villakamimicasamawar

Monday, June 18, 2012

Happy Birthday My Princess

Happy birthday my princess, Eisya...dah 9 tahun. Kejap jer masa berlalu (maknanya apa tu yer??? hehe...) en. Hubby janji  kat dak Eisya nak bawa p tengok movie so hari Sabtu tu kitaorang pun dengan gumbiranya gerak lah ke Starmall Temerloh. Tak pernah sampai situ lagi...mall tu baru bukak. Terpusing-pusing mencari sebab mall tu kat kawasan taman perumahan...akhirnyaaa...sampailah jugak. Rupanya mall tu belum complete siap lagi, ada sesetengah bangunan kat situ under construction lg. Masuk jer kat dalam mall tu...hurmm,banyak lg kedai yg belum beroperasi. Kitaorang terus kat panggung...tanya dak Eisya nak tengok movie apa??? Ada tiga pilihan Madagascar 3, Man Sewel Datang KL dan......
yang kat bawah tu............

ihsan en Google
cikNor hasut dia suruh pilih movie Snow White and the Huntsman...hehe...ni sume pasal tengah duk gila tengok series drama Once Upon A Time kat Astro 413. dak Danial lak suruh adiknya pilih Man Sewel...haha...sudahnya dak Eisya dah tak taw nak pilih. Lastly, dia kata tak tahu...
kenelah cikNor melobi movie Snow White tu...berjaya!!! hahaaa...so sume setuju dengan Snow White.

ihsan en Google
 Sebelum movie start kitaorang p makan-makan kat Noodle Station...

Birthday girl bagi pose jelingan manja

 Tengok tu dak Danial tengah buat demo cara-cara makan fries...hehe


nyumm, nyumm...
 Ini noodle cikNor, makan ngan dak Eisya...sebab banyak tak abes nak makan sorang...
 ni princess tu punya kudapan...
 kek birthday dak Eisya...balik dari Starmall baru potong kek
 Red Velvet



Rama-rama pujaan princess tu...gara-gara dia tengok kek pengantin yang cikNor buat ari tu ada rama-rama so apa lagi dia pun request nak kan rama-rama pink. Leceh nak buat tapi birthday punya pasal tak sanggup la pulak nak hampakan dia...suka dia bila nampak rama-rama tu..

Selamat hari lahir Eisya...moga dipanjangkan umur serta jadi anak yang baik taw...muahhh...sayang Eisya
serbuk koko dah abes rupanya...so memandai jer cikNor letak coklat emulco setitik...tak sama yang ori nasib la rasanya masih ori dan sedap...sekejap jer di kerjakan...

Monday, June 11, 2012

Apam Yogurt

Holla...hehe...lama dah tak guna perkataan tu (^_^).
Ini sebenarnya belated entry post pasal gambar-gambar tu dah lama diupload (masa cuti sekolah itu hari...)tapi cerita-ceriti nya baru hari Senin nan nyaman ni cikNor mengarang...huhu

Masa cuti tu en Hubby tak der so cikNor ngan kanak-kanak riang berdua tu jer la yang jadi penghuni Sri Angsana...boring gak bila en Hubby tak der (baru taw yer...hehe) Sudahnya tengok tv, mem-baking, sembang ngan pokok-pokok dlm pasu keje nyer...haha (huhh...tinggi ilmu tu boleh bercakap ngan pokok-pokok!!!)

Nak jalan-jalan pun macam tak best jer sebab tak cukup korum so cikNor balik Jengka jer jumpe mommy dan abah tapi satu malam jer tidur kat sana sebab dak Danial ada tution. Masa kat sana cikNor tengok mommy buah kuih apam, my mommy said nak bawak pergi rewang kat rumah orang kenduri...cikNor tolonglah mommy (siyess taw kite tolong...bukan tolong makan jer...) pas tu rasa macam beshh la pulak tengok apam tu kembang bulat...meronta-meronta jiwa cikNor, nak buat jugak lahhh...

jeng...jeng...
dah balik Angsana...goggle kat tenet cari resepi apam, wahhh...dah jumpe....how lengg arrr, kembang cam bunge apam tu...apam yogurt empunya nama. Saya suke, saya sukee...
Maka demikianlah al-kisahnya menjadilah apam yogurt kembang setaman tu...terima kasih kepada kak Nor tuan tanah Secubit Garam dari Terengganu sebab share resepi sedap dan cute ni. Lepas ni kalau nak pergi rewang cikNor buat apam ni jer kot...hehe
Tengok tu...betul kan kembang setaman...how lengg kan??? Ni first time cikNor buat apam taw so kira orait la jadi kembang cam kak Nor buat...
cikNor buat dua perisa...pandan kelapa
dan......
cokelattt...


Bahan-bahan:
1 1/3 cawan gula
1 sudu teh ovallete
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh serbuk koko *
1 sudu teh coklat emulco *
1 sudu teh pandan kelapa emulco *
-bahan tanda * tu ikut lah kaler atau perisa apa yang kite suke

Cara-cara:
  • Satukan gula, ovallete, tepung, telur, yogurt, susu cair, baking powder dan vanilla - pukul sampai gebu.
  • ambil sedikit adunan dalam 3 sudu besar kemudian letaklah kaler yang jadi idaman hati kacau sebati.
  • Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam paper cup...kaler asal pas tu paipkan setitik adunan kaler.
  • Kukus 15-20 minit.


Disebabkan dapat banyak so cikNor kasi lah sikit kat jiran sebab kitaorang bertiga mana larat nak mengabeskan sume...hehe


Beshh kan kalau buat jadi cumell cam gini...try la, rasanya pun sedap...berbaloi-baloi

Wednesday, June 6, 2012

Welcome to the club, Puan Siti Sarah...

Inilah tuan empunya diri yang meng-oder cupcakes red velvet tu...Siti Sarah. Dah selamat pun bertukar title...Puan Siti Sarah...welcome to the club dear :D
Tersenyum lebar en Akma...moga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.
Ni geng ahli mesyuarat tingkap SKBN...hehe
Ros, cikNor dan Ina...kitaorang ikut berarak sama dengan pengantin.
Kak An sebagai ketua kontijen SKBN, bawak hadiah special untuk Akma dan Sarah...


Dari kiri Ina, Ros (dan anaknya Hanan), Akma, Sarah, kak An, Nabila, dak Eisya, cikNor dan kakak kak An.
Kenduri menyambut menantu kat rumah en Akma di Kampung Tanah Nyior, Jerantut. Kitaorang tak pergi kenduri Sarah kat Kedah sebab jauh sangat so pakat serbu rumah Akma jer la.


dak Danial bersama bapa angkatnya...en Akma so automatik Sarah tu jadi mak angkatnya la kan???? dak Eisya menumpang sekaki interframe...hehe
Sama cantik sama padan...
burppp...dah kenyang nyum, nyumm...pulang marilah pulang...jumpe nanti kat SKBN....siap kau Sarah kitaorang dah sedia pantun...hahahaa...

Tuesday, June 5, 2012

Red Velvet Cupcakes versi Chuck Hughes

Miss Ahjumma...best citer tu. Tapi time cuti jer lah boleh layan drama Korea ni kalau tak memang tak jadi keje lahh.

Uikkss...merahnya strawberry kat bawah tu...
Ini cupcake red velvet yang ditempah oleh kawan cikNor untuk hantarannya baru-baru ni. Bila dia tanya cupcake apa yang best dah tentulah cikNor kata RED VELVET sebab jarang orang tempah kek ni untuk hantaran selalunya coklat moist jer...

Biasanya cikNor guna resepi yang macam Joy of Baking tapi kali ni tukar sikit sebab terjumpa resepi red velvet yang guna yogurt dan minyak canola...kene try ni. Bila dah try rasanya sangat sedap dan keknya lembut, gebu dan moist. Resepi tu cikNor dapat dari Cooking Channel tv.

Walau macam manapun cikNor ubah sikit kuantiti minyak dan cara mengadunnya sebab bila ikut sejibik cam Chuck Hughes...cupcakes tu agak berminyak dan kembang semangkuk hidupnya...hahaha!!!

Icingnya pun cikNor guna resepi sendiri jugak sebab kat tempat cikNor tak pernah jumpe lagi mascarpone cheese tu. Kalau duk kat KL senang ler kot nak mendapatkan benda alah tu...hehe

Hiasan tu cikNor gunakan coklat bentuk strawberry .
Boleh jugak kalau nak letak strawberry segar.

Kek:
Bahan A
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh vanilla

Bahan B
1 cawan minyak canola / minyak jagung / butter cair

Bahan C
1 cawan yogurt asli
2 sudu besar pewarna makanan merah
1 sudu teh cuka

Bahan D
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara-cara:
  • Bahan A dipukul hingga gebu.
  • Bahan B dicampur dan kacau sebati dan tidak berketul.
  • Bahan D diayak.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D berselang-seli dengan bahan C...Mulakan dengan bahan D, bahan C, bahan D hingga habis.(pastikan mula dengan bahan D dan akhiri juga dengan bahan D...)
  • Scoopkan ke dalam paper cup 3/4 penuh kemudian bakar 25-30 minit suhu 180c (yang ini kene ikut oven masing-masing ler...)
Icing:
Bahan A
250gm philadelphia cheese
120gm gula kastor
1 biji lemon (ambil jus)
*pukul hingga gebu kemudian campurkan jus lemon

Bahan B
125gm fresh cream
*pukul hingga kaku

Bahan C
125gm whipping cream (UHT)
*pukul hingga kaku

Bahan D
100gm shorterning
*pukul gebu

Cara-cara:
  • Campurkan bahan A, bahan B, bahan C kemudian pukul sedikit supaya semua sebati.
  • Masukkan bahan D pukul lagi untuk sebatikannya dan siap untuk diguna.
Tips- Campurkan bahan cheese dengan shorterning supaya frosting cheese tadi tidak mencair atau lembik jadi ia lebih cantik apabila dipaipkan dengan nozel bentuk star. Shorterning tersebut tidak mengubah rasa atau warna cheese.

Sarah bagi tahu cikNor dia nak amik cupcakes tu siap dah hias cantik, so pandai
cikNor la nak buat macam mana yang dia tahu bende tu siap...
haduyaiii...terpaksalah cari reben, bunga segala
dah kene masuk kelas kerastangan la pulak...haha



Mula tu cikNor nak hiaskan dengan coklat...tapiii
cam comot la pulak...biar plain gitu jer la lagi nampak suci...
Oke, selamat mencuba bagi sesiapa yang berminat...very simple and easy maaa...