villakamimicasamawar

Thursday, May 23, 2013

White Chocolate Buttercream

Holla...
kabare semua...
Cuti sekolah is coming, so musim kenduri kahwin sudah tiba !!!  Sekali-sekala ibu-ibu bolehlah gantung periuk...cuti memasak...hehee
 
cikNor pun dah tanda kat kalendar jemputan-jemputan yang tiba, akan cuba hadir walaupun ada sesetengah jemputan tu clash so cikNor dulukan jemputan yang tiba dululah.
 
Hari ini punya post sesuai untuk tukang buat kek pengantin...cikNor nak share resepi white chocolate buttercream. Serius sedap tau sebab tak ada rasa butter...kemudian teksturnya cantik dan sangat sesuai kalau nak buat topping bunga bentuk rose.

White chocolate buttercream ini juga boleh diletak flavour atau warna yang diingini (huhh...ayat cam cikgu pulak...skema tahap gaban...hahaha)

WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM

Bahan-bahan :
340 g unsalted butter (kalau nak guna butter Buttercup biasa pun boleh)
1 1/2 cawan gula aising - ayak dulu sebelum guna
1 cawan white chocolate (coklat putih) - cairkan secara double boil.
1/2 sudu teh vanilla
4 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya :
  • butter dan gula aising dipukul hingga gebu, masukkan susu pukul lagi.
  • masukkan coklat cair - pastikan sudah sejuk nanti butter rosak, pukul lagi hingga gebu.
  • masukkan vanilla pukul hingga benar-benar gebu dan ringan.
  • siap untuk diguna, boleh diletakkan perasa dan pewarna yang dibenarkan disukai.
TIPS - gunakan speed sederhana, biar lama tak apa supaya adunan jadi gebu dan ringan.

9 comments:

  1. Salam perkenalan cikNor...

    Terima kasih share ye... GD selalu fail time wat buttercream. nanti nak cuba. Insyaallah. cop-cop, coklat putih tu dan cair baru sukat atau sebelum cair yer??? tq sekali lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. holla...salam prkenalan GD,
      coklat tu sukat sblm cair. maksudnya potong kecik2 dlu (dadu)pastu sukat 1 cawan kemudian bru double boil. tunggu sejuk dlu baru campur dlm adunan butter tu. selamat mencuba,insyaallah kali ni mesti jd(^_^)

      Delete
  2. Waahhh canteknya kejadian nora dalam pakai kek apa pastu yg bunga tuh comeila sweet jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...hehee...tQ,tQ...dlm tu kek pelangi jer

      Delete
  3. assalam,

    memang cantek dan gebu buttercream tu..

    ReplyDelete
  4. wow...boleh jd kek kahwin ni...hehe

    ReplyDelete
  5. kak,tumpang tanya roses tu akak pkai nozzle no brp yek??

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwwah..
    kak nk tny.buttercream ni thn lm x kt luar...?

    ReplyDelete