villakamimicasamawar

Thursday, February 28, 2013

Kek Pelangi a.k.a. Rainbow Cake

Kek yang cantik dipandang dan sedap dimakan...kek pelangi.
Masa mula-mula tengok kat blog pasal kek ni, cikNor tak rasa berminat nak buat pun
hinggalah dapat request daripada en Hubby untuk kawannya yang nak datang bercuti ke rumah kitaorang masa Chinese New Year ari tu maka barulah hikayat pembuatannya berlaku...pssttt...pssttt...
kalau nak tahu sebelum ini cikNor ingat rupanya jer cantik tapi rasanya kot biasa-biasa sajer, tapi
bila dah rasa...hurmm...sedap rupanya...hehee
Cantik, kan??? Lapisan warnanya yang sangat jelita gitu...
cikNor amik resepi ni daripada blog  Martha Steward. Tergoda tengok kalernya yang berwarna-warni tu...kemas pulak tu rupanya...simple but nice (^_^) 
 
Masa mula-mula potong dan nampak rupa dalamnya, semua orang terdiam...pas tu pandang jer.
en Hubby tanya, "Kenapa tengok jer ? Makan laaa..."
"Cantik sangat, sayang nak makan !" dorang jawab...hahahaa...dah cantik sayang pulak nak makan...
Dalam duk sayang, sayang abes licin jugak kek cantik tu...
Alhamdulillah...semua suka dengan rasanyanya yang sedap. 

Berkebetulan pulak kene dengan tarikh birthday anak kawan en Hubby pada hari kek pelangi tu dipotong..."potong kuehnya...potong kuehnya...potong kuehnya sekarang jugaa..." (lagu birthday versi Indo gitu...hehehee)
Setiap lapisan disejukkan dahulu. Jangan ditindan sebab nanti melekat.
Ini proses melapis dengan cream cheese...buat dengan penuh kasih-sayang taw
supaya nampak cantik dan kemas.
Oke bila dah siap melapis...kek ini nampak tinggi maklum ler 6 lapis...
itu pun dak Eisya komplen, "Ibu,bukan ker rainbow ada 7 warna ???"
Agaknya kalau 7 lapis lagi tinggi ler...(nanti kene buat 7 lapis pulak kot supaya tak kene tegur...hahaa...)
Mari kita cek resepi...kot-kot ada sesiapa yang teringin mencubanya.

KEK PELANGI (loyang 8 in)

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 cawan butter
2 1/3 cawan gula kastor - part ni cikNor kurangkan kepada 1 3/4 jer
5 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna makanan - ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Cara-caranya :
  • Panaskan oven 170c selama 15 minit. Alas 3 loyang saiz 8 in dengan parchment paper.
  • tepung, baking powder diayak + garam.
  • butter dan gula dipukul hingga putih gebu.
  • masukkan putih telur terus pukul hingga gebu dan ringan.
  • masukkan esen vanilla, pukul sebati.
  • perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang dengan susu - tepung, susu, tepung, susu, tepung...gaul sebati. (time ni kalau nak kaup balik dengan spatula pun oke jer...)
  • bahagi adunan dalam 6 mangkuk (sama banyak taw...cikNor timbang setiap bahagian tu dalam 350+gm) kemudian letakkan pewarna makanan, gaul rata.
  • tuangkan adunan dalam loyang bakar selama 20 - 30 minit suhu 170c atau hingga masak.
  • sejukkan kek sebelum dilapiskan dengan cream cheese.
Cream Cheese Frosting :
250 gm cream cheese
120 gm gula
120 gm butter
- campur semua bahan pukul hingga gebu dan ringan.
- sedia untuk dilapiskan dalam kek

Cara Melapis :
  • ambil 1 lapisan kek sapukan dengan cream cheese, kemudian letak lapisan kek yang lain pula dan ulang proses melapis guna cream cheese sampai habis keenam-enam kek tadi.
  • susunan warna ikut suka - cikNor mula dengan ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
TIPS :
* kalau nak topping pada kek sila gandakan kuantiti bahan sebab kuantiti yang dinyatakan cukup untuk melapis kek sahaja.
* cikNor cadangkan guna 3 loyang yang sama saiz supaya cepat sikit proses membakar itu pun bergantung pada saiz oven, macam cikNor sekali bakar 3 loyang sbb oven besar jadi sekejap jer la. (nasib ler ada 3 jer loyang yang sama saiz tu...kalau ada 4 dah tentu 4 sekali bakar...hehehe...taw nak cepat jer)
Cubalah buat...berbaloi...
rasanya lembut, gebu, sangat moist...dan sangat sedap (^_^)

Wednesday, February 13, 2013

Pandan Marble Cuppy Cake

Holla, buat semua...bertemu lagi setelah lama bercuti demi melangsaikan tugasan co-bisness. Alhamdulillah segalanya telah berjaya dibereskan mengikut masa yang dijadualkan, moga-moga yang baik-baik sahaja bakal diterima kelak.
 
Sebenarnya sudah terlalu banyak bahan yang disimpan untuk dikongsi bersama, salah satunya adalah pandan marble cuppy cake ni...resepi ini cikNor dapat daripada kak Azlita masam manis cumanya cikNor dah transform-kannya jadi cupcake @ kek cawan (credit to tuan punya resepi, kak Azlita dan Yatie sebab sharekan resepi yang sedap dan mudah ini). Sebelum ni cikNor dah buat kek pandan marble, ternyata rasanya sangat sedap. Kebetulan ada event di rumah mommy cikNor,
my mommy minta buatkan kek cawan untuk  buah tangan tetamu maka dengan sebab itulah pandan marble cake ni bertukar jadi pandan marble cuppy cake.
 
cikNor cuma gantikan pandan paste dengan coconut pandan emulco dan tambahan sebanyak 50gm tepung gandum (untuk elakkan cupcake tu mendap). Yang lain-lain semuanya sama sahaja.
 
 
Pandan Marble Cuppy Cake
 
Bahan-bahan :
Bahan A
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
-ayak
 
Bahan B
4 biji telur - cikNor guna gred B
100 gm gula pasir
1 sudu besar ovallete
25 ml susu segar
50 gm minyak jagung
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh coconut pandan emulco
 
Cara-cara :
  • gula, ovallete digaul rata kemudian masukkan telur dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (macam adunan bahulu).
  • perlahankan speed masukkan bahan A sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata kemudian masukkan minyak dan susu segar gaul sebati.
  • ambil sedikit adunan kemudian campur dengan serbuk koko dan coklat emulco gaul sebati.
  • bahagian adunan yang banyak dicampurkan dengan coconut pandan emulco, gaul sebati (kalau nakkan hijau lebih pekat tambah sedikit pewarna hijau).
  • masukkan adunan pandan dalam cawan kertas (cikNor masukkan separuh cawan kertas) kemudian buat garisan atas cupcake dengan adunan coklat dan lorekkan dengan lidi supaya jadi corak marble.
  • panaskan oven 15 minit, suhu 180 celcius sebelum bakar cupcake.
  • bakar cupcake 25 minit atau hingga masak sempurna.
* untuk mudahkan buat garisan atas cupcake, masukkan adunan coklat dalam piping bag.
 
Pssstt..pssttt..kalau guna coconut pandan emulco rasanya lebih sedap, baunya pun sangattttt wangi...tapi kalau tak ada boleh jer jer guna pandan emulco. Coconut pandan emulco tu cikNor beli dari kedai DNA Bakery di Jerantut :=)
 Selamat mencuba (^_^)