Assalamualaikum wbt...
Holla...
ROTI KERCA
Bahan Roti:
1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
1/4 sdt garam
4 cawan air
sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning (optional)
minyak untuk sapu pada kuali
Cara-cara:
- Satukan semua bahan kemudian blend halus supaya tiada ketulan.
- Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit minyak, kemudian sendukkan adunan tepung dalam kuali, lenggangkan supaya nipis sekata.
- Biarkan seketika hingga masak (tak perlu terbalikkan) kemudian angkat dan gulungkan macam kuih ketayap.
KUAH
Bahan-bahan:
400g daging / ayam cincang
1 kotak kecil santan
3 cawan air
30g rempah kari daging
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 cm halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
200g tomato puree
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dikisar masak hingga garing.
- Kemudian masukkan rempah kari dan letak sedikit air, masak rempah hingga berbau harum dan pecah minyak.
- Masukkan daging / ayam cincang dan tomato puree masak hingga terbit minyak kemudian masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa (air boleh dimasukkan mengikut kepekatan yang diingini).
- Masak hingga mendidih dan pekat kemudian bolehlah dimatikan api.
Hiasan / Tabur:
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng
Cara Menghidang Roti Kerca:
- Roti yang digulung tadi dipotong serong.
- Letak roti yang telah dipotong kemudian siramkan dengan kuah.
- Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Tips bawang goreng rangup:
*gunakan bawang merah ros (kalau di pasar raya ada banyak jenis bawang merah jadi pilih yang tulis bawang merah ros, biasanya mahal sikit daripada bawang merah lain).
- bawang merah dihiris tipis kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
- panaskan minyak goreng hingga kuning, angkat toskan.
- sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Ini roti kerca kuah banjir...heheee...
SELAMAT MENCUBA (^_^)
No comments:
Post a Comment