Tuesday, April 17, 2012

Pizza Wholemeal

holla...jumpa lagi
jom kita buat pizza pulak...guna tepung wholemeal.

BAHAN A
400 gm tepung roti
100gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
20 gm susu tepung
10 gm bread improver

BAHAN B
15 gm yis kering
50 gm gula
300 ml air suam
*satukan semua bahan ini dan biarkan seketika hingga yis kembang

BAHAN C
25 gm butter
10 gm garam halus

SOS PIZZA
3 biji buah tomato - potong dadu
3 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
3 helai daun bay
2 gm herba oregano
200 gm tomato puri
5 gm serbuk lada hitam
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

INTI AYAM PIZZA
250 gm ayam kisar
garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar kuning - hiris bulat
2 ulas bawang putih
5 gm serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

HIASAN / TOPPING PIZZA
lada benggala merah / kuning / hijau
cendawan butang
nanas
keju mozarella
keju cheddar
*topping boleh jer ikut sesedap rasa anak tekak
 JOM BUAT PIZZA
  •  masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun.
  • gunakan speed 1 gaul bahan A hingga sebati.
  • kemudian masukkan bahan B.
  • adun doh hingga sebati, kemudian masukkan bahan C.
  • tinggikan kelajuan mesin, adun doh hingga kembang (lebih kurang 15 minit).
  • tutup adunan dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 40-60 minit.
  • setelah doh kembang keluarkannya kemudian letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung, tumbuk-tumbuk doh dengan tangan untuk keluarkan angin.
  • timbang 200 gm doh, leperkan dan letakkan ke dalam loyang pizza...rehatkan lagi 30-45 minit hingga doh naik seganda.
  • kemudian cucuk permukaan doh dengan garfu untuk keluarkan angin.
  • sapu permukaan doh dengan sos pizza, letakkan inti ayam, lada benggala, cendawan butang, nanas kemudian tabur dengan keju mozarella dan keju cheddar.
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 20 minit hingga keju cair dan berwarna keemasan.

 CARA NAK BUAT SOS PIZZA
  • panaskan minyak.
  • tumis bawang putih, bawang besar, daun bay kemudian masukkan tomato dadu dan tomato puri, herba oregano, serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • masak seketika hingga sos agak pekat kemudian matikan api.

CARA BUAT INTI AYAM
  • tumis isi ayam kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  • angkat dan boleh digunakan untuk inti pizza.
*bawang besar tadi tak perlu sampai layu.



Kuantiti bahan yang cikNor kasi ni boleh menghasilkan 3 biji pizza...kalau tak abes makan simpan dalam ice box, tomorrow morning boleh panaskan semula sebab pizza ni still lembut and yummylicious bila dipanaskan...

Monday, April 9, 2012

Donut Lembut Sampai ke petang...

hehee...lawak pulak title entry kali ni, tak komersial langsung :-D
sebenarnya nak menggambarkan betapa donut tu memang berbaloi membuatnya, buat utk sarapan merangkap utk makan petang terus !!!(hurmm...bombastik sungguh statement mu itu cikNor)

Kalau nak taw cikNor dapat resepi ni drp Puan Ros...thanks akak sebab share resepi yang sedap ni. Tapi Puan Ros buat lagi cumel-cumel cuba lah ke sini.



Jom cek bahan apa yang perlu:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar butter
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis kering (mauripan)
1 biji telur

Caranya:
  • Cairkan mentega
  • gula + susu + air suam disatukan kemudian masukkan yis
  • pukul telur campur dalam butter cair
  • bila bancuhan yis dah kembang (macam buih-buih) campurkan ia ke dalam campuran butter
  • masukkan adunan yis dalam tepung kemudian uli sebati - cikNor uli guna mesin pengadun jer
  • rehatkan adunan 45 minit
  • terapkan dengan acuan donut kemudian goreng hingga kuning keemasan
  • kemudian bolehlah dicelup dalam coklat masakan dan taburkan dengan hirisan badam atau coklat urai.


yis yang dicampur dengan air suam dan gula...mencanak kembang buihnya


butter yang dicairkan


1 biji telur jer taw...


Jom makan...
 Selamat mencuba donut lembut lagi yummy...

Friday, April 6, 2012

Ayam Percik

ohhh...hari Jumaat, cikNor sangat...sangat...sangattt sukeee...
Esok hari gedik santai...bez nyerr, setelah menghabiskan hari-hari yang agak busy di tempat kerja. 

dak Eisya pulak dah senaraikan menu-menu yang dah lama cikNor tak buat, siap tampal kat ice box dengan ucapan : "ibu kene buat semua makanan tu sebab dah lama tak makan"...macam-macam menu yang dia dah list...nasi lemak, nasi goreng, spagetti bolognise, kek red velvet, ikan bawal goreng (yang ni faberite dia yang paling simple pun cikNor tak terbuat...hehehe), mihun ada nasi impit (soto sebenarnya, dia tak ingat nama resepi tu...hahahaa) tapi yang paling cikNor konfius "mozarella ada cendawan macam makcik???" apa kebenda la tu??? kene tanya dia semula...

Pagi tadi untuk sarapan cikNor dah tunaikan 1 permintaannya...nasi goreng, siap dia bawa bekal ke sekolah lagi..."sedap laa ibu!" Lega mendengarnya sebab kene selera anak tekak budak cute tu.
Esok pagi pulak cikNor dah janji nak buat nasi lemak untuk breakfast...senyum lebar dia...

Untuk entry kali ni cikNor tak post lagi lah menu-menu dak Eisya tu.  Nasi goreng dah abes dikerjakan yang tinggal bekas kosong jer, nak berfotografi pagi-pagi hari tadi tak sempatlah pulak sebab berkejar masa nak bersiap p kerja. Tak boleh lewat seminit pun sebab nanti lari tune maklumlah nak kene tempuh 3 traffic light...huhh...masakkk!!!! Nantilah lain waktu.

Kali ni kita sharing resepi ayam percik...faberite dak Danial...AYAM. Minat sungguh dia dengan menu berasaskan ayam ni padahal masa pregnant dulu cikNor tak makan ayam...
Sebenarnya sempoi jer ayam percik cikNor ni sesuailah untuk wanita yang berkerjaya...hehehee

Bahan-bahan:
4 potong ayam bahagian paha
5 tangkai cili kering (potong serong buang biji & rebus hingga kembang kemudian toskan) *
1 biji tomato *
1 inci halia*
1 batang serai (dititik)
1 inci kunyit *
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara:
  • Bahan yang bertanda * di kisar halus.
  • Masukkan santan dan bahan yang dikisar serta serai ke dalam periuk / kuali.
  • Kacau sebati semua bahan tersebut kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. (Part ni rasa lah asam, garam dan gula ikut selera masing-masing...)
  • Masukkan ayam, masak semua bahan tersebut hingga ayam separuh masak kemudian keluarkan dari kuah. Kuah tersebut bolahlah dimasak hingga pekat dan pecah minyak kemudian matikan api.
  • Ayam tadi letakkan ke dalam dulang pembakar kemudian bakar dalam oven sambil sekali sekala direnjiskan dengan kuah yang dimasak tadi.
  • Apabila ayam sudah masak dan elok kuningnya bolehlah angkat dan hidang...tuangkan kuah yang masih berbaki atas ayam tadi.


Ayam percik versi cikNor...sempoi tapi sodappp
Silalah mencubanya...

Thursday, April 5, 2012

Saya Tak Pandai Main Bola Jaring...

nape pulak tiba-tiba title tu saya tak pandai main bola jaring??? Tak ada apa pun saja nak buat gimmick jer...hehehe

psstt...pssstt...sebenarnya memang pun cikNor tak pandai main bola jaring...

macam mana pulak boleh terselit kat celah-celah sifu bola jaring ni??? konfiuss
Sebenarnya cikNor just jadi supir & merangkap photographer team All Star...saja nak share cerita sweet dorang kat sini. TAHNIAH buat team All Stars sebab jadi johan dalam kejohanan bola jaring tersebut...hurmmm...itulah yang sweet nyerrrr

Mari kita layan sebahagian daripada gambar-gambar yang cikNor sempat rakam masa tournament netball zon Gelanggi hari Isnin / 2 April baru-baru ni.
Pengurus pasukan dan coach sibuk tengok jadual perlawanan...
Fina : agak-agaknya team kita boleh belasah tak team dalam group ni erkk???
Kak An : alahh...bukan setakat belasah, kita gulaikan jerrr...hehehe
(skrip rekaan cikNor jer tuu...)

Ini pulak pengurus pasukan All Stars A yang paling berdedikasi. Tengah susun strategi tu...

Nabila : bez nyer kalau menang, 1 gol 10 hengget...kayo mokcik cam gini

All Stars B sedang berentap...

All Stars A sedang mendahului carta dalam group C

wajah happy cik pengurus All Stars...peaceeee

lepakksss...selepas kepenatan

salam...salamm...semangat kesukanan

satu-satunya ref lelaki yang mengadili perlawanan netball pada hari tu

ni ketua pasukan sorak dengan coach...hehehe

laparrr lerrr...

tengok tu kak An tengah meniupkan kata-kata semangat kat GA All Stars A
Kak An : cantekkkkk


geng cheering : ole...ole...ole...All Stars, All Stars

semangat sungguhhh....

kasi 10...kasi 10...

ni orang kuat All Stars

pengurus pasukan sedang meraikan kejayaan...sampai kuar air mata sebab happy sangat
TAHNIAH....

waahhh...sume happy bila dah dapat result...
kita juara, kita juaraa...

jom posing ramai-ramai...cikNor tak der la...sob...sob...sob

ceria

baju biru ni bawa tuah...dorang kata laaa...
betulll sebab biru bawa aura positif

seronoknya dapat gak medal emas

YESsss...we're champion

kak An dan Lin...
kak An, sedap arr sandwich tu...nak lagiii

All Stars A jersi merah, All Stars B jersi biru gelap..
yang kaler light blue tu sifu All Stars & photographer nyer...hihii

peaceee....i likeeee

salam, salam...nak balik lubuk dahhhh

jom balik...jom balikkk
Itulah itu...cerita sweet dorang....dan untuk meraikan kejayan tu dorang dah bawak team All Stars p makan-makan kat KFC kelmarin (Rabu / 4 April ).  Tiba-tiba si lin tepon nak datang umah cikNor kunun nak order kuih tapi rupa-rupanya nak hantar KFC...hehehee...thanks korunk...cikNor tak kisah pun mana yang dapat tolong cikNor tolong bukan harapkan balasan...

p/s- tiba-tiba lak cikNor teringat kat team hockey cikNor masa kat SKJ1...apa khabar agaknya sekarang harap-harap dorang terus suksess...miss my team so much