villakamimicasamawar

Friday, November 23, 2012

Sharing is Caring...

Alhamdulillah...hari Isnin 19 November berlalu dengan khabar gembira.
dak Danial lulus dengan cemerlang dalam UPSR, 5A sudah berada dalam genggamannya.
Tahniah, anak ibu...moga kejayaan sentiasa mengiringi hidupmu. 
en Hubby tanyakan padanya apa hadiah yang dia nak sempena kejayaannya...katanya dia tak nakkan apa-apa sebab memang tanggungjawab dia untuk belajar dan capai kejayaan...
terharu cikNor dan en Hubby dengar bila dia jawab macam tu. Syukur dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan pelajar.
 
Selasa / 20 November
it's baking time...
hari ini cikNor janji dengan Imah (kawan cikNor) nak ajar dia buat kek lapis. cikNor ajak jugak kawan-kawan yang lain, diaorang semua berminat nak datang belajar tapi terikat dengan komitmen masing-masing...kerja. Diaorang minta tunda ke hari lain tapi cikNor pulak tak ada masa free lagi pun Imah sibuk dengan tempahan kek kawen, terpaksalah teruskan juga tanpa kawan-kawan yang lain. Sebenarnya permintaan nak belajar buat kek lapis ni adalah daripada Imah sebab tu cikNor terpaksa utamakan dia daripada orang lain. Maaf...maaf...maaf...insyaallah kita cuba cari masa yang lain pulak.

Kek Lapis Asam Manis Kukus Mak Zai
kenapa pulak ada nama Mak Zai kat belakang tu ??? Sebenarnya mak Zai tu nama ibu mertuaku...hehe...kek lapis ni dia lah yang ajar cikNor masa baru jadi menantunya dulu.
Kek lapis prune...sangat besar belanja untuk menghasilkan kek ini tapi rasanya berbaloi-baloi...so tak rugi kalau nak belajar membuatnya.
Buat kek lapis memang perlukan kesabaran sebab makan masa yang panjang. Hari tu kitaorang start melapis 2 biji kek ni dari pukul 9.00 pagi dan siap semuanya pukul 6.00 petang. (resepi cikNor kasi masa update belog nanti yer)
Inilah Imah kawan cikNor tu. Dia pun cikgu gak macam cikNor tapi mengajar kat sekolah menengah. Imah ni terror buat kek...kek yang dia buat semuanya sedap-sedap dan cantik-cantik deconya. Dia pun macam cikNor buat homemade cake. cikNor pun banyak belajar mem-baking dengannya...kini tibalah giliran cikNor balas jasanya dengan mengajar dia buat kek lapis...orang berbudi kita berbahasa, betul tak?!
Kalau dapat asam manis (haw flakes) yang bentuk petak mcam gini senang sikit nak menyusunnya, susunannya pun jadi cantik bila potong. Ini pun cikNor kirim pada kawan cikNor beli kat Temerloh...kat Jerantut tak pernah jumpe lagi.
Itu tangan Imah tengah mengasingkan telur putih dan kuning untuk buat kek lapis prune. Senang ajar orang yang dah ada basic baking ni sebab cikNor cuma bagi arahan jer Imah boleh buat dengan sempurna sebab tu kek menjadi elok kejadiannya.


Ni lak tangah tuan tanah tengah susun asam manis...hehe
Susunlah selapis demi selapis sampai siap.



Imah sedang sukat susu untuk dimasukkan dalam adunan butter dan telur kuning.
Jenuh juga melapis tapi sebab ada kawan so tak ler terasa jemu...sebab sambil melapis duk bergossip...hahahaaa...
Sempat jugak lah cikNor buat pastry puff inti ayam...sedap makan panas-panas
Tengok tu berlapis-lapis pastry tu macam yang beli kat kedai. Nanti di lain entry cikNor tunjuk cara short cut buat pastry puff ni.
Pada hari tu juga cikNor minta Imah ajarkan cara membuat coffee marble yang sedap, cantik, lembut dan gebusss...memang cantik marble yang Imah buat, cikNor selalu failed bab marble ni...hehehee
Ini pulak kek lapis asam manis waktu sessi uji rasa...
sedap, lembut, manis dan wangi...(biskut cream cracker mau nya tak sedap...hahaha)
Imah sedang demo memukul butter dan telur sampai putih dan gebu.
tadAAaaa...
dah jadi coffee marble tu.
Alamak tetiba pulak gambar tengah timbang gula terselit kat sini !!!
Potong kuehnya, potong kuehnya...potong kuehnya sekarang juga...
tengok tu cantikkan marblenya...tabik spring kat Imah dengan marble yang cun tu.
Pencuci mulut cikNor cuma buatkan agar-agar buah jer...yang mudah, cepat dan sedap (angkat bakul nampak...hihihii...)
Ni kek lobak merah yang cikNor buat untuk sarapan pagi tu. Sebenarnya cikNor buat  laksa goreng jugak tapi lupa nak snap gambar jadi gambar kek lobak merah jer lah yang ada.
Jamu mata jer lah yer sebab kitaorang jer yang dapat jamu selera...
Kek lobak merah yang dilapis dengan cream cheese...mabelles sedap

Ini pastry puff inti ayam yang baru keluar dari oven...yummy...rangup jer...tunggu yer di lain entry cikNor tunjuk cam mana nak buat pastry sedap ni.

Sunday, November 18, 2012

Berdebar...dug dag dug dag...

2, 3 hari kebelakangan ni agk krg semangat nk meng-update belog...hati tarak sinang maa...
Hari esok terasa mcm lambat tiba...mlm ni debarannya makin terasa. handphone lak asik berbunyi...bunyi...

cepatlah esok datang, hati berdoa semoga yg baik-baik saja berlaku...insyaallah

Thursday, November 15, 2012

Lala Masak Lemak Cili Padi Berempah

Lalalalalala...
Bila en Hubby bagi taw dia beli lala...cikNor terbayangkan alahai keciknya lala,
tak rasa excited nak makan pun...
en Hubby minta masakkan masak lemak cili padi...maka cikNor pun teruslah sediakan
segala rempah-ratus nak dikawankan dengan lala tersebut. 
Lepas tu barulah cikNor meninjau lala yang en Hubby dah siap cuci tu.
Makkkk aiiii...bosar rupanya lala yang en Hubby beli. en Hubby kata sebab lala tu besarlah teruja dia membelinya. Kalau besar macam tu baru puas hati nak makan memasaknya...hehee...
Resepi Lala Masak LemakCili Padi Berempah :
1 kg lala
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit
2 sudu besar ketumbar
20 biji cili padi (boleh nak kurang atau lebih - ikut daya ketahanan pedas masing-masing ler)
11/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit (carik-carikkan)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  • Kisar bawang merah,bawang putih, kunyit, halia, ketumbar dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumiskan serai dan bahan yang dikisar - masak hingga garing / pecah minyak.
  • Masukkan santan, lala dan asam keping. Masakkan ia hingga menggelegak, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit. Kacau supaya semuanya mesra.
  • Bila kulit lala terbuka sendiri itu maknanya dah masak, bolehlah matikan api.
 Banyak dan besar...penuh satu kuali...puas hati dapat makan lala tu.


Tuesday, November 13, 2012

Cheese Tart Chocolate

Hepi morning...pagi-pagi morning cikNor try untuk update belog maklumlah dah lama tak ke sini.
Tak nak cakap kata sibuk / busy sebab ayat tu dah klise (walau pun memanglah sibuk sebenarnya...)
Tinggalkan dulu dunia sibuk kita melangkah ke dunia sweet n yummy...let's baking together-gether.
 
Chocolate cheese tart...
cikNor tak pernah pun buat sebab lebih teruja dengan blueberry cheese tart jer sebelum ni tapi bila ada tempahan cikNor pun buatlah...customer is always right jadi buat jer lah...
hurmmm...bila dah jadi cikNor try rasa...sedap rupanya coklat kawen dengan cheese...maknanya tak rugilah kalau membuatnya...hehe
Sebenarnya kulitnya dah lama cikNor buat kemudian simpan dalam tupperware (asalnya nak buat blueberry cheese tart...)
Bahan-bahan untuk buat kulit tart (cikNor guna acuan saiz 4cm - dapat banyak):
*sila gandakan kuantiti bahan kalau nak buat banyak
125 gm butter - lembutkan
60 gm gula halus
250 gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
1 sudu besar air

Cara-cara :
  • tepung dan gula disatukan kemudian ayak, masukkan butter gaulkan hingga jadi crumb.
  • masukkan kuning telur, vanilla dan air uli hingga jadi doh lembut.
  • tutup doh dan rehatkan dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
  • keluarkan dari peti lembutkan dahulu kemudian tekan dalam acuan tart - acuan tak perlu sapu butter sebab tak melekat pun.
  • bakar selama 15-20 min dengan suhu 180 c (separuh masak pun tak apa sebab nanti bila dah masukkan cheese kene bakar lagi).
  • kemudian sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bila nak makan tart cuma ambil kulit dan isikan dengan cheese dan filling yang kita suka...lebih cepat kalau buat kulit dahulu.
Cream Cheese Coklat :
Bahan-bahan :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur gred B
1/2 sudu teh vanilla
chocolate ganache secukupnya untuk campur dalam adunan cream cheese
chocolate ganache yang disejukkan dalam peti sejuk supaya jadi sedikit kental kemudian masukkan dalam piping bag - untuk filling

Cara-cara :
  • putar cream cheese dan gula hingga kembang.
  • masukkan telur dan vanilla putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan coklat ganache (ikut suka hati nak masukkan banyak mana - sesedap rasa tekak tuan tanah ler...hehe).
  • kemudian paipkan coklat ganache yang kental dalam kulit tart dan tutup dengan cream cheese coklat tadi.
  • panaskan oven, kemudian bakar tart yang dah siap isi dengan cream cheese selama 15 min (suhu 170 c). Sentuh dengan jari pada permukaan cheese, jika tidak melekat maknanya cheese tart tersebut sudah masak.
Kulit tart yang sudah dibakar sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Coklat yang mencair di dalam, super-duper yummylicious... 
Cheese tart yang dah siap bolehlah diuji rasa sekarang...

Monday, November 12, 2012

Edible Garden Part II

Hollaaa...
Cantik tak bunga sejambak tu??? Cuba teka bunga apa?
Kalau nak tahu itulah itu bunga pokok kucai...yer pokok kucai yang biasa kita guna buat cucur udang tu (nyumm...nyumm...sedapnya cucur udang cicah kuah kacang minum nescaffee...)
Pokok kucai yang cikNor tanam dulu dah subur merimbun sampai dah keluar bunga. Seronok dapat petik sendiri lepas tu guna untuk masak-masak.
Walaupun cuma empat rumpun tapi bila dah bercambah...wahhh, puas makan jugaklah. cikNor siap bawa kucai tu masa camping kat sekolah untuk buat jemput-jemput kucai (udang tak ada so tak jadi la cucur udang tapi jemput-jemput kucai...sebenarnya samanya bendanya cuma tak ada udang...heheee...)
Oke, yang ni pulak bunga apa? Macam bunga orkid tapi bukan orkid tau, baunya harum sangat...
Inilah bunga pokok kencur a.k.a. cekur. Memang lah wangi sama bau macam daunnya...harum kalau buat masak pecel. Pokok kencur ni pun subur sangat...daunnya lebat dan lebar-lebar. Sebenarnya pokok ni dah lama cikNor tanam masa duduk kat Jengka 10 lagi tapi tak der lah ia subur mekar macam ni. Sejak duduk rumah kat Sri Angsana ni barulah nampak subur...kalau tak macam hidup segan mati tak mahu...pandai pilih kawasan jugak rupanya pokok ni...hihihiii
Pokok kacang duduk yang cikNor ambil benih dari sekolah. Rajin pokok ni berbuah...tapi sepokok jer yang lagi sepokok tu asik duk giler berbunga jer tapi tak menjadi buahnya...huhuu
Cuba tengok kat belakang pokok kacang yang ada buah tu...nampakkan pokok yang lagi satu, duk maintain berbunga jer...(ni entry tertunda sebenarnya, pokok yang giler berbunga dah kuar buah tapi cikNor tak snap gambar pun...cikNor biarkan buahnya jadi tua sebab nak buat benih nanti boleh tanam lagi).
Ini pokok kucai tu...dah tiga kali menuai sebenarnya, kalau tak lagi merimbun pokok ni.
Pokok beri...sebelum ni jenuh pokok ni diserang dengan koya (alaa...serangga kaler putih, kecik-kecik) sampai tak sempat nak keluar buah...malas nak letak racun seranggan sebab nanti kalu budak-budak petik buahnya lepas tu cuci tak elok keracunan pulak...jadi cikNor pangkas sampai togel pokok ni...hahaha...
tapi kan...
pokok ni jadi makin cantik dan buah makin lebat and the best part is the koyas are gone...hihii...cikNor sukeeee...