Assalamualaikum...
holla...cuti yang menggumbirakan...
Jom sharing menu kampung yang menjadi kesukaan cikNor. Menu ni boleh ditemui di Jengka 10...kat Jengka lain cikNor tak tau ler...heheee...(kat Wilayah Jengka ada 25 Jengka...jadi tak pastilah di semua Jengka boleh tak jumpe menu ni).
Sambal Tahun...Mommy cikNor rajin jugak masak sambal tahun ni, nak-nak pulak time dia trimmed pokok lengkuasnya. Bahan utama sambal tahun ini adalah LENGKUAS...hehee...mesti tak percaya kan??? Sedap ke??? Of course darling...sedappp !!! Lagi pedas lagi sedap.Hurmmm...kenapa namanya sambal tahun erkk??? Namanya sambal tahun sebab ia tahan lama...maksudnya lagi banyak kali dipanaskan lagi sedaplah rasanya...dan lagi lamalah jangka hayatnya. Sambal tahun sedap dimakan dengan nasi putih atau dengan lemang dan nasi impit...cubalah...
SAMBAL TAHUN
Bahan-bahan :
500 gm lengkuas
1 mangkuk cili padi (kalau nak kurang boleh jugak tapi lagi pedas lagi sedap tau, yer lah namanya pun kan sambal gitu...mestilah kena pedas dik non kan...)
sedikit ikan bilis
2-3 keping asam keping
2 cawan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (kalau nak guna kunyit hidup pun boleh...nanti tumbuklah yer)
Cara-caranya :
1) Bersihkan lengkuas.
2) Cuci dan buangkan tangkai cili padi.
3) Lengkuas yang sudah dibersihkan, racik lengkuas macam gambar tu.
4) Rebus lengkuas dan cili padi hingga lengkuas menjadi lembut (cikNor rebus dalam rice cooker, cepat lembut.)
5) Kemudian masukkan lengkuas dan cili padi ke dalam periuk lain (kalau guna rice cooker masa rebus) bersama-sama santan, asam keping, ikan bilis dan kunyit.
6) Masaklah hingga mendidih dan suaikan rasanya. Bila sudah masak elok boleh matikan api.
TA daaaa...
dah siap SAMBAL TAHUN.
p/s -
1) Boleh jugak letak kerang atau perut dalam sambal tahun ni tapi ikan bilis tetap kena masukkan untuk memberi perasa asli.
2) Kalau kuahnya terlalu pekat semasa dipanaskan boleh juga tambah sedikit lagi santan dan sesuaikan semula garamnya.
3) Resepi ni memang tak ada guna bawang tau...
salam ziarah
ReplyDeletesalam perkenalan.tQ sudi ziarah ke mari (^_^)
Deletetq share resepi.. 1st time KA tgk masakan yg guna lengkuas sebagai bahan utama... leh cubalah !
ReplyDeletewelkem...hahaa...tu la pasal kan. cubalah, bila dah masak nnt xrasa lengkuas pun.kwn2 cikNor dah penah rasa dorang kata macam rebung (^_^)
Delete