villakamimicasamawar

Sunday, December 28, 2014

Cerita Duka Penghujung 2014

Assalamualaikum...
Holla semua,

Rasanya seluruh negara sudah sedia maklum dengan cerita banjir teruk yang melanda di Pantai Timur. Tidak terkecuali juga negeri-negeri lain di Malaysia kann...sangat sedih...sungguh pilu.

Tempat cikNor pun tak terkecuali...Jerantut.
Bandar Jerantut dikelilingi air...semua jalan masuk ke bandar Jerantut dah terputus, jadilah macam pulau. Masuk hari ke 5 taman-taman perumahan di pinggir bandar mulai ditenggelami air. Semua orang dah mulai panik dan risau. Bermulalah operasi memindah barang dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Simpati kepada mangsa-mangsa di Taman Sri Idaman, Taman Ria, Taman Wira dan kawasan-kawasan yang berdekatan.  

Alhamdulillah, taman perumahan cikNor selamat lagi setakat entri ini diupload...

Kemudian bila sudah terkepung dalam banjir segala macam stok pun semakin kurang. Kami di sini telah kehabisan air bersih sebab loji air terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Stok air mineral di semua pasar raya pun dah sold out...berjimat cermat dengan air yang ada...huhuuu




 Rumah kawan cikNor. Kereta dia tak dapat diselamatkan sebab tuannya ada di Kota Bahru...
also stucked there, poor of him.









 Sekolah cikNor jadi penempatan mangsa banjir tetapi akhirnya terpaksa pindah jugak 
sebab air terus naik...sabarlah duhai hati...






Moga musibah ini akan cepat berakhir...

Friday, December 26, 2014

Kek Lobak Merah

Assalamualaikum...
Holla dear,
Hurmm...let's make walnut carrot cake!!! It's the another one of my favourite cakes after the red velvet. I love it so much cause of the taste and the sweet smell of the spices. The taste will be more opulent if you put the cream cheese frosting as a topping...owhh...in heaven!!! Trust me, you will not regret...hahahaa...  
Sebelum ni cikNor pernah pos resepi kek lobak merah. Tapi yang ini lain sikit resepi dan cara mengadunnya. Kredit untuk kawan cikNor dari Kedah...namanya Zanariah Zain a.k.a. Comel, sangat hebat dalam bidang masak memasak. Kitaorang berkawan sejak zaman study di MPPM hinggalah sekarang. Kalau nak tahu dia ni adik chef selebriti yang hebat di Malaysia, chef Zubir.

Masa belajar dulu kitaorang 4 bersaudara...geng budak nakal...hehehee
cikNor, Comel, Ani (Zahrani) dan Ajun (Junaidah)...selepas sekian lama putus hubungan kami dipertemukan semula melalui laman sosial facebook. Insyallah moga silaturrahim ini akan terus berkekalan...
Memang cantik gebu dan naik elok jer kejadian kek ini. cikNor cuma ubah sikit cara mengadunnya, sebab kawan cikNor kata dia buat kek ni jadi cam padat...and one more thing, cikNor memandai-mandai jer tambah All Spices. Resepi yang dak Comel bagi tak letak apa-apa rempah pun tapi cikNor memang sukakan kek lobak bila dicampur dengan rempah, bau dan rasanya lagi bangkit.
Baunya sungguh menggoda...tak sabar nak potong! 
cikNor tak letak topping pun sebab dah tak sabar nak makan (^_^)

 KEK LOBAK MERAH

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sdt serbuk All Spices
1 sdt baking powder
5 biji telur
1 cawan gula kastor
2 1/2 cawan lobak merah parut
1 cawan minyak jagung
secubit garam
1 cawan walnut - panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kismis - cincang

Cara-cara :
  • Panaskan oven 15 minit, suhu 180 celcius.
  • Satukan tepung, serbuk All Spices, baking powder dan garam, kemudian ayak.
  • Telur dan gula disatukan, pukul hingga kembang.
  • Masukkan minyak, pukul sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit, pukul sebentar.
  • Masukkan walnut dan lobak parut kemudian kaup balik hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang 8 in yang telah digris butter dan dilapik baking paper.
  • Bakar selama 45 minit, suhu atas 140 celcius dan suhu bawah 180 celcius.
Selamat mencuba...

Kek Tiramisu

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Wow, so long...lama sungguh bercuti menulis. Sikit jer nak bagi tau...cikNor nak share resepi kek tiramisu.  Kalau ada sesiapa yang da tau tak pe lah, ini pun blh jadi macam buku resepi maya cikNor. Jadi kalau ada access internet cikNor boleh la go through the recipe walau di mana-mana pun...dunia tanpa sempadan ler katakan...hehehee



BAHAN-BAHAN:
*cikNor rujuk resepi daripada buku Noraini Zakaria

Kek span loyang 8 in :
200 gm tepung kek
180 gm gula kastor
110 ml minyak jagung/minyak masak
100 ml susu segar
20 gm ovallate
6 biji telur gred A
1 sdt baking powder
1 sdt mocca flavour

Cara-cara :

  • Panaskan oven. Glis loyang bahagian kemudian lapik dgn baking paper.
  • Pukul telur, ovallate, gula, tepung sampi kembang dan gebu (lebih kurang 5 minit)
  • Perlahankan speed mixer masukkan susu dan perisa mocca pukul lagi 5 minit.
  • Kemudian masukkan minyak sikit-sikit gaul guna whisk hingga minyak sebati dengan adunan tepung.
  • Tuangkan adunan dalam loyang, bakar selama 45 minit...suhu 180 celcius.
  • Bila dah masak, angkat loyang telungkupkan atas redai selama 5 minit. Kemudian baru keluarkan daripada loyang. Sejukkan hingga kek sedia digunakan.

Bahan Cream Cheese :

(A)
250 gm cream cheese Philadelphia (boleh jg kalau nak guna brand lain cuma cikNor dah biasa dengan Philadelphia)
90 gm gula kastor
1 biji lemon (ambil jus)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gebu, kemudian masukkan jus lemon.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
(B)
125 gm non-diary whipping cream
  • Pukul hingga kembang gebu.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
(C)
125 gm UHT whipping cream
  • Pukul hingga kembang gebu.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
* Bahan A, B dan C dicampur, kemudian gaul sebati adunan tersebut.  Sedia untuk digunakan.
* Kemudian ambil 1 sdb nescaffee atau 1 sdt perisa kopi larutkan dengan 1 cawan air panas. Campuran ini akan digunakan sebagai sapuan atas kek sebelum dilapis dengan cream cheese.
* Pukul 1 cawan fresh cream hingga kembang, kemudian letakkan sedikit ganache utk memberi warna pada fresh cream tadi...pukul semula hingga sebati elok.

Cara Melapis kek tiramisu :

  • Kek sponge dipotong kepada 3 lapis.
  • Mula-mula sapu air nescaffee/air kopi atas lapisan kek kemudian letakkan cream cheese dan ratakan.
  • Ambil lapisan kek yang berikutnya tutup kek yang dilapisi cream cheese. Sapu bahagian ini pula dengan air nescaffee atau air kopi, letakkan cream cheese ratakan.
  • Ambil lapisan kek yang seterusnya tutup kek yang dilapisi cream cheese.
  • Akhir sekali sapu keseluruhan kek tadi dengan fresh cream. Hiaslah ikut kreativiti anda!