Wednesday, May 30, 2012

Kek Black Forest

Pagi morning cam gini baru ler idea datang, best ni kalau nak meng-update belog...siang-siang hari penuh dengan xtvt suri rumah sampai tak sempat nak fikir. Penat gak jadi suri rumah ni, celik jer mata dah start agenda untuk satu hari...rehat??? Time tidur tu lah rehat. cikNor pulak jenis tak tidur siang makanya malam jer lah baru rehat.
Dah sunyi sepi sebab kanak-kanak riang tu sume dah masuk tidur, dorang dah diajar supaya tidur awal tak kiralah hari cuti pun.

Kek Black Forest, tak taw ler nape namanya cam gitu...agaknya sebab banyak guna ceri hitam dan dark chocolate kot...yang forest tu tak taw la pulak, agaknya mat salih biasanya bawak bekal kek ni time masuk hutan tebang balak gamaknya...hehee
Dah lama teringin nak buat kek ni sebab glamer sungguh suatu ketika dahulu (cuma skrg ni kureng popular sebab takhtanya dah dirampas oleh red velvet dan cheese cake).



Untuk buat kek ni kita kene buat kek span coklat dulu:
(adunan untuk loyang 8 in)
5 biji telur gred A
170gm gula kastor
1 sudu besar ovallete
100gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
40gm serbuk koko
1/2 sudu teh coklat emulco
70 gm minyak jagung /butter cair
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat kek :
  • telur, gula, ovallete, esen vanilla dipukul sampai gebu.
  • ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  • kemudian masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan telur.
  • pukul hingga gebu dan ringan.
  • masukkan minyak dan kaup balik hingga rata.
  • masukkan dalam loyang yang sudah digris mentega dan dilapik dengan baking paper.
  • bakar selama 40-45 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu...suhu 180c.
  • bila dah masak terus keluarkan dari loyang untuk elakkan kek mengecut.

Bahan  wajib kek black forest :
1 tin buah ceri hitam dalam tin - toskan sirapnya masakkan dengan 1 cawan gula hingga gula larut
250gm fresh cream / UHT whipping cream - pukul hingga keras
8 biji ceri tangkai (kalau tak dapat yang tangkai yang tak der tangkai pun boleh jugak sebab ni untuk hiasan jer)
coklat parut secukupnya
fresh cream secukupnya untuk topping

cikNor guna UHT whipping cream untuk layer ni sebab nak kasi rasa lemak dan kurang manis.
Tapi guna UHT whipping cream ni leceh sikit sebab cepat mencair jadi
masa  proses me-layer tu kene cepat-cepat

Cara-cara nak assemble kek :
  • Mula-mula kek span tadi dibelah kepada 3 bahagian
  • pada lapisan pertama kek sapu dengan sirap buah ceri tadi kemudian sapu krim putar, susun ceri hitam atas krim putar.
  • ambil lapisan kedua ulang balik step pertama begitu juga dengan lapisan yang ke-3.
  • bila dah siap barulah topping kek dengan fresh cream.
  • hiaslah mengikut kreativiti.
  • simpan dulu dalam ice box sebelum disajikan.


 Bahagian dalam kek yang sudah dipotong...


Yang ini dah ditapaukan untuk bapa sedara yang datang ke rumah, bekal untuk bawa balik Kajang. Suka mak sedara cikNor dapat bawak balik kek black forest, siap nak menempah kek lagi kalau nak datang ke Jerantut.

Monday, May 28, 2012

Ayam Ungkep

Hari ni dah masuk hari ke-4 cuti sekolah tapi cikNor macam biasa jer tak der apa-apa plan cuti-cuti Malaysia pun sebab en Hubby terlibat dengan softball MSSM, dak Danial lak full dengan tution makanya cikNor jadi suri rumah sepenuh masa jer lah. Apa yang pasti cikNor kene jadi wakil en Hubby pergi jemputan kenduri kahwin...jimat dah tenaga sebab tak payah masak-masak...suke nyer

Tapi kan mak mertua i musti rindu sama kitaorang sebab xdapat balik kampung cuti kali ni...tahun ni memang kene kurangkan sikit aktiviti cuti-cuti Malaysia sebab anak teruna cikNor, dak Danial tu nak exam UPSR so satu family kene kurantin...hehe

Bila mention pasal mak mertua ni teringatlah pulak resepi yang selalu dia masak time kitaorang balik JB, ayam ungkep. Biasanya dia guna ayam kampung untuk wat masak ungkep ni. My bapak mertua la yang jadi tukang tangkap ayam, sembelih ayam dan bersihkan ayam...mak mertua lak jadi chef masak ayam ungkep ni. Menantunya pulak??? Jadi tukang makan jer...hahaha...hurmm...yummylicious taw...
Walaupun jadi tukang makan, ilmu masak ungkep ni menantunya dah capai tahap mastery...(hehe...perasan terror ler tu). Eh kita dah pandai taw masak menu ni, tu tengok kat bawah...
Ini la ayam ungkep yang kita masak tu. cikNor musykil jugak apa lah maksud UNGKEP ni...bila tanya en Hubby dia kata ungkep tu rempah that's mean ayam masak rempah la kot...tak kiralah apa maknanya janji benda ni sedap dimakan.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung (kalau tak ada ayam kampung ayam bandar pun boleh)
10 tangkai cili kering
1/2 cawan ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
2 keping asam keping

Cara-cara:
1- Cili kering + ketumbar + jintan putih + bawang besar + bawang putih + halia + kunyit dikisar halus.

2- Panaskan minyak kemudian masukkn serai. Selepas tu masukkan pula bahan kisar.
3- Masaklah bahan tersebut hingga pecah minyak dan rempahnya betul-betul masak.

4- Masukkan ayam dan secawan air serta asam keping. Masukkan juga sedikit garam. Kemudian masaklah hingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat. (Kadang tu mak mertua cikNor masukkan daun kunyit bila kuahnya dah hampir kering so ungkep ni jadi wangi macam rendang) Kalau nakkan ungkep ni berkuah boleh tambah sedikit air.

TA DAaaaaa......


ayam ungkep dah siap!!!

Sedap dimakan dengan nasi putih / nasi impit / ketupat / lemang. Sesuai juga buat bekal untuk perjalanan jauh sebab ayam ungkep tidak mudah basi kalau rempahnya betul-betul masak dan kering.

Saturday, May 26, 2012

Back to School

Alamakk...terlewat update la, tu ar sibuk sangat mem-baking sampai berhabuk istana VILLAKAMIMICASAMAWAR ...
kalau nak tahu ni lah students yang sopan santun...tengok tu skema jer semuanya
SELAMAT HARI GURU buat semua warga guru...lambat wish, tak pe kan janji masih ingat. Hari guru paling bez dan happening tahun ni sebab kitaorang jadi students semula...wahh, seronok pulak bila ingat time notti-notti  kat sekolah dulu.

Apa agenda wajib semasa sambut hari guru???
  1. Perhimpunan pagi dan dengan perutusan khas daripada KPM.
  2. Ikrar Guru.
  3. Nyanyi lagu Guru Malaysia.
  4. Sukaneka (masa ni la nak tengok cikgu mana yang paling licik...hehe).
  5. Persembahan (rupa-rupanya cikgu pun ada bakat terpendam yang lain selain dari mengajar...).
  6. Jamuan (makan time berserta potong kek...macam sambut birthday gitu).
  7. Pertukaran hadiah antara guru.
  8. Dapat hadiah daripada anak murid (cikgu tak kisah walau anak muridnya hanya wish Selamat Hari Guru, cikgu...)
Ada orang kata hari guru hari cikgu syok sendiri sebab sendiri arrange-kan majlis pas tu beli hadiah dan tukar sesama sendiri...betul ker??? sedih gak bila ada yang cakap macam tu...kalau warga guru tak raikannya siapa lagi yang nak ingat pasal hari guru ni so tak kisahlah apa orang nak cakap, kan???

Tema hari guru tahun ini “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”. Semoga tema tahun ini akan menjadi inspirasi pada cikgu-cikgu sekalian yang ada di Malaysia ini untuk terus mendidik tanpa rasa jemu.
uikkss...semua dah bertukar watak...hehe
 Comel kan bila dah berpakaian macam students
 ini geng jejaka idaman malaya...pandai jer susun..hehee
Alamak nak main games apa ni??? kite tak tukar uniform lagi...
 owhh...nak kene lastik getahhh
 oke, tarik getah tu panjang-panjang pas tu lepaskan...
Macam-macam games yang kitaorang main hari tu...ini games yang menyebabkan semua orang basah kuyup...sebab belon tu isi dengan air so kene sambut dengan penuh kasih sayang kalau tak nak basah...boleh ke der???
cikNor tak sempat nak salin uniform sebab tengah jaga exam budak saringan khas LINUS so belasah jer lah...hurmm...basah kuyup gak la uniform cikNor tu...apa-apa pun it's happening beb!!!
Oke, cikNor dah salin kulit...ini main galah panjang pulak.  Seronok tengok gelagat semua orang kembali ke zaman kanak-kanak...
Wahhh...ini pose istimewa daripada cikNor...peace
hoyey, hoyey...dapat angpaw...toce...toce
Persembahan daripada group perempuan...senda gurau berseloka, semua pegang skrip sebab tak der latihan persembahan spontan gitu...hahaa...
ini pulak group lelaki...tengok Cikgu Besar cikNor yang pakai uniform sekolah tu...very de sporting
Orang lain duk sibuk kat lain kami berdua duk sibuk posing...haha...teruja pakai baju sekolah. yer la bukannya selalu dapat peluang pakai uniform sekolah cam gini kan, kan???
 tengok tu excited sungguh...ada lagi gamba kita berdua...haha
 Ini pula penyeri ofis SKBN, geng kerani & PAP kitaorang...
Kalau hari guru tak sah rasanya kalau tak nyanyi lagu GURU MALAYSIA. Bila nyanyi lagu tu rasa macam meremang bulu roma...ada aura rupanya lagu ni...cikNor suka sangat lagu ni sampai terasa sebak jer bila nyanyikannya sebab liriknya sungguh mendalam maksudnya.
 Wahhh...tadi berdua...sekarang bertiga pulak
 dan lagi...
Apa-apa pun kenangan 16 Mei 2012 memang best...semoga semua warga guru di Malaysia akan terus mencurah bakti dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. APA YANG KAMI JANJI, TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN.

Monday, May 21, 2012

My Craby Patty

cikNor memang suka sungguh bila tiba time weekend ni. Macam-macamlah plan yang timbul. hurmm... rasa macam nak rehat-rehat kat spa laa...sejak pindah tempat baru ni tak sempat lagi nak pergi ke situ. Pas tu nak ronda-ronda kat bandar sebab baru nak belajar jalan-jalan kat tempat baru, kalau dah terror jalan-jalan kat sini nanti tak der la kene menyusahkn en Hubby kene jadi driver. Lagi satu, nak pergi buat lawatan kat butik Peace, Reene's...bla...bla..bla...(sume tempat menyopping jer...hehe..)

Dulu masa duduk kat Jengka selalu terfikir bez nyer kalau duk kat bandar senang nak keluar tapi sekarang bila rumah duk kat tengah bandar pun tak sempat jugak rupanya...pasaraya yang dekat belakang rumah pun tak berapa nak sempat jenguk kalau tak plan baekk punye.

Dalam sibuk-sibuk macam tu tapi bila tiba bab membaking rajin la pulak (salah satu aktiviti untuk menambahkan berat badan...) apa tak rajinnya, bab ini memang dapat sokongan padu daripada family tercinta...haha

Daripada rentetan itu maka terhasillah craby patty yang mewah dengan segala macam isi perutnya.


Bun pun cikNor buat sendiri. Kat atas bun tu cikNor tabur dengan badam hiris sebab bijan tidak ada dalam stok..tak per lah janji roti bun kan??!

Bahan soft bun (anggaran 16 biji bun):

Bahan A
500gm tepung high protien
75gm gula
15gm susu tepung
15gm yis kering
5 gm improver
10 gm softener
1 biji telur

Bahan B
250 ml air dingin

Bahan C
50 gm butter / marjerin
10 gm garam

Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun. Gaul sebati lebih kurang 20 minit.
  • Masukkan bahan B, uli sampai jadi doh lembut.
  • Masukkan pula bahan C uli lagi hingga semuanya sebati dan doh jadi lembut serta licin.
  • Rehatkan doh 45 - 60 minit (biasanya cikNor rehatkan 60minit) - tutup adunan doh dengan tuala basah atau cling flim supaya doh tidak kering.
  • Keluarkan doh timbang 50 gm setiap doh bulat-bulatkan rehatkan lagi dalam 30 - 40 minit.
  • Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu membakar 180C selama 15 - 20 minit (ikut keadaan oven masing-masing).
  • Angkat bun dan sapu dengan butter semasa masih panas...sejukkan dah sedia untuk dimakan.
* ini bahan asas untuk buat roti...boleh dipelbagaikan untuk buat macam-macam jenis roti.
Daging burger pun cikNor bikin sendiri...dua versi daging dan ayam. Bahan untuk buat daging craby patty :
400gm isi ayam / daging
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar breadcrumb putih
1 sudu teh lada hitam
*sume bahan tu campurkan dan gaul sebati kemudian bulat-bulatkan dan tekan sikit supaya leper.
*gorengkan daging tersebut hingga masak.
Garam dan lada hitam sebagai perasa...sebenarnya terpulanglah citarasa kita nak letak apa pun yang penting sedap dimakan.
Daging yang siap dileperkan itu kemudiannya digoreng dalam kuali. Guna butter boleh, guna minyak zaitun pun boleh.
Goreng sampai betul-betul masak taw sebab daging yang kurang masak mudah tercemar dengan kuman e-coli, nanti tak pasal-pasal kene cirit-birit lak...hilang kisah homemade craby patty kita. Masa menggoreng ni cikNor renjiskan jugak seasoning sauce  Maggi supaya rasa lebih sedap dan wangi. Bau dan rasa penting barulah time makan tu boleh datang feel...haha


Daging yang dah siap dimasak hanyak menunggu untuk bertemu dengan homemade bun pulak.
Macam biasalah bun tadi bakar sekejap dalam kuali.

Hari tu jadi tiga versi craby patty...ada yang letak daging saje, ada yang daging + cheese + sos cili, ada yang lagi mewah daging + salad + tomato + cheese + telur + sos cili + mayonis...ikut atas permintaan customer.
Punyalah tinggi craby patty tu berlapis-lapis...salad, tomato, daging, telur , cheese...kemudian baru letak sos cili dan mayonis...besar mulut kene bukak!!!
Akhirnya, gigit sikit-sikit jer...hehe
Sekian, itulah itu antara aktiviti sempene weekend cikNor kali ni...homemade craby patty (pengaruh spongebob...hehe)