Assalamualaikum...
Holla semua,
Rasanya seluruh negara sudah sedia maklum dengan cerita banjir teruk yang melanda di Pantai Timur. Tidak terkecuali juga negeri-negeri lain di Malaysia kann...sangat sedih...sungguh pilu.
Tempat cikNor pun tak terkecuali...Jerantut.
Bandar Jerantut dikelilingi air...semua jalan masuk ke bandar Jerantut dah terputus, jadilah macam pulau. Masuk hari ke 5 taman-taman perumahan di pinggir bandar mulai ditenggelami air. Semua orang dah mulai panik dan risau. Bermulalah operasi memindah barang dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Simpati kepada mangsa-mangsa di Taman Sri Idaman, Taman Ria, Taman Wira dan kawasan-kawasan yang berdekatan.
Alhamdulillah, taman perumahan cikNor selamat lagi setakat entri ini diupload...
Kemudian bila sudah terkepung dalam banjir segala macam stok pun semakin kurang. Kami di sini telah kehabisan air bersih sebab loji air terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Stok air mineral di semua pasar raya pun dah sold out...berjimat cermat dengan air yang ada...huhuuu
Rumah kawan cikNor. Kereta dia tak dapat diselamatkan sebab tuannya ada di Kota Bahru...
also stucked there, poor of him.
Sekolah cikNor jadi penempatan mangsa banjir tetapi akhirnya terpaksa pindah jugak
sebab air terus naik...sabarlah duhai hati...
Moga musibah ini akan cepat berakhir...
Allah sudah bagi amaran yg keras kali ini
ReplyDeleteada hikmah disebalik musibah, Allah swt Maha Mengetahui.
Delete