Thursday, September 27, 2012

Apam Polka Dot transform to apam ladybird

Haduyaiii...mata tersangatlah ngatuknya tapi cita-cita di hati amat besar - malam ni mesti update belog, walau pun villakamimicasamawar bukan belog fofular tetapi nak lah jugak tengok sentiasa ada entry baru...
Sebenarnya cikNor ada banyak gambar-gambar untuk memenuhi ruang belog ni tetapi cikNor tak berapa sempat nak berbelog sakan jadi banyaklah gambar-gambar tu terperam dalam laptop kesayanganku ini.
Cumell tak ladybird kita??? Ini apam polka dot sebenarnya tapi dah ditransformkan kepada ladybird...BERTUKAR!!!

Apam ni sebenarnya dioder oleh cikgu sekolah cikNor...untuk dijadikan cenderamata kepada penceramah Bengkel Sains.
Oke, yang ini apam polka dot ladybird yang dah siap hias dengan reben.
Jom kita semak resepinya lagi sekali :)

Bahan-bahan :
255gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder - ayak dengan tepung
3 biji telur - yang disimpan dalam peti ais
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh vanilla
Filling bluberry secukupnya
Pewarna oren dan hitam

Cara-cara :
  • pukul putih telur hingga kembang
  • masukkan ovellete, kuning telur, vanilla - pukul kembang
  • masukkan gula pukul lagi hingga kembang
  • masukkan tepung yang diayak dengan baking powder berselang-selang dengan susu - buat hingga habis
  • kemudian gaul sebati
  • bahagi adunan kepada 3 bahagian - warna oren, hitam...dan warna asal, kaler putih
  • adunan tadi diisi ke dalam piping bag untuk memudahkan kerja.
  • buatlah macam corak ladybird
  • bila dah siap semua  barulah kukus selama 10-15 minit.(Panaskan periuk kukuk terlebih dahulu.
  • bila dah siap bolehlah makan dengan gumbiranya...
Sesuai jugak untuk hantaran sebab nampak cumell...

Wednesday, September 26, 2012

Apam Polka Dot

Hollaa...
sambung citer masak-masak pulak!
 
Balik dari kursus, dak Eisya minta kuih raya, katanya nak bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya esok. Humang aii...mano esei nak cari habuk papan kuih raya ada la. Dia kata kalau tak ada tak apalah tak payah bawak. hurmm...tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan dia. cikNor pun godek-godeklah kat dalam gobok...yang ada tepung gandum, telur, susu segar, peanut butter...
"eisya, kita buat apam polka dot oke tak???"
"oke lah tu ibu, eisya suka sebab sedap."
Maka jadilah apam polka dot yang bulat-bulat kejadiannya itu dengan jayanya...cikNor buat dua adunan maklum ler untuk jamuan, dapatlah dalam 100 biji lebih tapi yang tak tahannya sambil buat sambil masuk mulut...haha...maka 100 biji jer lah yang dapat diselamatkan ke dalam tipuware tuppaware.
Rasanya resepi apam polka dot ni sama jer kot macam yang terdapat kat belog kawan-kawan semua tapi disebabkan nak memudahkan cikNor nak buat rujukan makanya cikNor salinlah juga kat entry ni. Bagi sesiapa yang termelawat villakamimicasamawar ini bolehlah juga mencopy paste resepi ni kalau nak try buat. Dijamin lembut dan gebu...senang membuatnya dan sedap juga dimakan.
Bahan-bahan :
255gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder (ayak dengan tepung)
3 biji telur (dari peti ais - telur yang disimpan dalam ice box...sejukkkk)
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh vanilla

Filling - Ikut selera (blueberry / strawberi / kaya / peanut butter / coklat)
Pewarna - suka suki jugak (apa-apa kaler pun boleh janji mata kita sedap memandang)

Cara-cara :
  • pukul putih telur hingga kembang (jadi pekat dan ringan)
  • masukkan ovellete, kuning telur, vanilla kemudian pukul hingga kembang
  • kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga kembang (adunan jadi likat)
  • masukkan tepung diselang-seli dengan susu, gaul sebati...hingga habis
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian kemudian letak pewarna
  • masukkan sedikit adunan dalam piping bag kemudian paipkan dalam cawan kertas yang kecil, paipkan filling kemudian tutup dengan adunan tadi.
  • ambil adunan yang berlainan warna buatkan titik-titik kecil (dot-dot-dot tu lah...)
  • kukus antara 10-15 minit hingga masak guna api sederhana.
TIPS-
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih sebelum mengukus.
  2. Pastikan tali pusat telur dibuang bagi mengelakkan bau hanyir. 
  3. Balutkan tudung periuk kukus dengan kain bagi mengelakkan titisan air jatuh atas apam yang sedang dikukus.
Apam polka dot yang berjaya diselamatkan ke dalam tuppaware cantik cikNor...hehe
Habis licin apam ni dimakan oleh kawan-kawan dak Eisya...alhamdulillah...

Monday, September 24, 2012

Minggu-minggu yang sibuk Part 2...

Peace :)
memasing dengan laptop duk menyiapkankan evidence yang akan dibentangkan.
cikNor punya task dah siap tu yang sempat posing bagai...haha
Wehh, sambung citer kursus hari tu !!! Kursus KSSR Bahasa Inggeris selama 4 hari telah berjaya membirukan mata coklatku...haha...coklat ler sebab mata cikNor memang kaler coklat :)
Sepanjang 4 hari slot dipenuhi dengan taklimat, bengkel dan pembentangan...
Lihat tu kak Dayang sedang tekun menyiapkan tugasannya...skills for writting...bla...bla...bla...
Nape lak dak Mardiana tu??? Jelingan macam tak puas hati jer...dak Saidah lak serius, tak berani nak usik...hehe
Holla, kak Sarah...tengok si Fadzil thumb up, maksudnya dah suksess la kot.
Ini dia dua orang macho man dalam group kitaorang...dak Fadzil and Pak Long (I'm not very sure about his full name coz all of them just called him Pak Long so i follow...hehe) yang menariknya rupa-rupanya Pak Long ni waris my best friend, Mastura masa kat Jengka dulu...hurmm...suratan atau kebetulan ?!!
Yay, ini geng jelita ayu group kitaorang!!! Dari kiri dak Mardiana, dak Saidah, dak Ain, cikNor, kak Dayang dan kak Sarah. Seronok dapat berjumpa dan berkenalan dengan kamu semua...keep in touch okies!!!
Closing ceremony yang dirasmikan oleh pegawai PPD Jerantut, Encik Jamal Nasir.
Salah seorang JU, Miss Agila...seorang JU yang very energetic...semangat sungguh masa menyampaikan taklimat...mata yang kuyu jadi bulat bila dengar suaranya, jangan berani-berani kau tidur ya, nanti kene soal...haha...peace, Agila...hehe
Presentation from our group, dak Fadzil as a presentor...dak Ain as a computer instructor, cikNor just helped them to connect the laptop to the screen...hehe...
Masa majlis penutup tu siap ada games menguji minda...games yang penuh dengan falsafah dalam pendidikan KSSR. Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, Band 6...how to manage it...
Lastly, cuba korang tengok...sama tak muka dua orang ni ???
p/s- cikNor dengan dak Ain dah mengeluarkan kenyataan yang sama masa tengok muka dak Fadzil ni...haha

Itulah itu citer-citer masa cikNor attended kursus dari 18 September-21 September. Banyak info diterima dan bertambah juga kawan baru sejak pindah ke Jerantut district. Hari Sabtu 22 September pergi sekolah macam biasa sebab kelas ganti untuk raya aidilfitri itu hari...

Thursday, September 20, 2012

Minggu-minggu yang sibuk Part 1...

Baru jer nak bergumbira lepas UPSR...rupa-rupanya kene 'bergumbira' kat
Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut (PPDJ)...
 
Hari Isnin (17 September) baru ni cuti yang dibawa ke hadapan sempena sambutan Hari Malaysia (Ahad / 16 September)  jadi cikNor dan family pun telah berangkat ke Kajang dan Bangi dengan agenda raya-raya di penghujung Syawal...beshh...beshh...
 
Tapi balik jer dari sana dah kene penuhkan 4 hari yang ada tu dengan kursus KSSR Bahasa Inggeris tahun 3 kat PPDJ.  First day course tu rasa macam mood tak dak mari lagi...hadir kursus dalam keadaan paksa rela...huhu...nasib baiklah masuk hari yang berikutnya dah mula oke.
 
Input...input...input...penuhkan ilmu di dada...haha 
Credit to miss Saidah for this photo (sori arr...itu ari lupe nak tulis, kecik ati tukang amik gambar)
Presentation session...tapi sempat lagi posing...
Gambau ni pun miss Saidah gak yang amik...
Puan Raja Maheran, salah seorang JU yang memberi input masa course ni. Time ni slot PBS...hurmmm...baru faham how to manage the PBS. Kalau tak sebelum ni bila orang citer pasal PSB cikNor blur tahap cipan...hehe...sebenarnya cikNor tak penah lagi mengajar kelas KSSR datang Bukit Nikmat baru diberi tanggungjawab ni. Masa kat Jengka 1 dulu cikNor terlibat dengan kelas KBSR jer tu pasal yang blur kot (^_^)

Oke...tomorrow cikNor update lagi citer sepanjang course 4 hari ni (tu pun kalau sempat la...haha)...chow

Asam Rebus Kacang Panjang dan...

Masih dalam mood raya...entry baru lepas berkurun berhibernasi (tak taw macam mana nak mulakan ayat-ayat cinta ni...hehe)
 
Layan jer la resepi yang menduduki carta atas sempena musim lepas raya...

Bahan-bahan :
7 urat kacang panjang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 kuntum bunga kantan
1 inci belacan
5 tangkai cili kering
beberapa helai daun kesum
2-3 cawan air
garam secukup rasa
asam keping
1/2 kiub pati ikan bilis (ikan bilis ori pun oke...)

Cara-cara :
  • cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dikisar halus.
  • masukkan dalam periuk bahan kisar, air, asam keping...masak hingga mendidih.
  • masukkan kacang panjang yang sudah dipotong (lebih kurang 2 in panjang)
  • masak hingga mendidih jangan lama sangat nanti lodoh lak kacang panjang tu.
  • ooppss, jangan lupa masukkan daun kesum dan bunga kantan serta garam secukup rasa...siappp, dah boleh makan.
Bunga kantan amik dari rumah mommy i kat Jengka 10...fokus....fokusss

Ini menu gandingan ideal asam rebus kacang panjang...iwak gerih (ikan masin goreng campur dengan bawang & cili). Sedap taw makan dengan nasi putih panassss...
Jom masak-masak (^_^)

Friday, September 14, 2012

Dah selesaiii...

Akhirnya....berakhirlah sudah tempoh kurantin family cikNor. Semuanya disebabkan semua orang sama-sama support putera sulung cikNor, dak Danial yang nak exam UPSR baru-baru ni. Sebelum ni semua program jimba-jimba di-KIV dulu sebab nak beri ruang buat dak Danial untuk study & tution...
 
Bukan jer xtvt jimba-jimba ter-stop, xtvt meng-update belog pun terkene tempiasnya...ini merupakan update cikNor yang pertama selepas sekian lama berhibernasi. Bukannya apa, time dak Danial sibuk nak exam itu ari cikNor memang lupakan sume xtvt cikNor termasuklah baking-baking...cikNor habiskan hari dengan melayan keperluan putera ku yang hensem tu (^_^)

Start Sabtu ni kitaorang dah penuhkan dengan agenda untuk beraya maklum ler masa cuti raya lepas kitaorang tak beraya sangat sebab tak nak dak danial tu leka duk mengumpul duit raya...haha

Pengalaman pertama anak menduduki exam besar buatkan cikNor pun turut sama terasa macam nak demam, tidur tak lena...en Hubby biasa jer, dia kata sebab dia dah biasa ajar budak tahun 6 so debaran tu dah makin kurang. cikNor lak tak penah ajar budak tahun 6 sebab tu rasa betul-betul debaran baru datang masa anak sendiri jer...masa dulu berdebar gak tapi berdebar nak tengok result !!!
 
Apa-apa pun cikNor memang sangat-sangat berterima kasih pada cikgu-cikgu tahun 6 di SKBN yang tak jemu-jemu bagi tunjuk ajar...dari hari isnin hinggalah ke ahad sentiasa dipenuhi dengan tution untuk anak-anak didik. toce...toce...moga Allah swt membalas jasa kalian.
 
Bila exam dah abes sekarang ni tinggal berdoa sajalah moga kejayaan yang cemerlang untuk dak Danial dan kawan-kawannya.