Thursday, October 11, 2012

Puyuh Masak Halia

jeng...jeng..jeng...tahap memasak berada di level yang agak membanggakan...haha
cepat pulak meng-update belog dengan citer-citer masak N makan...
 Kali ni kita belajar masak resepi yang enak banget...puyuh goreng halia gitu

Bahan-bahan :
4-6 ekor puyuh
7 cm halia muda -hiris kecil (kalau xada yg muda tak apa, guna yg dah tua pun jd gak)
1 biji bawang besar - potong baji
3 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar sos tiram.
2 biji cili hijau - potong serong

Cara-cara :
  • puyuh dibersihkn kemudian golek-golek atas tepung
  • goreng ayam, angkat toskan.
  • panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih dan halia, masak hingga wangi
  • kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram.
  • masaklah sos ayam hingga sosnya menjadi sedikit pekat
  • akhir sekali barulah diletakkan ayam, bawang besar dan cili hijau...kacau rata-rata
  • voilaaa....dah siap dan boleh dimakan
Psstt...besenya kalau nor masak resepi ni memang tak guna minyak. Esok kene bawa ba

 Tak ada modal nak bercerita laa...layan jer la gambar-gambar puyuh ni...
ermmm...ngantuk tahap Gaban dah ni...choww

Tuesday, October 9, 2012

Lontong Goreng

Happy morning sume...
kuatkan semangat untuk meng-update belog, sume ahli rumah dah ZZZzzz...
tak mo citer panjang straight to the point.
 
"Pernah tak makan lontong goreng?"
Kalau tak pernah ini cikNor perturunkan resepi my mommy in-law.  Biasanya kalau di Johor lontong dimakan dengan kuah lodeh.  (tau tak macam mana rupa lontong??? Sebenarnya lebih kurang macam nasi impit tapi dibalut dengan daun pisang bentuk silinder macam lemang....) boleh KLIK disini untuk tengok rupa lontong.
Apa yang bestnya kalau kuah lodeh dah abes tapi lontong masih banyak lagi ia boleh diolah menjadi resepi lain pulak - kira macam recyle gak la :)
Kuantiti bahan boleh di-up sekiranya lontong ada banyak. Bahan-bahan yang cikNor kasi ni untuk 2 batang lontong (kalau dah potong kiub lebih kurang 500gm kot).

Bahan-bahan :
500gm lontong
2 keping tahu (kalau nak sedap guna tahu lembut 2 keping RM1.60- mahal sikit dari tahu biasa)
16 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit taugeh
sedikit daun kucai
sedikit kobis manis (saiz lebih kecil daripada kobis biasa tapi rasanya lebih sedap)
2 biji tomato
garam
minyak untuk menumis
sotong
udang
daging / ayam
sos tiram

Cara-cara :
  • cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dikisar.
  • tomato dibelah 4, kobis dihiris kecil-kecil, daun kucai dipotong anggaran 1- 2 inci,
  • tahu dibelah 6.
  • panaskan minyak, goreng tahu sampai kekuningan - angkat.
  • dalam minyak yang sama tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • masukkan daging / ayam, sotong dan udang...biarkan hingga ia masak, kemudian masukkan garam - anggar sendiri yer :)
  • masukkan tomato  yang dibelah tadi.
  • bila semua bahan tersebut mesra masukkan lontong kacau rata. Masukkan tahu goreng, sos tiram dan gaul hingga semua bahan tadi mesra-mesraan gitu.
  • masukkan pula semua jenis sayur gaulkan rata-rata kemudian matikan api - tak perlu lama supaya sayur-sayur tadi tidak lodoh.
  • dah boleh nyumm, nyumm...

Kalau tak ada lontong, lebihan nasi impit atau ketupat nasi pun boleh jugak...
Glosari
lodoh -
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 950 lodoh bermaksud hancur (kerana terlalu lama dimasak)

p/s - macam belajar bahasa la pulak...hehe

Monday, October 8, 2012

Acar Buah

Sambung citer tangan kene sengat tebuan...hehe
dalam duk sakit-sakit, bengkak tangan berdaya lagi cikNor jalan-jalan makan angin kat
Cameron Highland (^_^)
Tangan jer yang bengkak tapi kaki sihat...haha
itu pun pasal family day geng tempat keje en Hubby, lagi pun nak meraikan dak Danial abes exam.
Kalau dah namanya pergi Cameron memang tak sah ler kalau tak membeli ole-ole buat belanja kawan-kawan. Cuba teka cikNor beli apa??? hehee, kite beli buah-buah kering yang paket-paket tu yang dalamnya ada halwa peria, tomato ceri, strawberi, pisang kaki, kiwi etc.

Sebenarnya cikNor tak berapa suka sangat makan buah-buah tu jadi yang ada lebih sepeket kat rumah tu cikNor selamatkannya jadi acar buah (en Hubby panggil acar tahun...sebabnya acar ni kalau betul cara masaknya boleh tahan bertahun !!!) Acar buah ni resepi tradisional orang Johor yang kawannya nasi beriani.  Biasanya kalau kenduri kawin kat Johor, acar buah ni memang menu wajib yang ada atas meja...selalunya diletakkan dalam magkuk kecil atas meja makan. cikNor memang suka makan acar ni, ratah jer bukan makan dengan nasi pun...hehe
Acar buah ni makan dengan nasi putih bersama ikan goreng pun sedap...sangat sedapppp
kata orang menu pembuka selera.
Ada pelbagai versi masak acar buah ni tapi cikNor suka yang cikNor punya stail...simple and sempoi but sedap...haha...angkat bakul sendiri sebab tak ada orang nak tolong angkatkan. Oke, cukup-cukup la celotehnya nanti menyampah lak orang nak membacanya...meh kita semak resepi.
Bahan-bahan :
500 gm halwa buah-buah kering (terpulang apa-apa jenis buah...ikut kesedapan tekak kita jer)
20 tangkai cili - kisar halus
2 sudu besar orange marmalade
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh garam - (kat sini kena ada kemahiran merasa sebab kalau letak lobak masin rasanya garam tak perlu kot)
1 sudu besar gula (part ni sama gak- cikNor buat tak letak pun sebab dah ada orange marmalade lagipun halwa buah-buah kering tu dah cukup manis)
1 sudu besar cuka - boleh juga guna cuka epal
6 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1sudu besar rempah all spice
1/2 cawan air

Cara-cara :
  • Tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar tadi hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar - masak hingga pecah minyak.
  • kemudian masukkan rempah all spice, masak hingga semua bahan tu mesra
  • Masukkan sos cili, orange marmalade dan cuka, kemudian apabila semua dah oke barulah masukkan halwa buah kering, masukkan sedikit air. (kalau kurang manis atau masin boleh masukkan garam dan gula)
  • Masak hingga kering air.
  • Apabila sudah masak bolehlah angkat dan hidangkan.
Siap jer masak, cikNor terus tapawkan untuk bawa balik rumah mak kat Jengka 10. Tak taw lah apa komennya sebab my mommy memang terror buat  acar buah ni
Ari ni bawa sikit acar buah untuk kawan-kawan kat Bukit Nikmat dan Durian Hijau ... Sekali hadap jer dah tinggal kuali kosong pun...haha
Oke, buat sesiapa yang nak try acar buah versi cikNor bolehlah copy paste the recipe, then try to make it and you will love it.

Friday, October 5, 2012

Edible Garden cikNor

uikkss...tercuti update lak...hehe...(janji manis jer, nk rajin-rajin update kununnn...hampess!!!)
uwaaa...sebenarnya cikNor mengalami satu tragedi yang amat sadis,huk..huk..huk...
cikNor kene sengat  TEBUAN kat tangan, bengkak + sakit giler...
Al-kisah, cikNor disengat semasa di tempat keje...dalam office gitu, ada tebuan sesat telah
memberi dos racunnya pada cikNor, aduhh!!!
Jangan panik...cool, cool...sampai kerani cikNor boleh tegur kata cikNor tak meraung atau gelabah pun...sakit jangan citer la tapi menurut kajian sains (ni hasil selalu tengok Discovery Channel la) kalau kene binatang bisa jangan panik atau gelabah sebab itu akan menyebabkan racun tu cepat merebak satu badan sebabnya jantung kita mengepam darah dengan laju...hurmmm...
tu pasal la cikNor cool :)
 
Mula tu cikNor macam cuba tahan just sapu minyak panas...tapi rasa denyut makin kuat
pastu tangan lak makin bengkak...nak mengajar pun dah tak leh fokus, berpeluh-peluh dan rasa cam sejuk semacam je, makanya cikNor pun telefonlah jugak en Hubby.
en Hubby datang terus bawa ke Klinik Desa...dapatlah satu jarum...sakitttt kene cucuk.
nurse Klinik Desa suruh ke hospital pula sebab tak ada ubat, sampai kat hospital terus ke bahagian kecemasan jumpa doktor...walahweiii, kene lagi satu jarum...cucuk jugakkk!!!
hahaha...takut kene cucuk rupanya.
 
Masa cikNor update ni tangan dah mula oke...cuma ada kesan luka kene sengat jer...
 
Kali ni cikNor nak share tentang satu lagi hobi cikNor selain dari mem-baking...
gardening tapi kecil-kecilan jer sebab kawasan penanaman agak terhad. 
Tapi agak berbaloi jugak sebab cikNor suka tanam pokok-pokok yang boleh dimakan jer (tak lepas daripada perkataan makan...haha)
Yer la kalau setakat nak masak asam pedas, nak buat tomyam, masak pecel...bila-bila masa jer sebab tak payah nak kene ke pasar beli daun kesum, daun limau purut, daun kencur etc...ekonomi rumahtangga tu namanya...hehe
Itu jer la alternatif untuk orang macam cikNor menanam di tempat yang terhad tanahnya...PASU
Ni cikNor tengah mengubah anak-anak pokok kucai daripada polibag ke dalam pasu...nak buat cucur udang dah kira bagus ni sebab satu pasu panjang ni sudah memadai. 

 Benih kucai ni diimport dari Jengka 10, ambil kat rumah my mommy.
 Nanti cikNor update dengan gambar terbaru anak-anak pokok kucai ni...
Dalam bekas pokok kacang ni terselit pokok bawang. Pokok bawang ni cikNor tanam sebab bawang yang dalam bakul tu dah tumbuh tunas!!! haha...hasilnya dapatlah guna daun bawang :)
Ini namanya pokok kacang 'duduk'. Kenapa namanya kacang duduk??? Sebabnya pokok kacang ni tak perlu letak junjung (kayu untuk kacang mamanjat). Pokok kacang ni tumbuh merendang jer...cute...cikNor buat ulam jer sebab just tanam dua pokok. Benihnya pula cikNor ambil kat sekolah Bukit Nikmat.

 Dua pokok jer so tak cukup nak buat goreng cukup untuk buat ulam-ulaman jer...haha
Oke, yang sebelah kiri tu pokok limau purut dan sebelahnya tu pokok kencur (bahasa Jawa, Melayu panggil cekur).  Dua-dua daun ni mewangikan masakan...tetiba lak rasa nak masak pecel...dah ngences nihh...
Pokok limau purut ambil dari rumah my mommy, pokok kencur pulak from my mother in-law's house. Rasanya pokok kencur ni memang wajib ada kat rumah orang Jawa...hehee...
Pokok serai dan pandan pun cikNor tanam dalam pasu...time sesak-sesak nak guna serai lepas gak ni tak payah susah-susah nak start kereta gi pasar. Ini pun my mommy bawakan dari rumahnya.
 Merimbun jugak walau dalam pasu...dah beberapa kali jugak menuai hasil...berbaloi kan???
Insyaallah nanti cikNor update dengan gambar terbaru edible garden cikNor yer.
Oke...chow