villakamimicasamawar

Saturday, June 23, 2012

Sambal Hitam Belimbing

Mari kita sambung cerita masak-masak kat belog cikNor. Ambik masa lama gak nak meng-update belog erkk??? Tak kisahlah kalau nak kata cikNor blogger suam-suam kuku ker...suam-suam susu ker...suam-suam air mandi baby ker...Ada Aku Kesah!!!!..haha

Sebenarnya cikNor agak sibuk menyiapkan bahan untuk debriefing KPI LINUS...huhu...susah sungguh jadi cikgu zaman ler ni...dah tak fokus kat mengajar jer, jadi jururawat pun CIKGU, jadi kaunselor pun CIKGU, jadi jurulatih sukan pun CIKGU, jadi kerani pun CIKGU hatta hinggalah  menjadi  pegawai CSI, sume nak kene buat, nak kene siasat, nak kene post mortem...tak per lah cikNor IKHLAS yer...moga-moga berkat hidup di dunia dan akhirat...amin...

Waahh...semenjak dah jadi orang Jerantut ni cikNor dah pandai makan makanan tradisional orang Pahang...bukan setakat makan siap menuntut ilmu lagi daripada kak An nak masak resepi ni...SAMBAL HITAM BELIMBING.

Ihsan blog Herba & Tumbuhan
Itu rupa belimbing buluh yang belum jadi kaler hitam. Sebenarnya dulu cikNor penah citer pasal sambal hitam belimbing ni. Cuma ari tu tak der resepi sebab masa tak pandai lagi nak masak sambal ni. Bila dah pindah kat Jerantut barulah jumpe sifu yang ajar cara nak masak sambal hitam belimbing ni.
Mahal rupanya belimbing yang dah siap rebus jadi itam cam gini...satu bekas tu regenya RM5.00. Tapi dah kira berbaloi jugak sebab nak buat sendiri memang tak mampu ler kot...sebab makan masa lama jugak nak merebus belimbing tu...tak tahan daulat cikNor nak membuatnya so beli jer la kat pasar lambak ari Sabtu...hehe...
Dah dikeluarkan dari bekas tu dapatlah banyak ni belimbing hitam tu...sudah cukup untuk dijadikan 1 mangkuk sambal hitam belimbing...mari kita cek bahan untuk membuatnya :

1 cawan bekas dadih belimbing hitam (lupa nak timbang berapa gram ntah...)
20 biji cili padi (kalau nak lagi pedas tambah cili...ini ikut selera masing-masing)
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang merah
sedikit garam
pati ikan bilis / serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  • cili padi, bawang merah, ikan bilis ditumbuk kasar...nak blend pun boleh tapi jangan sampai halus-mulus yer (cikNor blend jer - working mommy memang cam gitu nak yang xpress jer...hehe)
  • panaskan minyak tumis bahan tumbuk tadi hingga garing kemudian, masukkan belimbing hitam. Rasa dulu kalau tak masin baru masukkan garam sebab belimbing hitam tu selalunya dah masin  maklumlah nak menjadikannya belimbing hitam ia telah direbus dengan garam sampai kering. Masukkan pati ikan bilis kalau tak ada serbuk perasa pun boleh...cikNor letak pati ikan bilis jer.
  • Masaklah hingga kering...kemudian barulah diangkat. Sedap dimakan dengan nasi panas.
 



Panaskan minyak tumis bahan tu...masukkan belimbing hitam pastu...
masak...


masak lagi...
masak sampai kering cam gini....
Akhirnya, inilah dia sambal hitam belimbing tu...banyak ni jer dapatnya bila dah betul-betul kering. Sambal hitam belimbing ni boleh tahan lama...kalau rasa tak der selera nak makan lauk-pauk yang glamer tu bolehleh makan nasi dengan sambal ni jer...sesuai ni makan time bersahur...pedas, masin, masam....kecuQ ayaQ liuQ cek...
Makan dengan nasi panas pun dah cukup membuka selera...tak percaya??? Try ler....dah try baru taw...rasanya Siti Nurhaliza pun sokong apa yang cikNor kata kot...orang Pahang kalau tak makan sambal hitam belimbing ni tu pastinya dia auta (Betul ker Bohong???)...hehe...nak cantik cam Siti Nurhaliza makanlah sambal hitam belimbing ni (^_^)

7 comments:

  1. sedapnya...tak pernah rasa lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu makanan tradisi Pahang...maybe kat tmpt lain xder kot so moral of the story en Jas kene wat sendiri ler...hehe

      Delete
  2. 1st time dengar ni... nnti nak try buat. kat mana cari lak belimbing itam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belimbing itam ni boleh wat sendiri...belimbing + garam kasar rebus sampai kering...xpayah isi air msa rebus nnt air dr belimbing akn kuar.tapi besenya org kg di pahang ni rebus belimbing dlm tin yg dah dibersihkn sbb klu guna periuk nnt periuk rosak jd itam...rugi ooOO...klu kat jerantut dah ada org jual belimbing itam yg dah siap proses so boleh la beli & guna utk masak2...kene dtg jerantut la kot klu nak jugak :)

      Delete
  3. Assalam cikNor...baru sempat akak nak singgah sini..terima kasih byk wish akak kat entry Saji tu yea...semoga 1 hari kalian pun akan dijejaki jugak....sedapnya sambal hitam...akak pun x penah buat lgk..maleehh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak...mekacih sudi jugak melawat & tinggalkn komen kt villakamimicasamawar.hehee...norni bukan selalu sngt update belog klu xsibuk adala cerita-ceritinya...huhu...try la akak wat nnt leh promote sambal itam lak (^_^)

      Delete
  4. salam sis boleh dptkn nombor org yg jual belimbing dah siap rebus tu tak?

    ReplyDelete