Assalamualaikum wbt...
Holla, jom buat karipap rangup.
Sediakan inti terlebih dahulu. Kemudian baru buat pastry / kulit karipap. cikNor guna kentang jer sebab tak ada stok ayam atau daging. Jadi cikNor masukkan serbuk ikan bilis jer. |
Pastry ni cikNor guna resepi dari blog Life is a constant battle... tun_telani...terima kasih yer.
KARIPAP RANGUP
-doh ni cikNor boleh dapat 25 biji karipap
Pastry (tun_telani)
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak (cikNor guna minyak jagung Daisy)
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
- Larutkan garam dengan air.
- Panaskan minyak dan margerin, kemudian tutup api.
- Tuang minyak panas ke dalam tepung kemudian gaul dengan senduk kayu.
- Gaulkan hingga jadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air sikit-sikit hingga habis dalam tepung terus gaul hingga sebati.
- Tak perlu uli lama sebab ini adalah adunan pastry bukan roti, kalau uli terlalu lama nanti pastry jadi liat dan tidak rapuh.
* cikNor gaul adunan tepung guna senduk kayu tanpa guna tangan dan doh hanya sekadar boleh dikepal, tak perlu licin. Sebab kalau over uli nanti akan terhasil gluten dari doh, nanti pastry akan jadi liat.
INTI
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning - dadukan
3 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
garam
Cara-cara:
- Ubi kentang dibuang kulit kemudian potong dadu, gorengkan sebentar. Angkat dan toskan.
- Bawang besar dan bawang putih dilumatkan.
- Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dilumatkan hingga wangi.
- Kemudian masukkan daun kari, bawang yang didadukan dan serbuk kari. Masak hingga hingga garing.
- Masukkan kentang yang digoreng tadi, sedikit garam dan serbuk ikan bilis. Masukkan tepung gaulkan hingga sebati kemudian matikan api.
- Sejukkan.
cikNor tak pandai sangat nak kelim karipap. Sebenarnya encik Shuben cikNor pandai kelim cantik. ssshhhh...kalau nak tau encik Shuben yang ajar cikNor buat karipap...hehehe |
Bila dan masak angkat dan toskan. cikNor suka kalau karipap kulitnya macam gerutu-gerutu gitu sebab nampak cam menyelerakan...hehehee..
Favourite encik Shuben ni. Dia makan karipap cicah kari ikan...boleh gitu...hehehe |
Silalah cuba, rangup sangat kulitnya.
No comments:
Post a Comment