Thursday, July 26, 2012

Ikan Siakap Masam Manis

Holla semua...
panas betul ari ni erkk...dugaan orang berpuasa, sabar, sabarrr...
Kat sekolah tadi pun rasa macam tak sabar jer nak tunggu time balik sebab tak sabar nak mandi pas tu duduk atas sofa, pasang kipas sambil layan channel 703, 706...tak dapat makan tengok makanan pun oke gak...hehe
Balik dari sekolah kelmarin singgah kat Pasar raya Tunas Manja, menyopping barang masak...en Hubby beli ikan siakap dan ikan pelaling (goreng pun sodap nihh...)
Bila tanya kat dak Danial dan dak Eisya nak masak apa ikan ni??? dak Eisya geleng-geleng jer (kalau ikut budak kecik ni senang jer, dia suka ikan pelaling masak singgang...hehe...tu pasal bila tanya ikan siakap tak taw nak masak apa) dak Danial kata masak sweet sour lah...so jadilah ia sweet sour orang Melayu kata masam manis...(sebenarnya lama jugak dah tak masak siakap sweet sour ni...kira cantekk arr bila dak Danial request tu.)
 Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap - bersihkan kemudian lumurkan dengan garam dan tepung jagung, goreng garing...toskan
1/2 cawan nanas - potong dadu (cikNor guna yang dalam tin jer)
sedikit timun - buang empulur kemudian potong dadu
1 biji tomato - buang biji kemudian potong dadu
1/2 labu bawang besar kuning - potong dadu
1 tangkai cili merah - potong serong
1 tangkai daun bawang - potong 1 cm
2 cm halia - dimayang halus
3 ulas bawang putih - diketuk
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos sweet and sour (kalau tak ada pun tak pe gantikan dengan sos tomato)
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
  • panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan sos cili, sos masam manis dan sos tiram - kacau sebati masukkan sedikit air
  • masukkan nanas, tomato dan timun, kacau hingga mesra.
  • masukkan cili merah dan daun bawang kacau kejap kemudian matikan api.  Siramkan sos tersebut atas ikan siakap goreng tadi.
*kalau nakkan kuah agak pekat masukkan bancuhan tepung jagung (1 sudu besar) ke dalam sos. cikNor jarang guna bancuhan tepung jagung sebab sos-sos yang digunakan tu sudah cukup cantik pekatnya...tak terlalu cair atau terlalu pekat.

Menu berbuka hari tu cuma siakap masam manis, sayur mak tam goreng tauco, ulam salad,
sambal belacan dan pelaling goreng.

Mewah dengan potongan nanas, tomato dan timun.
Sangat sedap...sweet n sour gitu....


Menu ni simple jer cuma kadang tu cara olahan kita yang menjadikan ia cukup sedap hingga menjilat pinggan jari !!!

Wednesday, July 25, 2012

Roti Jala

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari yang ke-5 kita berpuasa...kejap jer kan.  Biasanya bulan puasa macam-macamlah permintaan kanak-kanak riang kat rumah tu...disebabkan dorang tekun berpuasa makanya ibunya tidaklah lokek tenaga untuk masak makanan yang dorang mintak, bukanya apa nak gumbirakan hati dorang sebab berpuasa penuh...ganjaran (^_^)
 Salah satu menu yang telah dibuat...roti jala dicicah dengan kari daging.
Banyak jugaklah cikNor menjala...sampai naik lenguh kaki berdiri kat tepi dapur.  Saja buat banyak sebab dapatlah jugak dipanjangkan sedekah ke rumah jiran.
Kari daging campur dengan kentang memang suai amatlah dilawan dengan roti jala yang kuning menawan tu.

Resepi kari daging

Bahan-bahan :
1/2 kg daging - cikNor potong tipis dan rebus dulu supaya cepat empuk
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar kuning
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
1 bungkus rempah kari daging
sedikit garam
minyak untuk menumis

Caranya :
  • Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia,tomato dikisar halus.
  • Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan yang dikisar.
  • Bila sudah garing masukkan rempah kari dan sedikit air, masak rempah kari hingga masak (bau wangi kalau rempah tu sudah masak).
  • Masukkan daging, kentang dan santan.  Masaklah hingga daging dan kentang empuk elok, kemudian baru masukkan garam dan kerisik.  Apabila sudah cukup rasa garam dan kuahnya sudah masak elok bolehlah matikan api dan sedia untuk dimakan bersama roti jala.

 Resepi roti jala versi cikNor

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
air (lebih kurang 2 cawan - yang ni cikNor main agak jer tengok kesesuaian bancuhan tu, bergantung pada tepung yang diguna)

Caranya :
  • Masukkan semua bahan dalam blender kemudian blendkan semuanya hingga sebati.
  • Tuang dalam mangkuk besar kacaukan sedikit supaya tak ada ketulan tepung (biasanya kalau dah diblend bancuhan tepung tu elok jer tak der ketul-ketul.
  • Bolehlah dimasukkan dalam acuan roti jala dan mulakanlah aktiviti menjala tu hingga bancuhan tepung abesss.
*gunakan kuali leper yang disapu dengan sedikit minyak.  cikNor guna pan non-stick jer, mudah sebab tak perlu banyak kali sapu minyak.




Tak tahulah apa pulak menu yang kanak-kanak riang berdua tu nak untuk hari esok...

Tuesday, July 24, 2012

Red Velvet Cake

Red Velvet lagi...huhu
Kali ni request order daripada cikgu Tahun 1, teacher Hezlin sempena bufday kanak-kanak riang tu...Nurul Izwani (bertuah badan dapat cikgu kelas yang sangat penyayang...Red Velvet tuuuu....)


Keliling kek tu cikNor tekapkan dengan red velvet cupcake
yang cikNor hancurkan macam bread crumb.


Sebenarnya dah banyak versi Red Velvet yang cikNor buat tapi rasanya yang ni lagi best kot sebab yang ni keknya lembut, gebu dan sangat moist.  Pelanggan pun sangat-sangat puas hati, yang tak suka makan kek pun boleh berulang-ulang makan sampai abes sebiji kek tu...hehe...mabelles sugguh la kot.  Kalau tanya cikNor...of course la i kata sodap pasal dalam banyak-banyak kek...red velvet lah yang masih berada dalam carta hatiku...

Bahan-bahan :
(untuk loyang 9 in)
5 biji telur gred B
250gm unsalted butter
3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko
2 cawan gula kastor
3 sudu besar pewarna merah
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar cuka

Cara-cara :
  • Panaskan oven selama 20 minit, suhu 180C.
  • Ayak tepung dan serbuk koko - ketepikan dulu.
  • Butter dan gula dipukul hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis.
  • Buttermilk dicampur dengan pewarna merah, kacau sebati dan pastikan tidak berketul.
  • Masukkan tepung dalam adunan butter berselang-seli dengan buttermilk (tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung).  Pukul adunan hingga ringan.
  • Larutkan baking powder dengan cuka masukkan ke dalam adunan tepung, kaup balikkan dengan spatula dengan cepat hingga sebati.
  • Bakar selama 45 minit - 1 jam (hingga masak), suhu 180C.
  • Bila sudah masak angkat, sejukkan barulah dipotong kepada 3 bahagian.
  • Kemudian bolehlah dilapiskan dengan cream cheese frosting. Topping kek boleh gunakan fresh cream.
*Buttermilk boleh dibuat dengan mencampurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu besar cuka kemudian rehatkan selama 10 - 15 minit.
Red velvet yang dah dibelah...nampak tu cream cheesenya...

Cream cheese frosting :
250 gm cream cheese philadelphia - suhu bilik
1 biji lemon - ambil jus
120 gm gula kastor
125 gm fresh cream
125 gm UHT whipping cream
- pukul cream cheese hingga kembang, masukkan gula kastor pukul lagi hingga kembang dan sebati.  Masukkan jus lemon sebatikan.  Masukkan fresh cream pukul lagi hingga kembang - ketepikan dulu.
- pukul UHT whipping cream dalam mangkuk lain hingga kaku kemudian campurkan dalam cream cheese tadi pukul hingga sebati...taDAAAA...sudah siap untuk digunakan.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan bermulanya suatu perubahan

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua (sudah masuk hari ke-3 baru sempat nak post entry ni...)

Biasanya kalau di sekolah dalam bulan Ramadhan biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan...samalah macam Sekolah Bukit Nikmat, ustaz dan ustazahnya dah aturkan macam-macam program yang melibatkan cikgu-cikgu dan murid-murid serta geng-geng pekerja sekolah (PT, tukang kebun dan tukang sapu).

Hari Jumaat lepas ustaz dan ustazah dah mengedarkan penanda buku yang dicetak dengan bacaan niat puasa, niat berbuka puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.  Semua murid dan guru dapat penanda buku ni...terima kasih Panitia Agama.

Banner yang digantung sempena sambutan
 Ramadhan al-Mubarak. 
Ini adalah hasil kerja ustaz Jefri dan guru-guru
 (sekolah kampung so banner buat sendiri jer,
gotong-royong...apa yang penting kerjasama...) 
Kemudian setiap pagi Isnin (bermula pada hari ini 23/07/2012) sepanjang Ramadhan ada bacaan tazkirah.  Hari ini Cikgu Akhma (Guru Penolong Kanan 1) punya turn, next week cikgu lain pulak.

Damai suasana waktu rehat sebab semua warga SKBN bertadarus bersama kumpulan masing-masing. Selepas semua sudah tamatkan bacaan masing-masing pada 14 Ogos ini akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Friday, July 20, 2012

Happy Birthday to My Optimus Prime

Optimus Prime...my handsome son...hehee. Peminat tegar Transformer sebab tu la cikNor panggil dia Optimus Prime...dia suke jer...haha

Sudah genap 12 tahun my son, dak Danial. Tahun ni jugaklah tahun penting dia, UPSR (sekali dengan cikNor berdebar-debar menunggu tibanya UPSR bulan September ni...)
dak Danial request tiramisu cake, so menjadilah tiramisu tersebut. Memang cikNor buat besar kek ni sebab dia nak belanja kawan-kawan sekelas dan cikgu-cikgunya makan tiramisu ni. 



Hiasan atas kek tu bukan cikNor yang buat tapi dak Danial dan dak Eisya...cikNor kasi fondant so suka-suki dorang ler nk buat apa pun. Hasilnya dak Danial buat Angry Bird, dak Eisya lak buat carrot dan munge kecik tu...hehe...gasaklah korang budak-budakk...
Potong kuehnya...potong kuehnya, potong kuehnya sekarang juga...amik gamba tangan jer pasal dak Danial pakai singlet jer (aww...sexy gitu...haha...)
Dah potong separuh kitaorang jamah sorang sikit pas tu on the next day dak Danial bawak ke sekolah. Tapi cikNor lupa la pulak nak amik gamba masa die celebrate dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgunya...

Ikhsan en Google
Bufday dak Eisya ari tu kitaorang tengok Snow White and the Huntsman....bufday dak Danial layan citer Ice Age 4...last year bawak die tengok Transformer tapi tahun ni tak der Transformer baru, kalau tak sudah semestinyalah TRANSFORMMMM....hehe

HAPPY BIRTHDAY dak Danial, MOGA KAMU MENJADI ANAK YANG MEMBANGGAKAN IBU DAN ABAH, MENCAPAI IMPIANMU serta BERBAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Thursday, July 5, 2012

Masak Budu

Holla...
mari meng-update belog. Pagi-pagi pulak kita update belog sebab ni jer masa yang ada untuk bersantai ria kat sini...hehe

Kali ni cikNor nak share lagi resepi tradisional orang Pahang. Nama menu ni Masak Budu (ringkas jer kan namanya...kalau dah namanya pun masak budu of coz la bahan utamanya budu).  Nak masak menu ni pun sangat senang.  Kak An bagi taw masakan ni biasanya orang-orang kampung di Pahang (especially Kampung Bukit Rang...kat kampung dia ler tu) buat bila time kenduri-kendara.  Dorang masak ni untuk makan masa rewang.

Masakan ni sebenarnya campuran pelbagai ulaman kampung...antaranya ialah daun kaduk, pucuk mengkudu, pucuk ubi, daun kunyit, terung pipit, daun kesum. Bila dah siap masak harum pucuk-pucuk kayu mengguda jiwa taw...hehe

Bahan-bahannya:
3 biji kelapa - perah untuk dapatkan pati santan (pekat)
1 ikat daun kesum
6 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
100 gm terung pipit
2 ikat pucuk ubi
20 tangkai cili padi - boleh kurangkan @ tambah
2 botol budu - botolnya macam yang kat dalam gambar tu
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
3 keping asam keping - boleh juga digantikan dengan belimbing buluh (Sarah lupa nak bawa so guna asam keping jer lah...)

Cara-cara
  • Bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar halus
  • Semua daun-daun dihiris-hiris, jangan halus macam bunga rampai taw
  • Serai dihiris tipis-tipis
  • Pucuk ubi yang dah dihiris tadi ramas-ramaskan ia kemudian cuci dan toskannya- nak keluarkan getahnya.
  • Pucuk mengkudu pulak lepas dihiris masak sekejap untuk mengurangkan kadar kepahitannya. Kemudian tos.
  • Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, terung, serai, asam keping, santan dan budu dalam periuk kemudian masak hingga mendidih dan kuahnya agak pekat tapi kalau nak banyak kuah boleh lebihkan santan cair.
  • Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi panas.
*budu tak perlu diisi hingga habis 2 botol...rasa dulu yer

Kelapa yang di-sponsor oleh Sarah...kak An order 1kg kelapa so Sarah kata 1kg sama
dengan 4 biji kelapa tapi kitaorang tak guna sume pun ada lagi berbaki maybe
dalam 1 biji kot...cikNor amik ler...hehe
Kitaorang suruh Sarah bawa kelapa parut sebab rumah dia kat kampung Tanah Nyior...so mustilah nyiur nyer berlanar-konar...haha...(nyiur tu sinonim dengan kelapa yer kawan-kawan)
Ulam-ulaman yang dibawa oleh kak An

Daun kesum dari Kampung Bukit Rang


Daun kaduk from kampung Tanah Nyior with Love...hehe

Cili padi yang cantik tu pun dibawa oleh Sarah.  Mak mertuanya ada kebun sayur so memang sewajarnyalah dia kene bawa,hehee... cikNor lak duk kat bandar kalau nak bawa boleh tapi kene beli kat pasar raya TF tu lah jawabnya.  Terung pipit tu pulak kitaorang rembat kat garden prasekolah...
Serai ni Sarah ambik kat belakang rumah kuaters guru SKBN...dulu dia duk kuaters tu tapi bila dah kawen dia pun dah pindah duk dengan family hubby-nya kat kampung Tanah Nyior...itu pasallah cikNor sebut from Tanah Nyior with Love...hehehee...ada makna rupe nyer
Oke ini budu yang kitaorang guna...budu brand ni agak glamer la kat Pahang, buatan dari Kelantan.


Hiris daun-daun tu macam tu yer...tak terlalu kasar dan tidak juga terlalu halus...hurmmm...tangan sape lah tu yer??? yang pasti bukan tangan cikNor sebab cikNor tukang amik gambau.




Senang masakan ni sebab sumenya main campak jer dalam periuk pas tu dah boleh masak...senang kan???




Kene lah juga sekali-sekala dikacau supaya tidak pecah minyak. Kuah ni ikut suka kitalah sama ada nak pekat atau cair.
Setelah kami membahagi kan harta sepencarian tu...itulah itu yang cikNor dapat bawa balik ke rumah. Bez dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng tak perlu lauk lain, sudah cukup meyelerakan...terutamanya kalau memang tengah kelaparan...haha


psstt - resepi hari ni sebenarnya cikNor masak bergotong-royong dengan cikAn (kak An) dan cikAh (Sarah).  Kitaorang main masak-masak kat sekolah sempena memeriahkan Bengkel Sains budak Tahun 6...orang lain berbengkel kat dewan kitaorang duk berbengkel kat dapur prasekolah...hahaaa...apa-apa pun kitaorang berjaya men-tapaw-kan masakan tu pada sume member yang duk kat dewan mendengar ceramah Sains (^_^)