Holla...kabare semua. Sudah hampir seminggu UPSR 2013 berakhir. Moga-moga semua calon-calon UPSR memperoleh keputusan yang cemerlang.
Murid-murid VS soalan (exam), macam best jer tajuknya kan??? Kali ni cikNor nak kongsikan cerita tentang budak-budak sekolah bila berdepan dengan soalan terutamanya soalan exam. Macam-macam jawapan yang keluar, mula-mula rasa nak marah tapi akhirnya...lucu pun ada. Kalau nak tahu mari kita layan gambar-gambar ni.
Soalan penyelesaian masalah...subjek Matematik |
Ini pulak subjek Kajian Tempatan...hehee... |
Ini soalan latihan subjek Sains Tahun 1, anak murid kawan cikNor. |
Subjek Bahasa Malaysia...bina ayat berdasarkan gambar. Pening cikgu tu nak kasi pangkah...ayat tu betul, tapi menjadi tanda tanya pulak...hurmm...telur ayah??? heheee...konfius mokcik!!! |
Kejadian 1
Teringat pulak kejadian masa cikNor mengajar subjek Sains Tahun 1 dulu. Kena buat experiment untuk melihat pertumbuhan biji benih. Setiap student cikNor berikan sorang dua biji benih utk disemai, tiga hari lepas tu benih tu dah mula bercambah...daripada dua helai daun bertambah empat helai...dan terus membesar...Kemudian tibalah hari untuk mengukur ketinggian anak benih tu, setiap budak cikNor kasi kertas warna (yang sudah digunting memanjang sebesar 1 in) untuk ukur pokok tu. Kertas warna tu kena lekatkan pada jadual ketinggian pokok setiap kali ukur pokok (bg tujuan merekod progress anak benih).
Tiba-tiba ada seorang budak perempuan menangis, cikNor tanya kenapa menangis...tapi dia tak nak cakap terus jer nangis. Kemudian kawannya bagi tau, "Teacher,Aina nangis sebab pokok dia tak sama tinggi macam pokok orang lain." laaa...yer ke...macam-macam budak-budak ni...Hehee...puas cikNor pujuk dia kata tak apa...nasiblah dia berenti jugak nangis...
Kejadian 2
Ini lagi satu insiden kelakar sampai sekarang cikNor ingat...soalan Sains Tahun 4, yang menjawab soalan ni budak lelaki, anak saudara cikgu sekolah cikNor.
Mengapa bumi sesuai dijadikan tempat tinggal?
JAWAPAN - BUMI SESUAI MENJADI TEMPAT TINGGAL SEBAB ADA BANYAK TAMAN PERUMAHAN.
haHaa...meroyan mak sedaranya bila cikNor bacakan jawapan yang ditulis dak Shidi tu (^_^)
Kejadian 3
Write the essay about an accident in 150 words.
One day I saw car come, car go. Car come, car go. Car come, car go....(budak bertuah ni tulis ayat yang sama sampai 150 patah perkataan) Car come, car go...Car come, car go...BANGGG!!!...an accident.
Dah siap karangannya sampai 150 patah perkataan dengan mengulang ayat yang sama...heheeehe
Berbanyak-banyak kene bersabar jadi cikgu ni rupanya...hikhikk
wakakaka gile lawak...guling2 sy gelak ni kak Nor.....nk share bleh?
ReplyDeleteboleh...silakan :)
Deletehahaha lawak giler budak2 sekolah ni yer
ReplyDeleteitulah budak2...kreatif dlm memberi jawapan dan terkadang sangat jujur...hehee
Deletelawak gile entry ni..nk share la ayom.hehe
ReplyDelete