villakamimicasamawar

Monday, April 15, 2013

Sotong Masak Sos Tiram

Holla, there...
sudah hampir 2 minggu sekolah dibuka maka bermula kembalilah dunia cikNor
dengan kanak-kanak riang yang comel-comel tu.
Seronok melayan karenah budak-budak Tahun 1 dan 2 tu...macam-macam hal...layan jer lah janji dorang happy dan rajin belajar.
 
Anak murid cikNor tak ramai 12 orang jer satu kelas maklumlah SKM (Sekolah Kurang Murid) - sekolah kampung...jadi cikNor faham benar perangai sorang-sorang tu...
 
Intro pasal budak sekolah la pulak, hehehee...
Oke dear, kali ni cikNor nak berkongsi resepi lauk yang mudah dimasak dan sedap dimakan...
sotong masak sos tiram.
Menu kesukaan family cikNor selain dari sotong goreng tepung dan sambal sotong.
Jom semak bahan-bahannya.


SOTONG MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan :
300 gm sotong
6 tangkai cili padi - tak perlu potong atau tumbuk, biarkan sebiji-sebiji
2 tangkai cili besar - potong serong
1 labu bawang besar - potong bebaji
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai - ketuk
1inci halia - ketuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa - kalau perlu, sebab cikNor tak guna garam pun memadai masin sos tiram sahaja
minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • bersihkan sotong, buangkan kulitnya dan kelar-kelarkan (macam kat gambar atas tu).
  • celurkan sotong seketika kemudian tos.
  • panaskan minyak tumis bawang putih, serai dan halia hingga wangi.
  • masukkn sotong tadi berserta kunyit serbuk, kacau rata.
  • masukkan asam gelugur, cili besar dan cili padi. Kacau sebentar.
  • kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebentar.
  • matikan api dan sedia untuk dimakan. 
* Tak perlu masak lama sebab sotong sudah dicelur.
* Sotong dicelur terlebih dahulu supaya semasa masak tak ada lagi air sotong keluar.
* CARA cikNor CELUR :
- panaskan sedikit air dalam kuali hingga mendidih, masukkan sotong gaul-gaulkan seketika kemudian angkat dan toskan.
- cikNor akan gunakan cara ini setiap kali masak sotong kecuali sotong goreng tepung.

Selamat mencuba (^_^)