Holla, buat semua...bertemu lagi setelah lama bercuti demi melangsaikan tugasan co-bisness. Alhamdulillah segalanya telah berjaya dibereskan mengikut masa yang dijadualkan, moga-moga yang baik-baik sahaja bakal diterima kelak.
Sebenarnya sudah terlalu banyak bahan yang disimpan untuk dikongsi bersama, salah satunya adalah pandan marble cuppy cake ni...resepi ini cikNor dapat daripada kak Azlita masam manis cumanya cikNor dah transform-kannya jadi cupcake @ kek cawan (credit to tuan punya resepi, kak Azlita dan Yatie sebab sharekan resepi yang sedap dan mudah ini). Sebelum ni cikNor dah buat kek pandan marble, ternyata rasanya sangat sedap. Kebetulan ada event di rumah mommy cikNor,
my mommy minta buatkan kek cawan untuk buah tangan tetamu maka dengan sebab itulah pandan marble cake ni bertukar jadi pandan marble cuppy cake.
cikNor cuma gantikan pandan paste dengan coconut pandan emulco dan tambahan sebanyak 50gm tepung gandum (untuk elakkan cupcake tu mendap). Yang lain-lain semuanya sama sahaja.
Pandan Marble Cuppy Cake
Bahan-bahan :
Bahan A
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
-ayak
Bahan B
4 biji telur - cikNor guna gred B
100 gm gula pasir
1 sudu besar ovallete
25 ml susu segar
50 gm minyak jagung
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh coconut pandan emulco
Cara-cara :
- gula, ovallete digaul rata kemudian masukkan telur dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (macam adunan bahulu).
- perlahankan speed masukkan bahan A sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata kemudian masukkan minyak dan susu segar gaul sebati.
- ambil sedikit adunan kemudian campur dengan serbuk koko dan coklat emulco gaul sebati.
- bahagian adunan yang banyak dicampurkan dengan coconut pandan emulco, gaul sebati (kalau nakkan hijau lebih pekat tambah sedikit pewarna hijau).
- masukkan adunan pandan dalam cawan kertas (cikNor masukkan separuh cawan kertas) kemudian buat garisan atas cupcake dengan adunan coklat dan lorekkan dengan lidi supaya jadi corak marble.
- panaskan oven 15 minit, suhu 180 celcius sebelum bakar cupcake.
- bakar cupcake 25 minit atau hingga masak sempurna.
* untuk mudahkan buat garisan atas cupcake, masukkan adunan coklat dalam piping bag.
Selamat mencuba (^_^)
Assalamualaikum..alahaiiiiii...cumelnya corak2 mable kat atas tu...
ReplyDeletetQ Sue...yg pasti cantik rupa sedap rasanya...
Deletetry la (^_^)