2011

Red Velvet maniac...

Happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday to cikNor, happy birthday to me...
RVC dua versi...kek & cupcake
Dulu cikNor dah penah pos red velvet cake ni tapi yg ni pos lg sempena bufday cikNor...hehehee
RVC versi cupcake
Yang cupcakes ni permintaan dak Eisya...cikNor janji kat die balik dr kursus nk buat so tunaikanlah hajatnya...
sendiri punyer bufday sendiri bikin kek...heheee
Bez sbb dah xpayah ode kek kat kedai kek utk bufday thn ni...homemade cake utk sume. 
lapis 1 layer jer...yummy...cheese tu
Sebenarnya cikNor tgk kat belog org laen mcm-mcm versi cara dorang wat RVC ni tapi cikNor still dgn resepi yg sifu cikNor ajar sbb memang trbukti sedapnya. Frosting cream tu pun besenye dorang juz guna cream cheese jer tapi sifu cikNor ajar guna cream cheese, fresh cream & UHT whipping cream...memang sedap so cikNor tak nk derhaka ngan resepi yg sifu ajar...hehehee...loyalty student la katakan...hahahaa...

RED VELVET CAKE
bahan-bahan (kek):
250gm tpg naik sendiri
1/2 sudu teh garam
15gm serbuk koko
113gm butter tanpa garam
160gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat
bahan buttermilk:
1 cwn susu segar
1 sudu besar cuka
2 sudu besar pewarna merah

cara-cara:
*ayak serbuk koko + tpg + garam, gaul sebati
*susu segar + cuka (biar slama 10-15 minit)
*sementara tu pukul butter + gula sampai kembang kemudian masukkan telur sebiji-sebiji smpai habis
*masukkn pewarna merah dlm susu & cuka td kacau cpt-cpt jgn smpai berketul
*masukkn tpg berselang dgn buttermilk td sampai habis (pastikn mula dgn tpg & terakhir pun dgn tpg)
*dlm bks lain masukkn soda bikarbonat + dgn cuka...kacau rata kemudian tuang dlm adunan kek kacau cpt-cpt smpai sebati
*tuang dlm loyang bakar dlm 30-40 minit (api ats 140c api bwh 180c)...klu nk buat cupcake masukkan 3/4 penuh dlm cwn kemudian bakar slama 20-30 minit.

bahan cream cheese (utk layer di tgh kek / toping pd cupcake mcm gambar cikNor tu):
250gm cream cheese philadelphia (ada org guna brand tatura tapi cikNor suke philadelpia sbb rasanya lemak berkrim & xmanis...yg tatura tu manis sikit)
120gm gula kastor
1 biji lemon
-putar cream cheese masukkn gula putar lg smpi gebu masukkn air lemon, putar lg kemudian ketepikn dulu
-amik 125gm fresh cream putar dlm bks lain sampai kembang,
-amik 125gm UHT whipping cream putar juga smpai kembang (jgn over putar nanti jd cair)
*kemudian ketiga2 cream tu dicampur putar sebati

cara layer:
*kek potong kpd 2 @ 3 bahagian...letakkn cream cheese td dgn rata mcm sandwich
*putar fresh cream utk topping kek...taa daaa...dah siap
*klu cupcake ltk kt ats kemdian tepi cream cheese tu hias dgn fresh cream

p/s- hiasan ikt kreativiti...cikNor xpandai sngt asal boleh jer...hehehee


Happy Cooking (^_^)