villakamimicasamawar

Sunday, December 20, 2015

Ikan Bawal Masak Lemak Kencur

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Mari masak ikan bawal, owwhh...besenya ikan bawal masak kicap, kari atau goreng kannn...
tapi kali ni cikNor share masak lemak ikan bawal campur kencur.  Apa tu kencur??? Kencur tu cekur...yang daunnya wangi tu. Selalu diguna dalam masakan Jawa. Kencur mempunyai ubi macam kunyit...baunya pun wangi jugak.  ubinya pun boleh diguna dalam pelbagai masakan Jawa atau 
dibuat jamu.

Macam mana rupanya kencur ni???  Boleh tengok pada post cikNor yang terdahulu. Sila klik KENCUR

Silalah cuba, memang sedap tau...serius sedap!!!
encik Shuben makan menambah-nambah kalau cikNor masak cam gini...


IKAN BAWAL MASAK LEMAK KENCUR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar (dipotong 3)
3 helai daun kencur (cekur)
1 batang serai
1 labu bawang besar merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
6 biji belimbing buluh
15 tangkai cili padi  (ikut kepedasan masing-masing)
240 ml santan kotak
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Ikan bawal dibersihkan kemudian lumur garam dan kunyit, goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Bawang besar merah, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar lumat. 
  • Panaskan minyak, serai diketuk kemudian tumis dalam minyak diikuti dengan bahan kisar. Masak hingga harum.
  • Masukkan santan dan air.
  • Gelekkan belimbing buluh kemudian masukkan ke dalam kuah. 
  • Masukkan garam, masak hingga mendidih.  Kemudian masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.
  • Hiriskan daun kencur dam masukkan ke dalam kuah...kacau sebentar, kemudian matikan api.
* tak perlu masukkan asam keping atau asam jawa sebab belimbing buluh dah cukup masam tau.

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment