villakamimicasamawar

Monday, September 30, 2013

Red Velvet Cupcake

Wahhh...akhirnya, cikNor berjaya jugak meng-update blog cikNor yang suam-suam kuku ni...hehee...
Fuhh...fuhh...berhabuk sudaa...mari kesat-kesat...mari vacum debu-debuan (eh, betul ke ni debu-debuan...hahaa...)

Bukan tak ada cerita nak digebangkan, bukan tak ada kisah nak diautakan tapi jawapan klise...
"ai busy la yunk!!!"
Sebenarnya hati ini menggeletis nak update blog sebab nak menayang mini cupcake red velvet kita yang sungguh menggoda selera yang boleh menyebabkan diet tolak tepi...hehehe(ciss...riak sungguh tu!)
Resepi ni sama aje macam red velvet yang biasa cikNor buat cuma yang ini di-cupcake-kan sebab dak Eisya nak bawa ke sekolah sempena Jamuan Merdeka Raya. Bila dibuat cumel-cumel cam gini senanglah sikit rama-rama kecil tu nak makan...amik sebiji terus ngap ajer...








RED VELVET CUPCAKE

Bahan-bahan :

5 biji telur gred B
250 gm unsalted butter
3 cawan tepung naik sendiri
3 tbs serbuk koko
2 cawan gula kastor
4 tbs pewarna merah
1/3 tsp garam halus
1 tbs baking powder
1 tbs cuka
1 cawan buttermilk

*Homemade buttermilk
1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka, biarkan seketika sebelum diguna (anggaran 15 minit)

Cara-cara :

  • Panaskan oven 180c (15-20 minit).
  • Tepung, serbuk koko dicampur dan diayak. 
  • Mentega dan gula dipukul kembang, masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis.
  • Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk, kacau sebati.
  • Masukkan tepung ke dalam adunan butter secara berselang-seli > tepung + buttermilk + tepung + buttermilk + tepung...pukul perlahan hingga sebati.
  • Kemudian tinggikan speed pukul lagi hingga adunan kembang dan ringan.
  • Masukkan  adunan red velvet ke dalam cawan kertas,
  • Bakar selama 30 minit suhu 180c.
  • Sejukkan dulu sebelum dihias.
Cara membuat cream cheese frosting :

250 gm cream cheese
100 gm butter
1 cawan coklat putih - cair
1 cawan gula

  • Butter dan gula dipukul hingga gebu, kemudian masukkan coklat putih.
  • Pukul lagi adunan tersebut hingga berkrim.
  • Dalam bekas lain pukul cream cheese hingga berkrim.
  • Campurkan adunan butter ke dalam cream cheese pukul lagi hingga gebu dan berkrim.
  • Sedia untuk dihias atas cupcake.




Friday, September 20, 2013

Murid-murid VS soalan (exam)

Assalamualaikum...
Holla...kabare semua.  Sudah hampir seminggu UPSR 2013 berakhir.  Moga-moga semua calon-calon UPSR memperoleh keputusan yang cemerlang.

Murid-murid VS soalan (exam), macam best jer tajuknya kan???  Kali ni cikNor nak kongsikan cerita tentang budak-budak sekolah bila berdepan dengan soalan terutamanya soalan exam. Macam-macam jawapan yang keluar, mula-mula rasa nak marah tapi akhirnya...lucu pun ada. Kalau nak tahu mari kita layan gambar-gambar ni.

Soalan penyelesaian masalah...subjek Matematik
Ini pulak subjek Kajian Tempatan...hehee...
Ini soalan latihan subjek Sains Tahun 1, anak murid kawan cikNor.
Macam mana??? Ada rasa insaf di hati tak? Mungkin budak ni teringat apa yang ustaz @ ustazah ajar kot, api neraka tu panas...
Subjek Bahasa Malaysia...bina ayat berdasarkan gambar.
Pening cikgu tu nak kasi pangkah...ayat tu betul,
tapi menjadi tanda tanya pulak...hurmm...telur ayah??? heheee...konfius mokcik!!!
Sebenarnya banyak insiden macam gambar-gambar kat atas tu dihadapi oleh cikgu-cikgu sekolah. Jawapan yang tak disangka-sangka diberikan oleh kanak-kanak riang tu. Heheehee...

Kejadian 1
Teringat pulak kejadian masa cikNor mengajar subjek Sains Tahun 1 dulu. Kena buat experiment untuk melihat pertumbuhan biji benih. Setiap student cikNor berikan sorang dua biji benih utk disemai, tiga hari lepas tu benih tu dah mula bercambah...daripada dua helai daun bertambah empat helai...dan terus membesar...Kemudian tibalah hari untuk mengukur ketinggian anak benih tu, setiap budak cikNor kasi kertas warna (yang sudah digunting memanjang sebesar 1 in) untuk ukur pokok tu. Kertas warna tu kena lekatkan pada jadual ketinggian pokok setiap kali ukur pokok (bg tujuan merekod progress anak benih).

Tiba-tiba ada seorang budak perempuan menangis, cikNor tanya kenapa menangis...tapi dia tak nak cakap terus jer nangis. Kemudian kawannya bagi tau, "Teacher,Aina nangis sebab pokok dia tak sama tinggi macam pokok orang lain."  laaa...yer ke...macam-macam budak-budak ni...Hehee...puas cikNor pujuk dia kata tak apa...nasiblah dia berenti jugak nangis...

Kejadian 2
Ini lagi satu insiden kelakar sampai sekarang cikNor ingat...soalan Sains Tahun 4, yang menjawab soalan ni budak lelaki, anak saudara cikgu sekolah cikNor.
Mengapa bumi sesuai dijadikan tempat tinggal?
JAWAPAN - BUMI SESUAI MENJADI TEMPAT TINGGAL SEBAB ADA BANYAK TAMAN PERUMAHAN.
haHaa...meroyan mak sedaranya bila cikNor bacakan jawapan yang ditulis dak Shidi tu (^_^)

Kejadian 3
Write the essay about an accident in 150 words.
One day I saw car come, car go. Car come, car go. Car come, car go....(budak bertuah ni tulis ayat yang sama sampai 150 patah perkataan) Car come, car go...Car come, car go...BANGGG!!!...an accident.
Dah siap karangannya sampai 150 patah perkataan dengan mengulang ayat yang sama...heheeehe

Berbanyak-banyak kene bersabar jadi cikgu ni rupanya...hikhikk

Wednesday, September 4, 2013

Kit Kat Chocolate Moist Cake

yoohoo...yoohoo...anybody at home...
heheee...rasanya macam dah bertahun cikNor tak balik sini (hurmm...memang lama pun, yer la sejak menyibukkan diri duk menyiapkan order kukis raya hari tu...huhuu)

Tahun ni memang agak terkejar-kejar jugak cikNor menyiapkan order kukis raya sebab cuti sekolah awal sikit so geng bas sekolah geng cikgu-cikgu sume nak amik kukis cepat coz nak bawak balik kampung.
Haduyaii...cam nak terguling-guling cikNor membuatnya dah ler buat sorang-sorang sebab tahun ni tak der pembantu, tahun lepas adik cikNor tolong 
(sementara dea nak dapat panggilan keje so cikNor upah dea laa..)

Sudahnya cikNor terpaksa buat dalam 3 fasa...macam bina rumah pulak...hahaa...fasa pertama cikNor siapkan untuk geng office YTL kat KL, fasa kedua untuk cikgu-cikgu sekolah, fasa ketiga untuk order JB, Cheras Perdana dan Temerloh...yang ini geng yang lambat cuti...haaa, bernafaslah sikit cikNor.

Sebab tu jadi lama sangat cuti berblog sebab menikmati percutian dengan gumbira setelah berhempas-pulas mengukis sampai tak henggat...hahaa

Eh, kita ada kek sedap...bagi chocolate lover mesti suka tahap gaban punyer.
CHOCOLATE MOIST CAKE, LAYER WITH GANACHE, COATING WITH CHOCOLATE CREAM, TOPPING WITH GANACHE...DECORATE WITH KIT KAT...super duper chocolaty...
tadaaa...itulah itu kek kita...kek ini sempena birthday anak murid cikNor. cikNor buat majlis jamuan raya kelas disekalikan dengan majlis birthday "rama-rama kecil" cikNor
sebenarnya cikNor nak ikat reben keliling kek tu, rupanya reben dah abes stok...hampesss...nak keluar pergi beli, kedai dah tutup sebab dah pukul 10.00 malam...jadi itulah hasilnya...
RASAnya...
of course ler sedap hingga menjilat jari...suka "rama-rama kecil" tu menikmatinya. cikNor pun rasa happy tengok dorang makan, hilang rasa penat membuatnya.

KIT KAT CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred A
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 tsp esen vanilla

Hiasan :
26 keping Kit Kat
2 paket coklat NIPs
coklat urai berwarna

Krim Coklat :
1 cawan fresh cream
150 ml ganache
- pukul fresh cream hingga kental, masukkan ganache...pukul lagi hingga sebati.

Ganache :
400 gm coklat gelap
400 gm fresh cream
35 gm butter
- didihkan fresh cream hingga timbul buih-buih halus
- masukkan butter, kacau hingga butter larut sempurna
- masukkan coklat gelap kacau hingga larut
* sejukkan 1 cawan ganache untuk sapuan pada kek

Cara-cara :

  • panaskan oven 15-20 minit, suhu 180 celcius.
  • tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat diayak.
  • telur dan gula dipukul hingga kembang kemudian masukkan esen vanilla.
  • masukkan susu dan minyak, pukul sebati.
  • masukkan bahan yang diayak, kaup balik hingga sebati guna whisk pun oke.
  • kemudian masukkan air panas kacau hingga sebati.
  • bakar selama 45 minit atau hingga masak, suhu 180 celcius.
Cara assemble :
  • sejukkan kek, potong kek kepada dua bahagian.
  • sapukan ganache yang telah disejukkan pada lapisan pertama kek, tutup dengan sekeping lagi kek.
  • sapu keseluruhan kek dengan cream coklat, sejukkan dalam peti sejuk hingga set.
  • tuang ganache atas kek.
  • letakkan Kit Kat di sekeliling kek, taburkan coklat NIPs dan coklat urai.
TIPS - simpan Kit Kat dalam peti sejuk sebelum digunakan supaya coklat Kit Kat tidak mudah cair...nanti sememeh, tak cantik pulak.