villakamimicasamawar

Friday, June 17, 2011

Ada Apa di Temerloh...?

waa...bez jew bunyi tajuk entri cikNor kali ni yer...Ada Apa di Temerloh...erkk??? Ada Sungai Pahang...tett...betul,betul,betul...tapi apa yang ada dalam Sungai Pahang tu pulak yer??? Fikir...fikir...selalunya dalam sungai mestilah ada ikan...heheee...Mari kita lihat sape yang kena...
hahaha...siap ada signboard lagi...Temerloh Bandar Ikan Patin. Ingat...kalau singgah kedai makan kat Temerloh tanya dulu harga sepotong ikan patin sebelum order takut nanti terkezutt giler lak time nak bayar...hehehe
Sebenarnya kalau ikan patin sangkar sungai harganya sekilo dalam RM14.00 jew tapi kalau patin liar memang la kaw-kaw punyer rege!!! Patin liar mahal sebab memang dorang tangkap kat sungai & rasanya memanglah sedap maklum ler ikan tu carik makan sendiri tapi patin sangkar sungai pun oke gak, dijamin tak ada bau hanyir @ bau tanah sebab ikan tu dibela dalam sungai yang mengalir airnya. Kalau kita lalu kat Sungai Pahang tu dpt tengok ada sangkar ikan patin tu.
hurmm...dah banyak cikNor kasi info pasal ikan patin tu jadi marilah kite belajar masak ikan patin asam pedas Johor. Gambar kat atas tu asam pedas ikan patin yang cikNor masak baru-baru ni atas permintaan Pak Usu cikNor yang duk kat Bangi. Satu kuali besar cikNor masak asam pedas tu...4 ekor ikan patin berjaya dibeli kat pasar malam Bandar Pusat.

Kisahnya, Pak Usu cikNor ada tengok kat TV pasal ikan patin...die tengok macam sedap jew sebab tu cuti sekolah ari tu die order ikan patin masak asam pedas Johor. Besenya kalau kat Pahang ikan patin ni dorang wat masak gulai tempoyak tapi cikNor tak makan durian, tempoyak & yang sewaktu dengannya itu pasallah cikNor wat masak asam pedas Johor...kebetulan pulak en Hubby cikNor org Johor jd asam pedas Johor ler masakan feberit kitaorg sekeluarga...
itulah...itu ikan patin masak asam pedas Johor...

Bahan-bahannya mudah jer der...utk seekor ikan patin taw!!!
15 tangkai cili kering (bersihkan pastu rebus sekejap kemudian toskan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit
sedikit belacan
daun kesum
bunga kantan
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya...
-kisar cili kering + bawang besar + bawang putih + halia + serai + kunyit + belacan
-panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau & pecah minyak (garing)
-masukkan air asam jawa & garam kacau rata kemudian masukkan air (2 cawan)
-bile mendidih masukkan ikan patin, daun kesum & bunga kantan, biarkan sekejap sampai mendidih
-bile rasa asam garamnya dah cukup bolehlah matikan api.
waallaaaa...ikan patin masak asam pedas Johor kite dah siap. Ni bahagian kepala, cikNor hidang dalam byk bekas sebab rombongan Pak Usu cikNor ramai...berbaloi masak banyak-banyak sebab dorang makan sampai abesss...
yang ni bahagian ekornya...yummy...jom makan!!!

hepi cooking (^_^)

Friday, June 3, 2011

cikguKu...berukKu???

Kisah bermula di sebuah kampung...tinggal seorang budak lelaki bernama Hassan. Dia tinggal di sebuah rumah kecil bersama dengan seorang nenek tua yang buta matanya. Hassan tidak mempunyai kawan lain, melainkan seekor beruk yang telah dibelanya semenjak dari beruk itu kecil lagi. Beruk itu sangat akrab dan manja dengan Hassan. Seandainya ada sesiapa yang cuba mengganggu Hassan pasti teruk orang itu dikerjakan oleh beruknya. Kehidupan Hassan dan neneknya sangat susah. Bagi menyara kehidupan mereka, Hassan mengambil upah memetik kelapa dengan bantuan beruk kesayangannya itu.

Setiap hari sebelum ke sekolah Hassan pasti akan membereskan dahulu kerja-kerja di rumah kerana dia tidak mahu menyusahkan neneknya yang buta itu. Oleh sebab itu Hassan selalu terlewat ke sekolah. Apabila sampai ke sekolah Hassan pasti akan dimarahi oleh cikgu Shafie tanpa usul periksa. Namun begitu Hassan tidak pernah menceritakan hal sebenar kepada gurunya. Biarlah dia dimarahi asalkan neneknya tidak menghadapi kesulitan sepanjang dia berada di sekolah.

Satu hari Hassan tidak ke sekolah seperti biasa, ini menyebabkan cikgu Shafie berasa hairan lalu beliau berhasrat untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku kepada Hassan. Setelah bertanyakan kedudukan rumah Hassan kepada ketua kampung cikgu Shafie pun sampailah ke rumah Hassan. Rumah Hassan terletak agak jauh dihujung kampung itu.

Sampai sahaja ke halaman rumah Hassan, cikgu Shafie memberi salam. Salam beliau dijawab oleh nenek Hassan. Cikgu Shafie dijemput masuk ke rumah oleh nenek tua itu. Setelah memperkenalkan dirinya, cikgu Shafie menyatakan tujuannya datang ke situ.

"Maaflah cikgu, Hassan tidak ada di rumah. Dia telah keluar petik kelapa bersama dengan beruknya, kejap lagi baliklah dia."
"Hassan tidak ke sekolah hari ini kerana nenek demam jadi dia tidak sampai hati nak tinggalkan nenek seorang diri lama-lama di rumah," sambung nenek tua itu lagi.
"Nenek, kenapa Hassan selalu lambat sampai ke sekolah?" tanya cikgu Shafie.
"Cikgu, Hassan ni seorang cucu yang sangat baik...dia tak akan ke sekolah selagi dia belum siap masak dan sediakan semua keperluan nenek..." jelas nenek tua itu kepada cikgu Shafie.

Cikgu Shafie rasa sungguh bersalah apabila mengetahui hal yang sebenar tentang kelewatan Hassan. Dia sangat menyesal kerana tidak pernah bertanya sebaliknya hanya berterus-terusan memarahi Hassan.

Tiba-tiba...
"Nek, Hassan dah balik."

Hassan masuk ke dalam rumah, dia terperanjat kerana cikgu Shafie ada di situ. Lalu Hassan lari keluar rumah. Cikgu Shafie mengejar Hassan, beruk Hassan terus menerkam cikgu Shafie kerana meyangkakan Hassan terancam. Beruk itu menggigit-gigit cikgu Shafie. Cikgu Shafie menjerit kesakitan, beruk itu mencengkam kuat leher cikgu Shafie...Hassan memandang ke arah cikgu Shafie dengan rasa marah namun begitu timbul rasa kasihan pula. Hassan tahu jika dia tidak melakukan sesuatu cikgu Shafie pasti akan mati. Hassan serba-salah, dia perlu memilih antara cikgunya atau beruknya...

Hassan mencapai kayu lalu memukul kepala beruknya. Beruk itu pun melepaskan gigitannya lalu jatuh terkulai ke tanah. Darah mengalir laju keluar dari kepala beruk kesayangannya, Hassan memangku beruknya dengan rasa sedih. Beruk itu memandang wajah Hassan dengan pandangan matanya yang sayu seolah-olah ingin memberitahu Hassan bahawa ajalnya telah tiba dan ia tidak lagi akan menemani Hassan selepas ini. Tidak lama kemudian beruk itu memejamkan matanya...Hassan meraung sekuat hatinya.

Cikgu Shafie melihat kejadian tersebut dengan rasa terharu. Beliau tidak sangka Hassan sanggup mengorbankan beruk kesayangannya demi menyelamatkan nyawanya.

My blueberry muffin yang sempoi

Holla, rasanya dah lama cikNor tak update belog kan??? Huhh...sibuk sungguh ler tu yer...Dalam pos yg dulu cikNor pernah kasi resepi muffin kan, kali ni cikNor nak kasi satu lagi resepi muffin yg agak mudah & sempoi. Kalau ada sesiapa yg rasa nk try, silakan sebab sangat-sangat senang. Rasanya pun sedap mcm Twiggies...hehehe...perasan!!! Inilah muffin tu...muffin blueberry.
Ini bahan-bahan untuk buat muffin blueberry:

3 cwn tepung kek bluekey
1 cwn minyak jagung
160 gm gula kastor
1 cwn susu segar
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
  • telur + gula + vanilla kacau rata-rata guna sudip kayu jew pas tu + susu,kacau sebati (Bahan A)
  • tepung + minyak jagung disebatikan guna mixer (Bahan B)
  • campurkan Bahan A dalam Bahan B kacau sebati...pukul guna mixer tapi jgn over pukul,agak-agak sebati sume bahan tu
  • bila sudah sebati sendukkan ke dalam cup yg sesuai agak-agak suku cup tu kemudian masukkan 1 sudu kecil blueberry filling...atas filling tu letak sikit lg adunan muffin jgn penuh cup taw sbb nanti melimpah pulak masa bakar.
  • bakar lebih krg 15-20 minit dgn kepanasan 170C. Kalau nk taw dah masak boleh test guna lidi, cucuk lidi pd muffin kalau lidi tu kuar bersih tak der lekat-lekat maknanya dah masak.
Hepi cooking, dear (^_^)

Laksa asam mabelles...

uikss...tetibe cikNor rasa nak tayang laksa asam kat sini...hehee...bez kalau makan panas-panas...mabelless...Laksa asam senang dimasak sedap dimakan. Nak resepi...

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa (kalau tak der yg basah boleh guna laksa kering tapi kene rendam lbh kurang 2 jam pastu rebus supaya lembut)
1 kg ikan kembung / ikan selayang / ikan tamban (rebus dulu ikan ni pastu sejukkan)
1 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
5 keping asam keping
sedikit belacan (kalau tak nak letak pun tak apa)
garam secukup rasa
2 kuntum bungan kantan
sedikit daun kesum

Bahan tabur:
timun
limau nipis
telur rebus
kacang panjang
cili besar
-sebenarnya bahan tabur ni ikut tekak kite jew

Cara-cara:
-Kisar ikan masukkan dlm periuk
-cili kering + bawang + belacan dikisar halus kemudian campur dlm periuk yg letak ikan kisar tadi pas tu bolehlah dimasak, jgn lupa masukkan asam keping & garam.
-bile dah mendidih masukkan daun kesum & bunga kantan.
-bile asam garamnya dah terasa bolehlah matikan api.

Masa nak makan bolehlah ditaburkan dengan bahan-bahan taburan td...

hepi cooking (^_^)

Wednesday, June 1, 2011

cikNor cerita pasal madu...

Terjemahan surah An-Nahl ayat 68-69:
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah. Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok dan dan dari apa yang mereka dirikan. Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang ilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi peranan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu ada tanda kekuasaanNya bagi orang yang berfikir."




Kali ni cikNor nak kongsi info pasal madu lebah. Cite pasal madu ni dipilih cikNor bukan sbb encek Salleh Yaakob telah mengcukupkn kouta madunya tapi disbbkan cikNor nak kongsikan khasiat madu lebah yg tiada tandingannya, lebih-lebih lg madu lebah tualang yg memang dah diakui yg paling bermutu tinggi & berkualiti.



Maksud petikan surah An-Nahl tu sudah jelas menunjukkan bahawa telah berabad lamanya khasiat madu ini diketahui. Kebaikan dan keberkesanan madu dalam bidang perubatan ini juga turut diakui oleh para saintis setelah beberapa kajian yang dilakukan oleh mereka.Rasulullah SAW juga telah bersabda :

"Ambillah / Pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran."


~ Hadis Riwayat Ibnu MajahOke, ini cikNor nak share dgn pembaca sume beberapa kegunaan madu untuk kesihatan & juga kecantikan...

1. Kesan terbakar @ melecur

-sapukan sedikit madu pd kesan terbakar. Madu yg bersifat sejuk dpt menghilang & melegakan kesakitan tanpa tinggalkan parut. Madu jugak boleh jd antibiotik sbb bakteria tak boleh membiak dalamnya.


2. Kencing malam

-besenya kanak-kanak la yg hadapi masalah ni...jd bg 1 sudu kecil madu sebelum dia tidur. Kalau nak taw madu ni berfungsi utk menahan kencing & mengurangkan ketakutan kanak-kanak.


3. Kelesuan

-paling senang utk dipraktikkan, campurkan 1 sudu makan madu dlm segelas susu panas setiap pagi...pastu minum. Kita akn rasa segar sepanjang hari & dpt berkerja dgn gumbiranya. Cubalah kalau nak taw...


4. Hiperaktif

-madu adalah sedatif @ pelali lembut yg mengandungi mineral, vitamin, asid amino & banyakkk lg. Kita boleh gantikan gula pasir dgn madu sbb gula pasir mempunyai kadar rangsangan yg tinggi & tidak mengandungi kualiti makanan.


5. Hidung tersumbat

-masukkan 1 sudu makan madu ke dalam bekas yg diisi dgn air panas, kemudian sedut wap tersebut...kepala halakan kat dalam bekas tu dgn kepala ditutupi dgn tuala.


6. Luka @ calar

-caranya sapukan madu pd tempat luka & balutkan. Ia sangat-sangat mujarab utk luka & calar.


7. Keletihan

-campur 1 sudu makan ke dlm air suam @ sesuku (suku dr dlm botol) madu ke dlm sejag air pastu simpan dlm peti ais...pas tu minumlah bila rasa memerlukannya.


8. Pembersih muka

-waaa...ini sudah jimat, boleh diminum & jg guna jd pencuci muka...hehehee...caranya, adunkan madu dgn segenggam oat. Gaul rata spy sebati pas tu tampal kat muka mcm pakai mask. Biarkan setengah jam kemudian cuci bersih. Nanti muka akn bebas dr masalah jerawat...hurmm...bez tu.


9. Masalah penghadaman

-madu + apple cider (cuka epal) & tambah sedikit air, kacau sebati pas tu minum. Minuman ni boleh bantu proses penghadaman kita.


10. Perapi rambut

-madu + minyak zaitun (kuantiti 50:50), sapu kat rambut & balut dgn tuala suam selama setengah - sejam. Bilas rambut dgn syampu & kesat sampai kering...dah boleh digayakan.


11. Sakit kerongkong

-telan 1 sudu teh madu perlahan-lahan. Ini dpt meredakan rasa sakit tekak & dpt kurangkan melecet @ bengkak tisu pd tekak.


12. Stress

-campur 25% madu dlm segelas air kemudian minum. Madu bila dicampur dgn air akn mnjadi penstabil yg baik utk tubuh manusia.


13. Anemia

-Penggunaan madu dlm kehidupan seharian dikatakan mampu meningkatkan kandungan sel darah merah kerana madu sngat kaya dgn pelbagai kandungan mineral.


14. Pengawet makanan

-sekiranya kek menggunakan madu sbg ganti gula ia akan bertahan lbh lama & berantibiotik. Ini disebabkan madu berfungsi utk menyingkirkan kira2 satu perlima cecair & digantikan dgn kelembapan madu.


15. Pesakit hati

-gantikan gula putih (sukrosa) dgn madu yg mengandungi fruktosa & glukosa utk org yg menghidap sakit hati...bukan sakit hati dengki taw...


16. Demam

-utk yg demam ringan boleh try kunyah sarang madu segar sbb ia boleh merangsang sistem imunisasi. Kunyah sarang madu selama 20 minit @ 5 hingga 6 kali sehari baik utk org yg hidap asma.


17. Bayi yang menyusu

-tambah 4 sudu teh madu dlm susu bayi ia akan memberi multivitamin dlm penyusuan tersebut. Kalau najis bayi jd cair kurangkan setengah sudu teh madu tapi kalau najisnya agak keras tambah setengah sudu teh lagi.


18. Ubat gigi bayi

-gunakan madu untuk bersihkan gusi & gigi bayi...sbg sedatif @ anastetik lembut jd x mudaratkan baby.


19. Ostoeporosis

-menurut kajian 1 sudu teh madu setiap hari dpt membantu menambah kalsium & mencegah osteoporosis.


20. Panjang umur

-org yg menggunakan madu dlm kehidupan seharian mereka akn dpt memanjangkn umur & 1 lg fakta yg paling menarik, penternak lebah madu krg berisiko mndpt kanser & arhtrisis berbanding dgn lain-lain pekerjaan di dunia...haaa...nmpaknyer kene tukar profesion ni...


21. Migrain

-1 sudu mkn madu + setengah gelas air suam...sedut pd permulaan serangan migrain. Kalau xberkesan ulang setiap 20 minit.


22. Radang membran mata

-larutkan madu dlm air suam (kuantiti 50:50)...sejukkan, kemudian gunakan untuk cuci mata.


23. Batuk

-campur 6 oz madu, 2 oz gliserin & 2 biji perahan air lemon. Masukkan ke dalam botol. Minum bila diserang batuk


Sebenarnya yg cikNor kasi tu sebahagian jew...ada lg macam-maacam kegunaannya. Jadi tak heranlah kenapa madu tu mahal. Besenya madu tualang lah yg paling mahal berbanding dengan madu yg diternak. Ari tu cikNor beli madu tualang 325ml (sebesar botol kicap saiz kecil) rege nyer RM55...tapi berbaloi sbb sekali jew cikNor minum msa batuk terus baik. cikNor amik 1 sudu besar madu + air limau nipis + air suam segelas...kacau2 pas tu minum...lega batuk tu.

Monday, May 30, 2011

oppss...cikNor sudah jatuh cinta!!! Biar betul...


Amatur punyer decoration...
Holla, frenz...jumpe lg!!! cikNor sedang berusaha meng-update belognyer...Pagi Isnin yg indah ini cikNor tlh berjaya buat kek idamannyer...RED VELVET...suke, suke, sukeee...Terima kasih wat sifu yg ajar cikNor wat RVC, Nor Rahimah kawanku. Berkat tunjuk ajar Imah dpt gak cikNor rasa RVC home made...yg paling beznyer sbb cikNor yg wat.
Inilah rupe red velvet cake yg cikNor wat, kalau org lain wat tak taw la maybe lg cumell...cikNor masih amatur tapi yg penting rasanye sedapp...baik korang cube mezti tak menyesal punyerrr...lagi pun kalau nk beli RVC yg sebesar ni regenyer lumayan gak, lebey krg RM80 hengget taw!!!
Kalau wat kek besar cam gini cream cheese kite layer kt tengah-tengah kek. Kalau kek tu tinggi boleh buat 2 layers. cikNor punyer loyang ni tak berapa tinggi so jadik 1 layer jew la. Tapi td cikNor dah beli loyang yg tinggi sikit dr yg ni sbb nk bg jadik 2 layers...nmpk lg cantekk
Sedia untuk dimakan
Bagi peminat2 cheese mezti sukekan RVC ni sbb cream cheese yg kat tengah-tengah tu very yummy...itu lah itu kenapa cikNor sudah jatuh cinta...

Asik pot-pet, pot-pet jew...bahan wat RVC tak kasi jugak lg erkk...

Bahan kek:
250gm tepung naik sendiri (cam bese cikNor guna Bluekey...hahaha...promote lg. Patut kene jd duta Bluekey nihh...)
1/2 sudu teh garam
15 gm serbuk koko
113 gm butter tanpa garam
160 gm gula kastor
2 biji telur gred A (kalau gred B guna 3 taw cik Kiah)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan Butter Milk:
1 cwn susu segar
1 sudu mkn cuka
2 sudu besar pewarna merah

Bahan Cream Cheese:
250 gm cream cheese philadelphia
125 gm gula kastor
1 biji lemon (amik air)
125 gm fresh cream
125 gm whipping cream (ada tulis kt luar UHT whipping cream) kalau yg ni xder xnk guna pun xper

Cara-cara nak membuatnye...

Butter Milk:
-campur susu & cuka biarkn selama 10-15 min
-kemudian masukkan pewarna merah kacau cepat-cepat spy tak berketul

Kek:
-ayak serbuk koko + dlm tpg + garam gaul sebati
-putar butter & gula smpi kembang, masukkan esen vanilla & telur sebiji, sebiji
-kemudian masukkan tpg berselang dgn butter milk...tpg, butter milk, tpg, butter milk...pastikan diakhiri ngan tpg...ni cikgu cikNor yg ajar, kene ikt klu x kek tu tak halus-mulus
-dlm mangkuk kecil campurkn soda bikarbonat & cuka (campuran ni akn keluar buih-buih cam Eno...so jgn terkezut lakk...) kacau cepat-cepat pastu masukkan dlm adunan tpg dgn cepat kacau campuran tu rata-rata sehingga sebati
-tuang dlm loyang & bakar...suhu oven 170 djh celcius selama 30 min (tgok lah jugak jenis oven...itu oven cikNor)
-bile cucuk kek ngan lidi & nmpk xder melekat tu tandanyer dah masak...sejukkn dulu sblm dihias

Cream Cheese:
-putar cream cheese philadelphia brsama ngan gula sampi kembang (gebu)
-masukkan air lemon putar sebati & ketepikn dlu
-putar pulak fresh cream sampai kembang & gebu kemudian ketepikn dulu
-putar whipping cream jugak smpai gebu...haaaa...yg ni cerewet sikit jgn trlebih putar sbb nanti whipping cream akan mencair langsung xjadi. Kalau whipping cream tak ada tak apa juz guna cream cheese & fresh cream
-kemudian masukkn fresh cream & whipping cream dlm bekas cheese cream, putar semuanya hingga sebati

Sekarang mari kite Deco Bersama Eric...ehh, silap...jom kite hias RVC kite
-bile kek dah sejuk belahkn kpd 1 @ 2 bahagian...ikut ketinggian kek kite
-lapiskn dgn cream cheese kemudian ltk lapisan yg kedua...lapiskn lg ngan cream cheese ltk lapisan ketiga (susun cam sandwich)
-bile dah selesai, putarkn 1 cwn fresh cream untuk topping kek
-taa...daaa...dah siap pun RED VELVET CAKE kite

hepi cooking (^_^)

Sunday, May 29, 2011

yay, cuti datang lagi!!!

Seronoknya...cuti sekolah dah bermula. Sebenarnya cikNor bese-bese jew, walau pun cuti cikNor tetap pegi sekolah gak sebab nak buat keje-keje PSS. Lagi pun nk pegi cuti-cuti Malaysia en hubby tak der...huhuu...cikNor bercuti kat rumah dengan anak-anak tersayang (+_+)en hubby tengah sibuk dengan MSSM kat Kuantan jadi cikNor pun mengisi masa lapang dengan menyiapkn kije-kije PSS dan menambahkn skill memasak. So tak der lah rasa boring sangat. Selain dari tu cikNor jd "cik Misi" @ "jururawat". Kenapa lak jd cik Misi??? dak Danial, anak sulung cikNor dah trkena chickenpox @ bhs kampungnye...cengkering...kesiann, die.

Sebenarnya ptg Jumaat tu dak Danial ni pegi English Holiday Camp kat Kem Tengku Mahkota...tiba-tiba masuk ari kedua badannya dah berbintat-bintat, mulanya fasilitator tu ingatkn die elergic so die bg taw pd cikNor. Bile wat check up doktor bg taw dak Danial dah terkene cengkering...huhuhuu...so cikNor bawalah die balik ke rumah. Memang dak Danial sedih giler sbb kene balik maklum ler die dah prepared xtvt malam BBQ...acara kebudayaan & Fancy Dress. die pulak dah xsabar nk brgaya ala-ala cowboy gitu...siap ngan topi, pistol & backle kasut tibe-tibe dah kene balik...maunyer xsedihh...jenuh cikNor pujuk die.
Doc pesan mkn ubat 5 jam sekali xboleh lupe...so cikNor trpaksa guna alarm ler spy alert ngan time mkn ubat die...itu lah itu cik Misi...hehehee

Apa-apa pun cuti ni betul-betul rehat la dak Danial...xleh mengganaszz, mkn pun kene berpantang...mesti inilh cuti yg memboringkn die...kesian, kesiann...
dak Danial, moga cepat sihat yer.

Cuti ni jugak cikNor berpeluang buat make over dapur & bilik kat rumah. Walau pun cikNor duduk kt kuaters kerajaan teringin jugak nk rumah nmpak cantik & sedap mata memandang. Nak hias rumah sendiri lambat lg,heheee...rasa xsabar lak nk pindah duduk rumah sendiri...

Buat sume pelajar & warga pendidik Selamat Bercuti drp cikNor, moga cuti ni dipenuhi dgn xtvt yg berfaedah.