villakamimicasamawar

Friday, May 18, 2012

cuci-cuci mata

Hari ni nak pos gambar jer tak nak banyak citer...



chocolate moist cupcakes bawa utk kak sham di kajang sempena wedding ank lelakinya..

ini pulak chocolate indulgence kasi pada faiz (anak kak sham)sempene wedding nyer...kek ni utk wat makan2 jer bukan kek meja pengantin as a present to him.

kek bufday dak dina...

cupcakes order drp siti sarah utk ank muridnya...baik betul ustazah ni

kek bufday elyna, bdk tahun 1...cikgu kelasnya order utk celebrated dgn kwn2 kelas

cupcakes ni ros order utk bufday anknya dak Nail...senang nk kasi kwn2 nail, tak payah potong just kasi jer sorg satu...


kek bufday anak ana...tak pasal2 cikNor belajar melukis en angry bird tu...xtaw ler jadi ke tak...yg ni cikNor guna steam buttercream

Thursday, May 10, 2012

cikNor mengidam...

huhu...kite teringin sangat dengan satu barang ni. Jadi untuk merealisasikan keinginan tu maka dengan penuh tekun cikNor mengumpul kupon (dah jadik macam org yg kat dlm program extrem couponing yang kat Astro tu) hinggalah tiba harinya...

Benda alah ni adalah Snack Maker brand Empress yang dalam katalog Great Redemption Cosway. Best taw snack maker ni pasal 3 in 1. Boleh buat waffles, sandwich dan untuk grill. Harganya boleh tahan la RM229.00 tapi kalau guna RP kurang sikit jadi RM129.00. Tapi cikNor berhajat nak tukar dengan kupon sebab lagi murah...38 kupon + RM70.00 jer...berbaloi kan...

Dah berangan kalau dapat snack maker ni bolehlah buat waffles..hurmm, siap google lagi cari resepi waffles yang sedap walaupun kat DNA Bakery (kedai yang membekalkan barang membaking cikNor) ada jual tepung waffles...excited + teruja la katakan..hehee
inilah benda ajaib yang cikNor idamkan...tapi
tak dapat...huhu
Tapi tu lah...selalunya apa yang kita idamkan belum tentu akan dapat walaupun ibaratnya sebelah tangan jer lagi nak mencapainya...sob...sob...sedey taww...

Habis sume kedai Cosway kat Jerantut cikNor pergi sumenya kata dah tak der stok...huaaaa...nape tak der??? Salesgirl kedai Cosway tu kata sebab on June akan keluar katalog redemption yang baru so barang yang dah abes stok dah tak dikeluarkan lagi...sabar cikNor...sabarrr...

Kaedahnya...mengidamlah cikNor dengan snack maker ni... :(

Tuesday, May 8, 2012

Lontong versi cikNor

Rasanya macam dah lama benar cikNor tak pos entry bab makan-makan ni. Semenjak dua menjak ni cikNor agak sibuk...sibuk...sibuk dan sibuk lagi...
Lagi pun idea nak menulis tak berapa nak mari...ada sesuatu yang menyedihkan telah berlaku :(

Oke kita lupakan dulu statement kat atas tu, let's share one more my family's favourite menu...LONTONG
sebenarnya sebelum berkahwin dengan en Hubby cikNor tak pernah minat dengan lontong sebab cikNor rasa macam kuah lemak kuning biasa jer tapi bila dah bersuamikan en Hubby yang memegang IC dengan kod 01 barulah cikNor menjamah hidangan ni.

Ini merupakan menu rasmi Johorian...kalau nak taw sarapan pun dorang makan lontong, time raya jangan cite lah...lontong adalah menu wajib disetiap rumah. Time tu macam-macam versi lontong boleh jumpe...sebenarnya macam-macam sayuran yang boleh dimasukkan dalam kuah lontong tu terpulanglah pada citarasa masing-masing...kalau seleranya mewah maka mewahlah sayuran di dalamnya.

Tapi yang bez nyer cikNor hanya makan lontong yang emak mertua buat jer kalau orang lain...hehe...tak lah kot setakat ni...nak taw kenapa???
Jawapannya ada kat bawah ni...
Bahan-bahan kuah lontong:
Santan daripada sebiji kelapa
200 gm udang
1 biji terung panjang - potong memanjang (2 in)
3 batang jagung muda - potong 1 in
2 biji kentang - potong dadu (jangan halus macam inti karipap)
3 bungkus tempe (kalau yang dibalut dengan daun pisang kalau yang dalam plastik 1 paket sudah cukup) - potong bebaji *
3 keping tahu - potong bebaji
1 batang lobak merah - potong memanjang (2 in)
3 urat kacang panjang - potong memanjang (2 in)
sedikit soohun - rendam
sedikit fucuk - rendam
1 batang serai
1 in kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya:
  • tempe, tahu, kentang digoreng hingga masak.
  • serai,bawang besar, bawang putih dan kunyit dikisar.
  • panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar, bila sudah garing masukkan santan.
  • masukkan terung, lobak merah,jagung muda dan kacang panjang apabila setengah masak masukkan bahan yang digoreng tadi.
  • masukkan udang dan garam serta tahu dan fucuk.
  • masak hingga semua bahan mesra dan mendidih elok, kemudian apabila garamnya sudah secukup rasa bolehlah matikan api.
  • jangan masak lama sangat nanti sayuran tu sume lodoh so tak sedap ler
P/S - tempe, tahu dan kentang digoreng itulah jawapan kenapa cikNor makan yang emak mertua masak...biasanya kalau orang lain masak dorang sekali harung jer masak sume bahan tu. Dan lagi satu ada orang tak tumis terus jer rebus dengan santan so rasanya memang lain sikit laaa...
masa nak hidang tu bolehlah juga letakkan telur rebus.
*potong mcm ala-ala bentuk segi tiga gitu
Jangan lupa buat nasi impit untuk dilawankan dengan kuah lontong...biasanya cikNor buat nasi impit guna rice cooker jer. Senang dan Cepat...

Bahannya:
1 cawan beras - paling elok guna beras biasa jer jangan guna beras wangi nanti lembik tak boleh nak potong. Kalau guna herbaponni kene 4 cawan air.
3 cawan air
1 sudu teh garam
-masak dalam rice cooker sampai nasi masak jangan lupa masukkan garam sekali...supaya ada rasa lemak
-angkat periuk rice cooker kemudian masukkan 2 sudu besar minyak masak...lenyekkan nasi tersebut hingga hancur dan halus
-keluarkan nasi tadi masukkan dalam loyang kemudian tekan hingga padat...sejukkan, bila dah sejuk baru boleh potong
 cikNor paling suka makan lontong dengan sambal tumis ikan bilis...sempoi jer sambal bilis cikNor

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis - digoreng
2 cawan cili kering yang dah dikisar bersama 1 biji bawang besar
sedikit garam
sedikit gula
1 sudu besar air asam jawa
minyak untuk menumis

Caranya:
  • panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sampai garing
  • masukkan air asam jawa, gula dan garam
  • bila garam dan gula sudah secukup rasa baru masukkan ikan bilis goreng...kacau hingga sebati kemudian matikan api.
Tak sah rasanya kalau buat lontong tapi tak ada sambal kacang...macam wajibun gitu...hehe

Bahan-bahan:
2 cawan kacang - goreng dengan minyak hingga betul-betul masak kemudian masukkan dalam blender, blendkan ia...jgn halus sangat (cikNor kisar dengan 2 cawan air)
1/2 cawan cili kisar (kisar bersama 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih)
1 batang serai - dititik
minyak untuk menumis
garam
gula
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara:
  • panaskan minyak, masukkan serai dan cili kisar
  • masak hingga garing kemudian masukkan kacang yang dikisar tadi
  • masukkan garam, gula dan air asam jawa
  • kalau kuah agak pekat boleh tambahkan air
  • kalau suka boleh juga masukkan sedikit udang kering yang ditumbuk halus (cikNor tak suka jadi tak masukkan ler...)
  • bila sudah sedap rasa garam dan gulanya bolehlah matikan api.
Bila sume tu dah siap bolehlah menjamu selera dengan gumbiranya...

Friday, May 4, 2012

Rumahku Syurgaku...Part 1

Sudah masuk bulan ke-5 cikNor pindah rumah baru.  Sebenarnya belum abes mengemas, masih byk barang-barang yg duduk diam-diam dalam kotak.  Tak sangka banyak jugak barang-barang cikNor yer...

Bila nak guna barang barulah bongkar kotak-kotak yang sekalian ada tu...patut lah kawan kat tempat keje cakap dia pun sampai setahun baru betul-betul rumah kemas!!! Betullah tu...balik kerja dah penat, nak rehat, nak masak, nak membasuh...bla...bla...bla...(nak tengok AFC, nak tengok Food Network Asia, TLC lg...hehe) so tangguh lg keje mengemas.

Sudahnya bahagian ruang tamu jer yang betul-betul kemas cuma belum dideco-deco oleh eric leong jer sebab en Hubby kata kalau ada tetamu tak der la kene duk atas kotak...haha

Kemudian ruang dapur sebab itu tempat yg faberite...yer lah kalau dah rupa tongkang pecah macam manalah nak masak, makan bagai...betul tak...

Bila keadaan macam ni baru lah terasa alangkah best nyer kalau ada maid, tolong mengemas pun dah oke...yg lain cikNor sorang buat pun xper...




Bilik tamu yang belum boleh dihuni oleh tetamu sebab belum abes kemas...banyak lg barang-barang diperamkan kat sini...huhu
Kabinet kaler kuning lemon tu adalah tempat pengstoran segala macam aset...barang-barang baking, pinggan-mangkuk, periuk belanga...maklumlah rumah teres 2 tingkat pas tu kat taman perumahan so itu jer lah tempat yg ada untuk menyimpan barang...
Zon ni dah siap cikNor kemas sebab ni kawasan jajahan membaking cikNor...
laluan ke ruang tamu...dan dapur masak-masak
Di bahagian dapur ni pun ada kabinet jugak tapi tu sume tempat cikNor simpan peralatan memasak yang selalu diguna dan koleksi tupperware kesayanganku.
Ini zon cikNor membaking...ada satu ice box  kecik bawa dr rumah lama.
sentimental value tu sbb en Hubby punya masa duk rumah bujang dolu-dolu...
sekarang ice box tu jd tempt menyimpan stok membaking & tempat menyimpan kek
Tak sabar rasanya nak tunggu rumahku syurgaku tersusun kemas...

Tuesday, April 17, 2012

Pizza Wholemeal

holla...jumpa lagi
jom kita buat pizza pulak...guna tepung wholemeal.

BAHAN A
400 gm tepung roti
100gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
20 gm susu tepung
10 gm bread improver

BAHAN B
15 gm yis kering
50 gm gula
300 ml air suam
*satukan semua bahan ini dan biarkan seketika hingga yis kembang

BAHAN C
25 gm butter
10 gm garam halus

SOS PIZZA
3 biji buah tomato - potong dadu
3 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
3 helai daun bay
2 gm herba oregano
200 gm tomato puri
5 gm serbuk lada hitam
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

INTI AYAM PIZZA
250 gm ayam kisar
garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar kuning - hiris bulat
2 ulas bawang putih
5 gm serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

HIASAN / TOPPING PIZZA
lada benggala merah / kuning / hijau
cendawan butang
nanas
keju mozarella
keju cheddar
*topping boleh jer ikut sesedap rasa anak tekak
 JOM BUAT PIZZA
  •  masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun.
  • gunakan speed 1 gaul bahan A hingga sebati.
  • kemudian masukkan bahan B.
  • adun doh hingga sebati, kemudian masukkan bahan C.
  • tinggikan kelajuan mesin, adun doh hingga kembang (lebih kurang 15 minit).
  • tutup adunan dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 40-60 minit.
  • setelah doh kembang keluarkannya kemudian letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung, tumbuk-tumbuk doh dengan tangan untuk keluarkan angin.
  • timbang 200 gm doh, leperkan dan letakkan ke dalam loyang pizza...rehatkan lagi 30-45 minit hingga doh naik seganda.
  • kemudian cucuk permukaan doh dengan garfu untuk keluarkan angin.
  • sapu permukaan doh dengan sos pizza, letakkan inti ayam, lada benggala, cendawan butang, nanas kemudian tabur dengan keju mozarella dan keju cheddar.
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 20 minit hingga keju cair dan berwarna keemasan.

 CARA NAK BUAT SOS PIZZA
  • panaskan minyak.
  • tumis bawang putih, bawang besar, daun bay kemudian masukkan tomato dadu dan tomato puri, herba oregano, serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • masak seketika hingga sos agak pekat kemudian matikan api.

CARA BUAT INTI AYAM
  • tumis isi ayam kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  • angkat dan boleh digunakan untuk inti pizza.
*bawang besar tadi tak perlu sampai layu.



Kuantiti bahan yang cikNor kasi ni boleh menghasilkan 3 biji pizza...kalau tak abes makan simpan dalam ice box, tomorrow morning boleh panaskan semula sebab pizza ni still lembut and yummylicious bila dipanaskan...

Monday, April 9, 2012

Donut Lembut Sampai ke petang...

hehee...lawak pulak title entry kali ni, tak komersial langsung :-D
sebenarnya nak menggambarkan betapa donut tu memang berbaloi membuatnya, buat utk sarapan merangkap utk makan petang terus !!!(hurmm...bombastik sungguh statement mu itu cikNor)

Kalau nak taw cikNor dapat resepi ni drp Puan Ros...thanks akak sebab share resepi yang sedap ni. Tapi Puan Ros buat lagi cumel-cumel cuba lah ke sini.



Jom cek bahan apa yang perlu:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar butter
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis kering (mauripan)
1 biji telur

Caranya:
  • Cairkan mentega
  • gula + susu + air suam disatukan kemudian masukkan yis
  • pukul telur campur dalam butter cair
  • bila bancuhan yis dah kembang (macam buih-buih) campurkan ia ke dalam campuran butter
  • masukkan adunan yis dalam tepung kemudian uli sebati - cikNor uli guna mesin pengadun jer
  • rehatkan adunan 45 minit
  • terapkan dengan acuan donut kemudian goreng hingga kuning keemasan
  • kemudian bolehlah dicelup dalam coklat masakan dan taburkan dengan hirisan badam atau coklat urai.


yis yang dicampur dengan air suam dan gula...mencanak kembang buihnya


butter yang dicairkan


1 biji telur jer taw...


Jom makan...
 Selamat mencuba donut lembut lagi yummy...

Friday, April 6, 2012

Ayam Percik

ohhh...hari Jumaat, cikNor sangat...sangat...sangattt sukeee...
Esok hari gedik santai...bez nyerr, setelah menghabiskan hari-hari yang agak busy di tempat kerja. 

dak Eisya pulak dah senaraikan menu-menu yang dah lama cikNor tak buat, siap tampal kat ice box dengan ucapan : "ibu kene buat semua makanan tu sebab dah lama tak makan"...macam-macam menu yang dia dah list...nasi lemak, nasi goreng, spagetti bolognise, kek red velvet, ikan bawal goreng (yang ni faberite dia yang paling simple pun cikNor tak terbuat...hehehe), mihun ada nasi impit (soto sebenarnya, dia tak ingat nama resepi tu...hahahaa) tapi yang paling cikNor konfius "mozarella ada cendawan macam makcik???" apa kebenda la tu??? kene tanya dia semula...

Pagi tadi untuk sarapan cikNor dah tunaikan 1 permintaannya...nasi goreng, siap dia bawa bekal ke sekolah lagi..."sedap laa ibu!" Lega mendengarnya sebab kene selera anak tekak budak cute tu.
Esok pagi pulak cikNor dah janji nak buat nasi lemak untuk breakfast...senyum lebar dia...

Untuk entry kali ni cikNor tak post lagi lah menu-menu dak Eisya tu.  Nasi goreng dah abes dikerjakan yang tinggal bekas kosong jer, nak berfotografi pagi-pagi hari tadi tak sempatlah pulak sebab berkejar masa nak bersiap p kerja. Tak boleh lewat seminit pun sebab nanti lari tune maklumlah nak kene tempuh 3 traffic light...huhh...masakkk!!!! Nantilah lain waktu.

Kali ni kita sharing resepi ayam percik...faberite dak Danial...AYAM. Minat sungguh dia dengan menu berasaskan ayam ni padahal masa pregnant dulu cikNor tak makan ayam...
Sebenarnya sempoi jer ayam percik cikNor ni sesuailah untuk wanita yang berkerjaya...hehehee

Bahan-bahan:
4 potong ayam bahagian paha
5 tangkai cili kering (potong serong buang biji & rebus hingga kembang kemudian toskan) *
1 biji tomato *
1 inci halia*
1 batang serai (dititik)
1 inci kunyit *
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara:
  • Bahan yang bertanda * di kisar halus.
  • Masukkan santan dan bahan yang dikisar serta serai ke dalam periuk / kuali.
  • Kacau sebati semua bahan tersebut kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. (Part ni rasa lah asam, garam dan gula ikut selera masing-masing...)
  • Masukkan ayam, masak semua bahan tersebut hingga ayam separuh masak kemudian keluarkan dari kuah. Kuah tersebut bolahlah dimasak hingga pekat dan pecah minyak kemudian matikan api.
  • Ayam tadi letakkan ke dalam dulang pembakar kemudian bakar dalam oven sambil sekali sekala direnjiskan dengan kuah yang dimasak tadi.
  • Apabila ayam sudah masak dan elok kuningnya bolehlah angkat dan hidang...tuangkan kuah yang masih berbaki atas ayam tadi.


Ayam percik versi cikNor...sempoi tapi sodappp
Silalah mencubanya...