villakamimicasamawar

Monday, May 7, 2018

Kuih Lapis Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...hari ni maraton update blog ✌...hehehee...

Jom makan kuih lapis, Selalu kita makan kuih lapis kaler merah putih tapi kali ni kita buat kuih lapis gula merah.  Sedap tau, rasa macam dodol dak danial kata...yer kot sebab rasa lemak manis gula merah kan.  Yang pasti memang cik Nor suka sangat rasa kuih lapis ni lembut, lemak manis dan wangi baunya... terima kasih kepada tuan punya resepi, AZLINA @ TERMINAL HIJRAH.

Bahan-bahannya pun sangat mudah, jadi rugilah kalau tak cuba buat kan...


KUIH LAPIS GULA MERAH
Loyang 8x8 inci / 9x9 inci

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat (cik Nor guna santan KARA)
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 sdt garam halus
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian sejukkan.

Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian tapis dan sejukkan.

Bahan D
1/2 cawan santan pekat (santan KARA)

Cara-cara:

  • Satukan Bahan A, masukkan Bahan B.  Kacau hingga sebati. (kemudian cik Nor tapis supaya adunan tidak berketul-ketul).
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, pastikan sama banyak.
  • 1 bahagian dicampurkan dengan Bahan C, kacau sebati.  1 bahagian lagi campur dengan Bahan D, kacau sebati.
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik.
  • Masukkan adunan gula merah, kukus 7 minit.
  • Lapiskan pula dengan adunan santan (putih), kukus 7 minit.
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis (warna putih bahagian atas sekali).  Kukus selama 20 minit untuk lapisan yang terakhir.
**TIPS**
untuk dapatkan permukaan yang licin dan cantik serta tidak berair selepas siap mengukus, buka penutup periuk pengukus kukus lagi 7-10 minit tanpa menutup periuk kukus.



Kene tunggu betul-betul sejuk supaya kuih lapis cantik apabila dipotong.  
Biasanya kalau nak minum petang cik Nor akan buat awal pagi.  
Kalau nak makan untuk sarapan opkos ler kene buat di malam hari.

Mutu gambar kurang memuaskan...kurang cahaya kot tu pasal nampak blur

Sudah sejuk...marilah kita potong.  


Elok jer beratur...jom makan!

Resepi ni sangat-sangat menepati citarasa cik Nor.  Boleh la buat koleksi menu bulan puasa untuk hantar kat umah jiran sebelah.  Rare sebab kat Bazar Ramadhan Jerantut tak ada jual kuih lapis gula merah ni...hehehee...

Selamat mengukus...HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Kaya Ball

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa! 😎  Alahai...rupanya banyak entry dalam draft. punya la lama tak bersiaran di sini. Nak make over rupa blog pun tak berapa sempat lagi...dulu banyak sangat masa make up-make up blog sekarang ni kalau dapat update entry pun dah rasa macam nak lompat bintang😁

Okay kita nak save resepi Kaya Ball tapi buat guna acuan bahulu cermai versi cik Kesuma #jangankecamsaya πŸ˜…...boleh lah kan, rupa tak sama janji rasa sama...hahaha
Comel kan kaya ball kita...hikhikπŸ˜„
KAYA BALL

Bahan-bahan:
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula icing
1 sdt yis
1/4 sdt garam halus
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
60 gm butter cair

Filling - kaya / peanut butter / coklat

Cara-cara:

  • Tepung, yis, gula, garam disatukan.
  • Masukkan telur, susu kemudian gaul sebati.
  • Rehatkan adunan 1 jam.
  • Kemudian masukkan butter cair gaul hingga sebati.  Rehatkan 5 minit.
  • Panaskan acuan, sapu minyak.
  • Sudukan sikit adunan letak inti tutup inti dengan sedikit adunan.  Tutup acuan dengan penutup tungga hingga masak.
  • Kalau sudah masak bolehlah keluarkan dari acuan.
  • Ulang proses yang sama hingga habis adunan. 


Masukkan sedikit adunan, letakkan inti.

Masukkan sedikit lagi adunan sampai menutupi inti.

Tutup acuan dengan tudung periuk.
(Kebetulan tudung periuk ni ngam-ngam dengan acuan).

Bila dah masak bolehlah keluarkan kaya ball tu daripada acuan.
No worries senang nak keluarkan, cungkil guna lidi sate jer.


Okay dah keluar pun...nampak sedap kan πŸ˜‹


Guna acuan kiut tu memang dapat banyak sangat...makanlah sampai lebam...hahahaa...


Itu inti dalamnya.  Inti ni ikut sukalah nak guna kaya ke, coklat ke atau peanut butter...semuanya sedap. Tapi kalau kanak-kanak riang memang coklat lah yang menjadi pujaan hati.

Yang ini kita masukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke rumah bonda tersayang...

Okay selamat memasak.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Limpa Masak Jintan Cara Philips Pressure Cooker

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...jom kita masak-masak guna PPC a.k.a. Philips Pressure Cooker.  Malas nak merepek sangat lah kali ni pasal dah banyak entry tertunda...(xmau cakap pasaipa sebuk sangat, klise...hahaha)

Limpa masak jintan, menu favourite encik Shuben terchenta ni tau. Jom kita semak resepi.



LIMPA MASAK JINTAN

Bahan-bahan:
400 gm limpa (potong kiub cuci bersih, toskan)
2 sdb jintan manis*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit kunyit hidup / boleh juga kalau nak guna serbuk kunyit*
8 tangkai cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)*
1 sdb sos titram
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
sedikit gula
minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut (optional)

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • On kan PPC, guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, panaskan minyak.
  • Bila minyak sudah panas tumiskan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan limpa gaul supaya rempah menyalut limpa. Masukkan 1/2 cawan air. Tutup PPC, pusing tombol ke arah SEAL.  Pilih mode Bean / Tendon, tekan KPT set masa 45 minit. Kemudian tekan START.
  • Bila bunyi beep, tunggu sekejap. Bila dah release pressure baru buka penutup.
  • Kemudian guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, tekan START.  Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sos tiram.
  • Masukkan daun limau purut kemudian masak hingga kuah pekat. 


Guna function BAKE untuk menumis.  Boleh jer nak pilih Fish atau Chicken sebab just nak menumis.
Tumis sampai wangi dan pecah minyak.


Masukkan limpa kemdian gaul rempah hingga menyaluti limpa.

Masukkan 1/2 cawan air.

TARAaaaa...dah siap! Dah boleh makan dengan nasi panas atau makan dengan ketupat, lemang.

Selamat mencuba.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰πŸ˜‹