villakamimicasamawar

Thursday, December 6, 2012

Botok

Holla...
cikNor meng-update blog di kampung (^_^)
Kali ni cikNor nak kongsikan menu Raja-raja Jawa pulak...hihii.... Menu ni salah satu favourite
en Hubby jadi dia minta cikNor belajar buat menu ini daripada bondanya...
Credit to my mother in law for this yummylicious menu.
 
Inilah dia my en Hubby's favourite...BOTOK...ermm, bukan botok yang suntik-suntik pas tu tegang muka sampai nak sengih pun dah jadik cam Joker dalam citer Batman tau :)
Botok ini adalah campuran rempah, ulam-ulaman dan ikan tenggiri (kalau nak campur udang pun sodap jugak)
 
Inilah botok yang sudah siap dikukus selama 1 jam
(bagi memastikan ikan tersebut masak dengan sempurna).
Oke, itu potongan ikan tenggiri yang tertimbus dengan campuran rempah dan ulam-
ulaman setelah dibongkar oleh cikNor :)

Untuk membuat botok ni sebenarnya mudah sahaja cuma penyediaan bahan agak cerewet sikit...sebab my mother in law memang menjaga kualiti botok yang dihasilkannya sebab tu kene ikut prosedur yang ditetapkannya supaya lulus QC...hehee...
Dalam mangkuk tu campuran bahan kisar dan rempah kari ikan...

Menu ni sangat sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan kalau nak sedap lagi ada ikan kapak masin...wallah...wallah...sedap amat gitu !!!
Segala jenis ulama-ulaman...
daun mengkudu tu kene buang tau urat yang panjang atas daunnya untuk kurangkan rasa pahit.
Bahan kisar yang diadun bersama garam, gula, rempah kari, isi ikan tenggiri dan air asam jawa.
Dari kanan daun mangkuk, daun ulam raja dan daun kaduk.
Pucuk betik - ini pun pahit jugak jadi nak kurangkan kadar kepahitannya ramas dengan garam,
buang airnya rebus hingga lembut...lembut jer tau bukan lodoh.
Kelapa parut yang disangai hingga kekuningan kemudian blend atau tumbuk kasar.
Daun limau purut dan daun kencur
Ini mother I masukkan bahan rempah dalam besen besar sebab bila dah dicampur semua
bahan tu jadi banyak susah nak gaul.
Ini apabila dah diaduk dengan semua ulam-ulaman tu...banyak sampai penuh besen.
 
Jom semak bahan...

Bahan A
2 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana / kecil - dipotong 4 setiap seekor jadi dapat 8 potong, kepala buang tau)
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering (kepedasan ikut level keimunan lidah masing-masing ler)

Bahan B
2 peket rempah kari ikan (peket yang rege 60sen tu)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air asam jawa
2 cawan kelapa  - disangai kekuningan
1 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana diambil isinya sahaja)

Bahan C
2 ikat daun kaduk
2 ikat daun bebuas
2 ikat daun mengkudu
2 ikat daun ulam raja
2 ikat daun mangkuk - sejenis pokok puding yang boleh dimakan
1 ikat daun pucuk betik - ramas dengan garam buang air dan rebus sebentar, angkat kemudian tos
6 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut
6 helai daun kencur
* jumlah dan jenis daun tu ikut pada kesukaan masing-masing...

Bahan D
daun pisang secukupnya - dilayurkan supaya lembut dan tak mudah koyak
alumunium foil secukupnya

Cara-caranya :
  • Bahan A kecuali ikan dikisar halus dengan sedikit minyak masak.
  • Campur bahan A bersama bahan B, gaul sebati...kalau nak sedap rasalah asam garamnya.
  • Bahan C dihiris kasar kemudian dicampur dengan bahan yang digaul sebati tadi...gaul-gaulkan hingga semua daun disaluti dengan bahan rempah.
Cara nak mengolahkannya :
  • Panaskan periuk kukus hingga mendidih - pastikan banyak air. Sekiranya semasa proses mengukus air berkurangan hendaklah ditambah secukupnya.
  • letakkan sedikit bahan yang digaul tadi atas daun pisang kemudian letakkan sepotong ikan tenggiri, ambil lagi bahan tersebut letak atas ikan hingga menutupi ikan.
  • kemudian lipat daun pisang macam bungkus nasi lemak kemudian bungkuskan dengan alumunium foil.
  • kukus selama 1 jam supaya ikan masak dengan sempurna.
  • dah masak angkat dan MAKANnnn....
Siaplah sudah menu kampung kita hari ini...BOTOK namanya. Selamat mencuba...awet muda ni kene try buat...maklum ler penuh dengan ulama-ulaman...hihii

Tuesday, November 27, 2012

Kek Lobak Merah

Sana sini orang bercerita tentang crepe, cikNor jer yang belum berkesempatan nak berexperiment dengannya...teringin memang lah teringin tapi...belum sampai seru...haha
Resepi kek lobak merah kali ni ditujukan kepada kawan cikNor kat Cheras Perdana tu...upload kat sini sebab memenuhi permintaannya (^_^)
Resepi ini hasil blogwalking cikNor...banyak yang cikNor jumpa tapi resepi yang ni macam nampak best. Risau jugak masa mula-mula buat tu sebab takut bantat...dalam hati berdoa minta-minta eloklah kejadiannya.

Alhamdulillah...elok jer jadinya...lembut dan moist. Terima kasih kepada tuan yang kongsikan resepi ini hanifadil. Menurutnya dia olahkan resepi ini drp Joyofbaking.com . cikNor memang guna resepi yang hani kasi cuma cikNor gantikan gula kastor kepada gula perang dan serbuk kayu manis kepada ground all spices (nak jugak alter...hihii...)

cikNor tak letak topping pun just layer kat dalam jer dengan cream cheese.

KEK LOBAK MERAH
Sumber : hanifadil

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh ground all spices
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung / canola / bunga matahari
1 sudu teh vanilla
2 1/2 cawan lobak merah - parut
1 cawan walnut - panggang kemudian cincang kasar
1/2 cawan kismis - cincang

Cara-cara :
  • ayak tepung, ground all spices, garam, soda dan baking powder.
  • pukul telur 1 minit, masukkan gula perang pukul sampai kembang (3min).
  • masukkan minyak dan vanilla kemudian pukul sebati.
  • masukkan tepung sikit-sikit sambil dipukul sebentar.
  • masukkan lobak merah, walnut dan kismis kemudian kaup balik sebati.
  • bakar 40-45 min atau sampai masak, suhu ikut oven masing-masing (cikNor guna suhu 130c api atas, 170c api bawah).
CREAM CHEESE
(resepi ni cikNor punye yg bese cikNor buat)
Bahan A
250 gm cream cheese Philadephia
120 gm gula kastor
1 biji lemon - ambil jus
  • pukul cream cheese kemudian masukkan gula kastor pukul lagi hingga kembang kemudian masukkan jus lemon pukul hingga sebati.
Bahan B
125 gm UHT whipping cream
  • pukul hingga kental
Bahan C
125 gm non-diary whipping cream (fresh cream)
  • pukul hingga kental
- campurkan bahan B dan C ke dalam bahan A kemudian pukul hingga sebati.
- sedia untuk diguna.

cikNor bawa ke tempat kerja...kawan-kawan kata sedap (^_^)

Monday, November 26, 2012

Mesti beli wajib beli...harus ADA

Tak tahulah cikNor nak katakan apa pasal insiden kat pasaraya petang tadi...
kedekutkah aku, berkirakah aku???
 
Al-kisahnya, cikNor ke pasaraya untuk beli barang keperluan...dah siap ambil semua barang keperluan cikNor ke kaunter nak bayar harga barang tu. Lepas cashier dah siap kira cikNor pun hulurkan duit untuk bayar sebanyak RM72.95...cikNor hulur duit sebanyak RM73.00 jadinya berbaki sebanyak RM0.05 sen. Lepas tu si cashier hulurkan resit dan dengan selamba buat tak tahu pasal baki RM0.05 sen tu. cikNor tunggu dia hulur...kot-kot dia terlupa. Bila agak cam lama jer cikNor tanyalah pada cashier...dia boleh tanya,
"Eh, akak nak jugak ke 5 sen tu ?"
eh, biar betul cashier ni...ada ke patut tanya cam gitu !
Cuba bayangkan kalau ada 10 orang yang dia dah kutip 5 sen setiap kali buat bayaran...
untung atas angin jer
dalam beberapa minit pasaraya tu boleh dapat RM 5.00 !!!
Masa cashier tu tanya cikNor pun jawablah...
"Dik akak berniaga, 5 sen pun akak kira tau..."
"Kenapa, kalau ada baki 5 sen memang tak payah pulangkan ker ??"
dengan malu-malu dia jawab, "eh, tak derlah kak...pulangkan..."
Lepas tu dia hulur baki 5 sen pada cikNor.
Sebab tu lah cikNor terfikir...kedekutkah aku, berkirakah aku??? hurmmm...konfius (derma kat Tabung Gaza ada gak faedahnya....) 
 
Eh, cikNor tak nak lah membebel pasal insiden tu panjang-panjang...ni nak tolong promote lak...hehe
Tadi masa baca dari belog Azlita Masam Manis tu ada citer pasal majalah Aroma, masa keluar shopping petang tadi berjaya kutemui majalah tu...ada 1 jer kat rak, nasib baik terawal sikit kalau tak berangan jer la... 
 Memang tak rugi membelinya macam-macam ada...resepi pun best-best.
Inilah dia kak Azlita blogger masakan idola cikNor
Sebagaimana yang kak Ita bagi tau dia ada kongsikan resepi-resepi crepe yang sangat mabelles...heaven of crepes !!!
 Menarik kan ???
Ngencess sudaaaa...

Tak sabar nak try sume jenis crepe yang ada dalam majalah Aroma tu...
Dan tak lupa juga resepi yang menarik daripada Rahel...

Betul kan, tak rugi membelinya...harusssss ADA dalam koleksi sesiapa yang suka mencuba pelbagai resepi yang enak dan menarik.

Sunday, November 25, 2012

Pastry Puff Ayam

Kuchiwa sangat kuchiwa... Malaysia dah digulaikn Singapore...
en Hubby tukar channel tengok movie kat HBO, layan citer Cowboys & Aliens...huhu
 
Jom tengok apa pulak yang cikNor nak share...pastry lapis, yang rangup lagi sedapp...
leceh kan nak buat pastry lapis ni...tapi cikNor dah jumpa short cut untuk buat anda tersenyum lebar sambil menayang pastry lapis yang rangup pada family...(rasa cam riak la pulak...!)
cikNor dapat resepi ni hasil meng-Google ler...boleh klik di SINI untuk pastikan yang cikNor tak auta...hehe
TERIMA KASIH buat zura yang kongsikan resepi mudah ni.
 Pastry Puff Ayam
Sumber :azura rahman
Bahan :
1 bungkus kulit paratha instant brand Kawan
Inti ayam secukupnya (boleh buat apa-apa inti - cikNor buat cam inti karipap jer sebab guna kulit yang bawang punyer kalau nak buat inti epal / blueberry guna kulit paratha plain)
1 biji telur - untuk glis atas permukaan pastry
Ini lah kulit paratha / roti canai instant brand Kawan yang cikNor guna.
Plastik kaler hijau tu plain, plastik kaler merah tu bawang.
Cara-caranya sila rujuk gambar :
 Ambil kulit paratha, potong 2 / 4 bahagian - cikNor potong 2 sebab nak saiz besar
Letakkan inti
Lipat macam gambar di atas tu
Ambil garfu, tekankan tepi yang terbuka tu
Letakkan dalam dulang yang dah diglis dengan butter, kemudian sapukan telur atas permukaan kulit pastry. Bakar dalam oven 20 min atau hingga masak kekuningan (suhu 180c - oven panaskan dulu yer chek). cikNor bakar dalam 15 min lepas tu keluarkan dari oven glis lagi sekali dengan telur kemudian bakar lagi sampai masak sebab nak bagi permukaan tu lagi shantekkk...
Bakar sampai kuning cam gini
Dah masak boleh angkat dan sejukkan sebelum dimakan tapi sedap makan panas-panas...hehe
Kalau kulit paratha tu dipotong 2 akan dapat 10 biji puff kalau nak banyak potong kepada 4 bahagian sebab kulit paratha tu ada 5 keping jer. Kalau dah buat tapi tak nak bakar terus boleh juga simpan  dalam peti ais kemudian bila nak bakar baru keluarkan.
Rangup dan berlapis-lapis sama macam yang dijual di kedai bakery.
 ermmm...yummmy
Jadi lepas ni tak der alasan lah nak kata tak pandai buat pastry lapis kan...tak kisahlah short cut pun janji dapat makan yang panas-panas dengan inti yang banyak...hihi

Kek Lapis Asam Manis Mak Zai

Holla...jumpa lagi di sini.
Tak sabar rasanya nak tuliskan entry kali ni...sepatutnya malam tadi cikNor update tapi
en Hubby dah masukkan sim card wifi kat rumah dalam broadband dan bawa ke Temerloh jadi wifi kat rumah tak ada nyawa ler...hihii 
Selasa lepas macam cikNor citer dalam entry yang lepas, kawan cikNor datang belajar buat kek lapis jadi untuk entry kali ni cikNor masukkan resepi kek lapis tu. Untuk entry ini cikNor kasi resepi Kek Lapis Asam Manis Mak Zai (sajer jer tambah Mak Zai kat ujung tajuk tu sebab ambil berkat tunjuk ajar daripada ibu mertuaku...hihii) Memang resepi ni mak mertua cikNoryang kasi sebab tu hanya butter jer dalam sukatan metrik yang laen main cawan jer...hahaha...tapi apa-apa pun rasa still superb dan elok jer kejadiannya. Yang penting nak buatnya sangatttt senang...
Gambar ni yang cikNor buat masa open house ari tu. Guna loyang 9 in
jadi cikNor gandakan kuantitinya. (rasanya kalau loyang 10 in lagi cun kot sebab bila dah digandakan banyak sangat adunannnya)

Kuning telur dan butter dipukul sebati kemudian...
 masukkan 1/4 cawan susu pekat pukul sampai gebu.
Kalau guna haw flakes yang petak lagi mudah menyusunnya dan susunannya juga nampak cantik bila dah dipotong.
Susun cam gini yer puan-puan...

 Lepas tu masukkan adunan hijau...
 Ratakan adunan hijau hingga menutupi haw flakes.
Bahan-bahan (loyang 8 in) :
250 gm butter
2 cawan tepung biskut cream cracker (biskut cream cracker dikisar halus)
1 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
10 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau

Cara-cara :
  • panaskan periuk kukus hingga mendidih - guna api yang sederhana besar.
  • ayak biskut yang dikisar bersama dengan baking powder.
  • pukul butter, telur kuning sampai sebati kemudian masukkan susu pekat pukul lagi sampai gebu.
  • dalam bekas yang berasingan pukul putih telur, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang (pukul sampai pekat).
  • campurkan adunan putih telur dalam adunan butter tadi kemudian gaul sebati (guna spatula pun dah oke janji semua campuran tu sebati).
  • kemudian masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan dikaup balik hingga sebati.
  • bahagi adunan tersebut kepada dua bahagian (sama banyak) kemudian masukkan pewarna, satu bahagian warna hijau, satu bahagian lagi warna kuning.
  • masukkan 1 senduk adunan kuning dalam loyang (yang sudah dilapik dengan parchment paper dan digris butter keliling loyang) kemudian kukus 10 minit.
  • bila dah masak angkat kemudian susun asam manis (haw flakes) hingga menutupi lapisan kuning, masukkan 1 senduk adunan hijau dan ratakan hingga menutupi asam manis kukus 15 min atau hingga masak.
  • ulang step tersebut hingga habis.
  • untuk lapisan akhir kukuslah selama 20-30 min.
* jangan lupa balut kain pada tudung periuk kukus supaya air kukusan tidak menitik atas permukaan kek.
* boleh juga kalau nak buat tiga kaler merah, kuning dan hijau (tapi cikNor suka hijau kuning jer...masa mak mertua ajar dia buat tiga kaler tu).

 haw flakes petak tak cukup jadi terpaksa guna haw flakes bulat...
Tengok perbezaan yang guna haw flakes bulat dan petak...yang lapisan atas haw flakes bulat, yang lapisan bawah tu haw flakes petak.

oke, jom buat kek lapis :)