Tuesday, January 15, 2013

Musim-musim sibuk sudah kembali

Holla...rindu kat belog ai...huhuu
nampak gayanya cikNor terpaksa rehat berbelog buat sementara waktu walau pun sebenarnya sudah ada banyak material yang nak dikongsi bersama semua ini gara-gara New Deal NKRA. Terlalu banyak yang perlu dibereskan, segalanya mau perfect...(penat sebenarnya, kadang-kadang terfikir pulak tak perlulah new deal sekiranya terlalu banyak saringan yang hampir melumpuhkan minat mendidik !!!) iya lah...bayangkan segala dokumentasi perlu perfect sedangkan pencapaian murid sudah cemerlang rasanya itu sudah cukup bukti yang menunjukkan guru itu mengajar dan mendidik...bukan tidak ada dokumentasi sebelum ini...ada cuma ia tidak seperti kehendak pihak atasan. Tapi tidakkah pihak di sana fikir dokumentasi yang terlalu rigid itu sebenarnya menambahkan beban tugas guru walhal co-bisness seorang guru ialah mengajar tetapi bila 1 portfolio paling minima mempunyai 5 fail bayangkan kalau seorang guru itu memegang 5 portfolio (biasanya sekolah SKM gurunya terpaksa pegang lebih dari 3 portfolio sebab cikgu tak ramai) darab jer lah dengan 5...25 fail yang guru perlu bereskan itu belum campur fail PBS individu dan eviden...mau cikgu-cikgu lemas dihempap fail jer lah...sebenarnya itu yang orang tidak tahu tentang beban tugas seorang guru...

Bagi cikNor...ai lebih rela mengajar sepanjang hari daripada menyiapkan fail-fail yang bertimbun tu...penat tau, nak fikirkan segala macam pelan tindakan, pelan taktikal, pelan operasi, kertas kerja program, fail meja, minit curai etc...

cikNor suka mengajar dan membuat bahan mengajar tapi cikNor tak suka dokumentasi yang nampak cantik atas kertas tapi pelaksanaannya tak cantik bila dipraktikkan...sebenarnya beban tugas guru bukanlah mengajar tetapi beban tugas guru ialah kerja-kerja dokumentasi...segala macam FAIL. Tugas mendidik dah jadi 30% tapi penyediaan failing 70%...hampir memasuki bidang pengkeranian bukan lagi bidang pendidikan.

Kalaulah dapat diubah semua tu alangkah bagusss...