villakamimicasamawar

Thursday, February 28, 2013

Kek Pelangi a.k.a. Rainbow Cake

Kek yang cantik dipandang dan sedap dimakan...kek pelangi.
Masa mula-mula tengok kat blog pasal kek ni, cikNor tak rasa berminat nak buat pun
hinggalah dapat request daripada en Hubby untuk kawannya yang nak datang bercuti ke rumah kitaorang masa Chinese New Year ari tu maka barulah hikayat pembuatannya berlaku...pssttt...pssttt...
kalau nak tahu sebelum ini cikNor ingat rupanya jer cantik tapi rasanya kot biasa-biasa sajer, tapi
bila dah rasa...hurmm...sedap rupanya...hehee
Cantik, kan??? Lapisan warnanya yang sangat jelita gitu...
cikNor amik resepi ni daripada blog  Martha Steward. Tergoda tengok kalernya yang berwarna-warni tu...kemas pulak tu rupanya...simple but nice (^_^) 
 
Masa mula-mula potong dan nampak rupa dalamnya, semua orang terdiam...pas tu pandang jer.
en Hubby tanya, "Kenapa tengok jer ? Makan laaa..."
"Cantik sangat, sayang nak makan !" dorang jawab...hahahaa...dah cantik sayang pulak nak makan...
Dalam duk sayang, sayang abes licin jugak kek cantik tu...
Alhamdulillah...semua suka dengan rasanyanya yang sedap. 

Berkebetulan pulak kene dengan tarikh birthday anak kawan en Hubby pada hari kek pelangi tu dipotong..."potong kuehnya...potong kuehnya...potong kuehnya sekarang jugaa..." (lagu birthday versi Indo gitu...hehehee)
Setiap lapisan disejukkan dahulu. Jangan ditindan sebab nanti melekat.
Ini proses melapis dengan cream cheese...buat dengan penuh kasih-sayang taw
supaya nampak cantik dan kemas.
Oke bila dah siap melapis...kek ini nampak tinggi maklum ler 6 lapis...
itu pun dak Eisya komplen, "Ibu,bukan ker rainbow ada 7 warna ???"
Agaknya kalau 7 lapis lagi tinggi ler...(nanti kene buat 7 lapis pulak kot supaya tak kene tegur...hahaa...)
Mari kita cek resepi...kot-kot ada sesiapa yang teringin mencubanya.

KEK PELANGI (loyang 8 in)

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 cawan butter
2 1/3 cawan gula kastor - part ni cikNor kurangkan kepada 1 3/4 jer
5 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna makanan - ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Cara-caranya :
  • Panaskan oven 170c selama 15 minit. Alas 3 loyang saiz 8 in dengan parchment paper.
  • tepung, baking powder diayak + garam.
  • butter dan gula dipukul hingga putih gebu.
  • masukkan putih telur terus pukul hingga gebu dan ringan.
  • masukkan esen vanilla, pukul sebati.
  • perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang dengan susu - tepung, susu, tepung, susu, tepung...gaul sebati. (time ni kalau nak kaup balik dengan spatula pun oke jer...)
  • bahagi adunan dalam 6 mangkuk (sama banyak taw...cikNor timbang setiap bahagian tu dalam 350+gm) kemudian letakkan pewarna makanan, gaul rata.
  • tuangkan adunan dalam loyang bakar selama 20 - 30 minit suhu 170c atau hingga masak.
  • sejukkan kek sebelum dilapiskan dengan cream cheese.
Cream Cheese Frosting :
250 gm cream cheese
120 gm gula
120 gm butter
- campur semua bahan pukul hingga gebu dan ringan.
- sedia untuk dilapiskan dalam kek

Cara Melapis :
  • ambil 1 lapisan kek sapukan dengan cream cheese, kemudian letak lapisan kek yang lain pula dan ulang proses melapis guna cream cheese sampai habis keenam-enam kek tadi.
  • susunan warna ikut suka - cikNor mula dengan ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
TIPS :
* kalau nak topping pada kek sila gandakan kuantiti bahan sebab kuantiti yang dinyatakan cukup untuk melapis kek sahaja.
* cikNor cadangkan guna 3 loyang yang sama saiz supaya cepat sikit proses membakar itu pun bergantung pada saiz oven, macam cikNor sekali bakar 3 loyang sbb oven besar jadi sekejap jer la. (nasib ler ada 3 jer loyang yang sama saiz tu...kalau ada 4 dah tentu 4 sekali bakar...hehehe...taw nak cepat jer)
Cubalah buat...berbaloi...
rasanya lembut, gebu, sangat moist...dan sangat sedap (^_^)

Wednesday, February 13, 2013

Pandan Marble Cuppy Cake

Holla, buat semua...bertemu lagi setelah lama bercuti demi melangsaikan tugasan co-bisness. Alhamdulillah segalanya telah berjaya dibereskan mengikut masa yang dijadualkan, moga-moga yang baik-baik sahaja bakal diterima kelak.
 
Sebenarnya sudah terlalu banyak bahan yang disimpan untuk dikongsi bersama, salah satunya adalah pandan marble cuppy cake ni...resepi ini cikNor dapat daripada kak Azlita masam manis cumanya cikNor dah transform-kannya jadi cupcake @ kek cawan (credit to tuan punya resepi, kak Azlita dan Yatie sebab sharekan resepi yang sedap dan mudah ini). Sebelum ni cikNor dah buat kek pandan marble, ternyata rasanya sangat sedap. Kebetulan ada event di rumah mommy cikNor,
my mommy minta buatkan kek cawan untuk  buah tangan tetamu maka dengan sebab itulah pandan marble cake ni bertukar jadi pandan marble cuppy cake.
 
cikNor cuma gantikan pandan paste dengan coconut pandan emulco dan tambahan sebanyak 50gm tepung gandum (untuk elakkan cupcake tu mendap). Yang lain-lain semuanya sama sahaja.
 
 
Pandan Marble Cuppy Cake
 
Bahan-bahan :
Bahan A
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
-ayak
 
Bahan B
4 biji telur - cikNor guna gred B
100 gm gula pasir
1 sudu besar ovallete
25 ml susu segar
50 gm minyak jagung
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh coconut pandan emulco
 
Cara-cara :
  • gula, ovallete digaul rata kemudian masukkan telur dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (macam adunan bahulu).
  • perlahankan speed masukkan bahan A sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata kemudian masukkan minyak dan susu segar gaul sebati.
  • ambil sedikit adunan kemudian campur dengan serbuk koko dan coklat emulco gaul sebati.
  • bahagian adunan yang banyak dicampurkan dengan coconut pandan emulco, gaul sebati (kalau nakkan hijau lebih pekat tambah sedikit pewarna hijau).
  • masukkan adunan pandan dalam cawan kertas (cikNor masukkan separuh cawan kertas) kemudian buat garisan atas cupcake dengan adunan coklat dan lorekkan dengan lidi supaya jadi corak marble.
  • panaskan oven 15 minit, suhu 180 celcius sebelum bakar cupcake.
  • bakar cupcake 25 minit atau hingga masak sempurna.
* untuk mudahkan buat garisan atas cupcake, masukkan adunan coklat dalam piping bag.
 
Pssstt..pssttt..kalau guna coconut pandan emulco rasanya lebih sedap, baunya pun sangattttt wangi...tapi kalau tak ada boleh jer jer guna pandan emulco. Coconut pandan emulco tu cikNor beli dari kedai DNA Bakery di Jerantut :=)
 Selamat mencuba (^_^)

Tuesday, January 15, 2013

Musim-musim sibuk sudah kembali

Holla...rindu kat belog ai...huhuu
nampak gayanya cikNor terpaksa rehat berbelog buat sementara waktu walau pun sebenarnya sudah ada banyak material yang nak dikongsi bersama semua ini gara-gara New Deal NKRA. Terlalu banyak yang perlu dibereskan, segalanya mau perfect...(penat sebenarnya, kadang-kadang terfikir pulak tak perlulah new deal sekiranya terlalu banyak saringan yang hampir melumpuhkan minat mendidik !!!) iya lah...bayangkan segala dokumentasi perlu perfect sedangkan pencapaian murid sudah cemerlang rasanya itu sudah cukup bukti yang menunjukkan guru itu mengajar dan mendidik...bukan tidak ada dokumentasi sebelum ini...ada cuma ia tidak seperti kehendak pihak atasan. Tapi tidakkah pihak di sana fikir dokumentasi yang terlalu rigid itu sebenarnya menambahkan beban tugas guru walhal co-bisness seorang guru ialah mengajar tetapi bila 1 portfolio paling minima mempunyai 5 fail bayangkan kalau seorang guru itu memegang 5 portfolio (biasanya sekolah SKM gurunya terpaksa pegang lebih dari 3 portfolio sebab cikgu tak ramai) darab jer lah dengan 5...25 fail yang guru perlu bereskan itu belum campur fail PBS individu dan eviden...mau cikgu-cikgu lemas dihempap fail jer lah...sebenarnya itu yang orang tidak tahu tentang beban tugas seorang guru...

Bagi cikNor...ai lebih rela mengajar sepanjang hari daripada menyiapkan fail-fail yang bertimbun tu...penat tau, nak fikirkan segala macam pelan tindakan, pelan taktikal, pelan operasi, kertas kerja program, fail meja, minit curai etc...

cikNor suka mengajar dan membuat bahan mengajar tapi cikNor tak suka dokumentasi yang nampak cantik atas kertas tapi pelaksanaannya tak cantik bila dipraktikkan...sebenarnya beban tugas guru bukanlah mengajar tetapi beban tugas guru ialah kerja-kerja dokumentasi...segala macam FAIL. Tugas mendidik dah jadi 30% tapi penyediaan failing 70%...hampir memasuki bidang pengkeranian bukan lagi bidang pendidikan.

Kalaulah dapat diubah semua tu alangkah bagusss...

Friday, December 28, 2012

Black and White Russian Chocolate Cake

Pengumuman...pengumuman...cikNor update blog, cikNor update blog
~ kena war-warkan sebab cikNor kan selalu lambat update blog,
kali ni cepat pulak...kenapa ya???
Jawapan = biarlah rahsie kot...hehee
 
Geram + terliur tengok tuan-tuan blog yang tayang kek black and white russian. Lama cikNor bertangguh nak buat kek ni dari sehari ke sehari akhirnya hari ni siaplah jugak kek bistro yang sangat hot ni. 2 hari cikNor amik masa nak siapkan kek sedap ni bukan sebab kek ini complicated sangat nak membuatnya tapi cikNor banyak hal lain di luar jangkaan.
 
Mula-mula dah buat kek coklat moist tu tapi tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah jadi kek tu pun dikorbankan untuk kudapan tetamu...hihii...jadi tomorrow morning cikNor bakes lagi kek coklat moist tu, tup-tup en Hubby ajak ke Mentakab lak nak shopping kelengkapan asrama dak Danial so kek tu dihibernasikan ke dalam es box...tu pasal la panjang riwayat kek ni citer nyer...
Inilah rupa kek black and white Russian chocolate tu.
Tak ler comel sangat kejadiannya sebab cikNor nak cepat menyiapkannya, nak ke rumah kak Lah sebab nak minta dia tolong jahitkan baju Melayu dak Danial yang nak dibawa ke asrama...3 pasang...huhuu...tu pasal kene hantau cepat-cepat (ibunya tau membaking jer...menjahit sifar...).

Selepas dipotong...hurmm...tak mengecewakan, tersusun kemas cheese dan ganache, masa buat tu risau jugak takut cheese tu meleleh dan sememeh merata sebab cikNor guna resepi frosting cream cheese sendiri. Resepi asal ada guna cream cheese dan mascarpone cheese...tapi kat Jerantut ni cikNor tak pernah lagi jumpa dengan mascarpone cheese  jadi kena pandai-pandai la alter resepi asal. Untuk buat kek ni kita boleh guna apa-apa resepi kek coklat moist, cikNor memang dah biasa guna resepi yang ini - dijamin lembut serta very moist dan yang paling penting sedapppp...


Jom semak resepi...

Kek Coklat Moist :
loyang 8 in

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
3 biji telur gred A
2 cawan gula pasir - kisar halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak bunga matahari

Bahan D
1 cawan air panas

Cara-cara :
  • panaskan oven 15 minit suhu 180 celcius.
  • satukan semua bahan A kemudian ayak.
  • bahan B dipukul hingga kembang dan ringan.
  • masukkan bahan C dalam bahan B pukul sebati.
  • masukkan pula bahan A sedikit demi sedikit sambil dikaup-balik hingga sebati - guna whisk jer.
  • kemudian masukkan air panas mendidih dan kacau sebati adunan tersebut.
  • tuangkan adunan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper dan diglis butter. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. (ikut oven masing-masing yer, cikNor punya oven 1 jam untuk membakar kek coklat moist ni)
*boleh juga kalau nak kukus tapi kalau nak kek tahan lama lebih baik dibakar...don't worry kalau guna resepi ni walau dibakar keknya tetap moist.

Cream Cheese Frosting :

Bahan A
250 gm cream cheese phildelphia / tatura - cikNor guna philadelphia
90 gm gula kastor - kisar halus
1 biji lemon - ambil jus
1 sudu teh serbuk nescaffe - ayak
1 sudu teh coffee emulco
- cream cheese, gula dipukul kembang kemudian masukkan jus lemon, serbuk nescaffe dan coffee emulco...pukul hingga sebati.

Bahan B
125 gm UHT whipping cream
- pukul hingga soft peak.

Bahan C
125 gm fresh cream
- pukul hingga soft peak

Cara-cara :
  • masukkan bahan B dalam bahan A kacau sebati kemudian masukkan pula bahan C gaul hingga semua bahan sebati.
  • simpan dulu dalam es box.
Ganache :
300 gm fresh cream
300 gm dark chocolate
25 gm butter

Cara-cara :
  • panaskan fresh cream hingga keluar buih-buih kecil, masukkan butter.
  • bila butter dah cair masukkan coklat kacau hingga coklat cair dan tiada ketulan.
  • sejukkan ganache supaya sedikit keras
* buat 2 adunan ganache ni sebab 1 adunan untuk paipkan atas kek (yg dah disejukkan hingga sedikit keras) 1 adunan lagi untuk tuang sebagai topping atas kek yer puan-puan.

Oke, di bawah ni cikNor tunjukkan langkah-langkah membuat kek black and white russian chocolate.

cikNor guna dua loyang 8 in untuk adunan kek supaya senang nak potong, maklum ler kek coklat moist ni sangat lembut dan gebu.

Oke ini kek yang sudah dipotong menjadi 4 keping...sama jer ketebalannya kan...that is the trick how they are work when u made two chocolate cakes...(^_^)
Masukkan cream cheese dan ganache dalam piping bag...sekarang bermulalah proses untuk buat spiral bagi setiap keping kek coklat tu...
Firstly, paipkan cream cheese agak-agak besar syiling 50sen kat tengah-tengah kek kemudian selang- selikan dengan ganache hingga menutupi semua bahagian kek. Kemudian amik lapisan kedua letakkan ke atasnya.
- psstt...sori cikNor terlupa nak amik gambar untuk lapisan yang berikutnya,
maklum ler esei la tukang buat kek esei juge yg nak amik photo nyer...so nak dibagaimanakan...lupa sudaaa...hihii...
tapi cikNor terangkan cara-caranya harap-harap faham ler walau pun tanpa gambar.

Secondly, atas lapisan kedua mulakan dengan ganache di tengah-tengah kek (juga buat macam step pertama tadi). Di lapisan ketiga mulakan dengan cream cheese semula.

Thirdly, di lapisan keempat salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Kemudian masukkan dalam es box selama 30 min atau hingga set.

Di bawah ni cikNor tunjukkan cara cikNor salutkan cream cheese dengan menggunakan nozzle bunga rose...tujuannya supaya tak ada crumbs / serdak kek yang berterabur. (sebenarnya inilah cara cikNor guna untuk topping kek sama ada guna buttercream atau fresh cream.) tapi sori lupa lak nak upload gambar nozzle tapi rasanya tau kan rupa nozzle untuk buat kelopak rose tu kan...paling baik kalau nozzle tu bersaiz besar sebab lagi cepat.


Paipkan dengan nozzle kelopak bunga rose hingga menutupi keseluruhan kek

Kemudian ratakan salutan cream cheese tu...nampak elok jer kan xder crumbs yang bercampur dengan cheese tu...rehatkan dalam es box 30 min (bukan tuan buat kek yang pergi rehat tau...sebab time tu korang bolehlah buatkan adunan ganache yang nak dicurahkan atas kek tu).
Bila ganache tu dah suam curahkan atas kek bermula dari tengah kemudiah sengetkan supaya ganache mengalir ke tepi bahagian kek. Kemudian bolehlah hias ikut kreativiti korang. Masukkan semula dalam es box lebih kurang 30 min supaya coklat set elok.
Bagi mendapat potongan kek yang cantik dan tak sememeh, korang celup pisau dalam air panas kemudian kesat supaya kering, barulah potong kek...


Rasa kek ni memang yummylicious...gabungan cheese dan coklat, umpama irama dan lagu...hehee...(resepi yang menyebabkan korang terpaksa lupakan sementara diet korang tu...huhuu...)

Happy Holiday at Air Papan

Holla...asyik sungguh cikNor bercuti sampai berhabuk villakamimicasamawar ni. Mula-mula balik kampung en Hubby kat JB lepas tu gerak ke Mersing sebab mendaftar adik bongsu cikNor sertai latihan GEMS di Hotel Sri Malaysia Mersing. Actually, parents cikNor gerak dari Jengka pagi Ahad jadi kitaorang kat JB gerak ke Mersing tengah hari pada hari Sabtu, sampai terus booking hotel untuk rakyat jelata sume.

Semua hotel kat Mersing sudah penuh jadi jenuh jugalah en Hubby google kat internet dan called sana-sini. Lastly, recepcionist kat Sri Malaysia cadangkan ke Timotel Hotel (tak der dalam internet...patut la tak jumpa namanya). Alhamdulillah, ada lagi kosong...terus booked 3 bilik...lega. Oke jugak hotelnya, biliknya luas dan selesa, sarapannya pun sedap cumanya kurang promosi kot tu yang kitaorang tak terjumpa...

Rupa-rupanya semua hotel kat Mersing penuh sebab kat Pantai Air Papan ada Festival Layang-layang.

Teruja cikNor tengok macam-macam bentuk layang-layang tu...ada ikan, ada sotong
Cantik kannn...

 Ramai orang kat Pantai Air Papan petang tu...



Dalam kecoh-kecoh mencari penginapan sempat jugaklah telefon kak Sue classmate masa kt MPPM (sekarang IPGM)...waaaa...Jejak Kasih...hihii...
Tepon Lah jugak...so berjumpalah kitaorang kat Pantai Air Papan...masih tak berubah dorang...Lah still kepoh and kak Sue still maintain keibuan...miss them so much. Dorang bukan jer classmate malahan cikNor punya housemate masa belajar dulu.
 Norazilah Jabar a.k.a Lah...riuh bercerita dan banyak ceritanya itulah Lah...hihiii
kak Sue...ibarat macam ibu kat rumah sewa kitaorang dulu. 
My family...
 hehee...tengok my Hero with the big fish on the sky...ai, abang sayang (^_^)
nak jugak gambar couple tapi layang-layang tak nampak...
 kitaorang bergambar dengan layang-layang sotong...
 Ini gambar kat depan hotel cikNor menginap...dah malam sebab tu gambar tak berapa clear
eh, sukenyer kitaorang...



Adik cikNor yang kerja dengan company YTL pun ada jugak, siap amik cuti sebab dia jd driver bawa parents dan adik bongsu yang nak daftar kat program GEMS tu... 
kak Sue jemput kitaorang semua makan tengah hari kat rumah dia...jadi esoknya lepas dah daftar adik kat Hotel Sri Malaysia tu berangkatlah ke rumah dia. Lama jugak lepak, borak-borak pukul 3 petang baru gerak balik Pahang.

Wednesday, December 12, 2012

Kek Mentega Keju Lemon

Holla, semua...
Dah lama cikNor tak pos entry kek kan...(ada ke orang tunggu resepi kek cikNor...huhuu...)
Tuan-tuan dan puan-puan inilah dia...Kek Mentega Keju Lemon atau pun kita omputihkan sebutannya...Butter Cheese Lemon Cake...cikNor letak jugak lemon kat nama kek ni sebab rasa lemonnya yang umphh...so credit la sikit kat lemon tu...
 
Sedap tau kek ni...bau lemonnya yang semerbak dengan rasa lemak butter dan keju...hurmm...yummylicious sangattttt...cikNor dapat resepi ni daripada belog akak Wana Yusuf.
Terima kasih yer kak sebab share-kan resepi sedap ni...

cikNor guna bekas aluminium masa bakar jadi dapat tiga bekas ni.
Bakar dalam bekas ni sebab nak bawa balik kampung jadi tak perlu cari bekas lain cuma ambil penutup tutup jer...
siap pack untuk buah tangan orang kampung...
Dua kali adun dapat 6 bekas...bese la, tuan tanah pun nak makan jugak...hehe...1 bekas ada customer datang beli kat rumah, 1 bekas buah tangan buat kak Fa (rakan FB...duk kat taman Damansara Alif, Tampoi), 1 bekas kasi my mommy,1 bekas bawa balik kampung...lagi 2 ??? tuan tanah makan...hehee...en Hubby dan my kids sangat-sangat suka tu pasal dorang makan sampai 2 bekas !!!

cikNor bawa balik kampung kek lapis prune, kek lobak merah dan kek butter cheese lemon ni...ole-ole untuk family kampung.
 
Kek Mentega Keju Lemon
 
Bahan A :
225 gm tepung gandum / tepung naik sendiri - cikNor guna tepung gandum jer
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
 
Bahan B:
200 gm butter
175 gm cream cheese
1/2 sudu teh kulit lemon (hati-hati masa parut jangan sampai terkena bahagian putih...pahittt)
175 gm gula kastor
5 biji kuning telur
 
Bahan C:
5 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
 
Cara-caranya:
  • butter, cream cheese dipukul hingga kembang.
  • masukkan gula, pukul.
  • masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul.
  • bahan A disatukan, ayak kemudian dimasukkan dalam bahan B yang dipukul tadi...gaul rata.
  • dalam bekas lain pukul bahan C sampai kental kemudian campur dengan bahan campuran tadi. Kaup balikkan hingga rata.
  • masukkan dalam loyang dan bakar selama 30 min suhu 180c - cikNor guna oven api atas bawah, atas 130c bawah 160c selama 30 min.  


XOXO    (0_0)  (^_^)

Kuih Ketayap Berlauk

Salam holiday dari cikNor buat semua...(masih dalam mood CUTI...hihii...)
cikNor kembali dengan entry yang diperam masa bercuti di kampung en Hubby.
Kali ni pun resepi kampung jugak ler cuma diinovasikan mengikut selera anak tekak cikNor (disebabkan cikNor yang jadi masterchef makanya semua orang kene makan apa yang cikNor masak, suka @ tak suka telan jer...wakakaa...)
Oke, nampak tak gambar yang kat atas tu...Ya, betul !!! Namanya kuih ketayap a.k.a kuih dadar atau nak lagi glamer kite sebutnya CREPE KAMPUNG...hehehee...
pandai-pandai kau jer kasik nama yer cikNor (^_^)
Biasanya inti kuih ketayap ni manis...inti kelapa tu kan tapi disebabkan lebihan inti pastry puff yang cikNor buat tu masih berbaki...takut lak rosak, rugi jer kalau terpaksa ditong sampahkan maka ia pun di-transform-kan kepada kuih ketayap berlauk (ini namanya ekonomi rumahtangga...hahaa)
Psstt...Psstt...cikNor ajar adik ipar dan kakak ipar buat pastry puff guna cara shortcut tu pasal ada lebihan inti :-)
Itu ari cikNor buat dua versi inti...ayam dan sardin. Jom kita baca-baca resepi (tak kisahlah kalau ada yang dah terror buat ketayap ni cikNor tetap gak nak interframe-kan resepinya...)

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan susu segar (kuantitinya bergantung kepada kualiti tepung...kalau perlu tambah, tambahlah dan kalau perlu kurang maka kurangkanlah yer...)
1 sudu teh kunyit serbuk atau pewarna kuning - cikNor guna kunyit serbuk sebab tak jumpe pewarna maklum ler dapur mak mertua punyer...hihii
1 sudu teh garam

Caranya :
  • campur kesemua bahan kacau supaya larut, kemudian blend-kan supaya halus dan sebati - kalau buat macam ni adunan tak berketul...halusss jer...
  • kemudian panaskan kuali non-stick sapu sedikit minyak (untuk yang mula jer lepas tu tak perlu). 
  • masukkan 1 senduk adunan dalam kuali non-stick tadi dan dadarkan ia...angkat apabila tepung mengering dan kelihatan tepinya terkopek (maknanya dah masak ler tu).
  • angkat dan letakkan inti di bahagian tepi kemudian gulung kemas-kemas.

Inti Sardin:
1 tin kecil isi ikan sardin - buangkan sosnya
1 cawan mix vegetables
garam secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  • masukkan isi ikan sardin yang telah dihancurkan.
  • masukkan mix vege dan garam...gaulkan ia.
  • kemudian masukkan jus limau nipis gaul hingga mesra.
  • masukkan tepung gaulkan ia supaya sebati kemudian matikan api.
Inti Ayam:
1 mangkuk isi ayam yang dicincang kasar - paling baik bahagian dada
1 cawan mix vegetables
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kari (kari untuk ayam atau daging tau)
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
2 tangkai daun bawang - hiris 1cm panjang
1 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari.
  • masukkan isi ayam.
  • masukkan mix vege dan garam...gaulkan ia supaya mesra.
  • masukkan masukkan daun bawang diikuti dengan tepung tepung gaulkan ia kemudian matikan api.
tips - tujuan masukkan tepung adalah supaya intinya kering.

Itulah dia resepi crepe kampung yang cikNor buat sempena cuti-cuti di kampung. Insyaallah, balik ke Angsana nanti cikNor update-kan dengan cerita-cerita dan resepi lain pulak.

XOXO      (0_0)  (^_^)