Saturday, March 31, 2012

Pai Ayam

Mari baked pai ayam...sume ni gara-gara my classmate  kat MPPM dulu...apa tidaknya sejak sume dah abes study dan berkeluarga masing-masing dah ada bakat dalam bidang masak memasak, macam tak caya lak...hehehee

ceritanya...

cikNor tengok pai ayam yang dak Ani (Zahrani) post kat facebook dia...hurmm, nampak yummy sangattt...so cikNor mintak resepi ni darinyalah, dan ironinya dia pun baru belajar jugak buat pai ni, dak Comey (Zanariah) yang kasi resepi ni kat dia...thank u to both of u my BFF.

Puas jugak lah cikNor nak agak sukatan bahan-bahannya sebab dak Ani cuma kasi bahan tapi kuantiti bahan tak dinyatakan...agaknya main campak-campak jer kot sukatannya. Try la google, at last jumpe jugak la pai ayam tu tapi macam lain pulak bahannya so mak pun guna jugak ler sukatan bahan tu dan sesuaikan dengan bahan-bahan yang dak Ani kasi. cikNor amik sukatan bahan Sheperd Pie...cuma sheperd pie ni secara tradisinya guna daging kambing menurut tuan resepi tu tapi kat Amerika dorang besenya guna daging lembu jer untuk sheperd pie.KLIK sini untuk resepi Sheperd Pie.

Apa pun namanya tak kisahlah, yang penting benda alah ni bila dah masak memang sedap dimakan...
Oke, jom kita share resepi pai ayam dak Comey ni...tapi ini versi cikNor sebab ada tambahan bahan lain ikut sedap anak tekak cikNor...hahaha
Bahan inti:
400gm isi ayam
1 labu bawang besar kuning
5 ulas bawang putih
1 paket rempah kari ayam
5 biji kentang (buang kulit & potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar.
  • masukkan rempah kari dan masak hingga garing dan pecah minyak.
  • masukkan isi ayam gaul sebati dengan rempah tadi kemudian masukkan kentang, lobak merah dan sedikit air supaya kentang dan lobak merah empuk.
  • suaikan rasa garam dan masak hingga kering airnya.
Bahan kulit:
1 kg kentang
50 gm keju cheddar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan susu cair
2 biji telur (kacau supaya telur kuning & putih bercampur elok)
keju parmesan secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara:
  • rebus kentang hingga empuk, kemudian buangkan kulitnya.
  • lenyek kentang hingga halus.
  • kemudian masukkan lada sulah, lada hitam dan garam...gaul semua bahan hingga mesra.
  • masukkan juga keju cheddar, gaul lagi.
  • masukkan susu cair dalam adunan kentang dan gaul sebati.
Cara untuk sediakan pai :
  • sediakan bekas (kaserol) / loyang yang sesuai, letakkan bahagian dasar loyang dengan kentang.
  • kemudian letakkan inti tekankan supaya rata dan padat.
  • letakkan kentang hingga menutupi seluruh inti (cikNor masukkan dalam piping bag dan paipkan atas inti...)
  • curahkan telur atas pai dan tabur dengan keju parmesan (yg ini suka hati lah nak letak banyak mana pun)
  • bakar dalam oven 25 - 30 minit, suhu 180C...hingga bahagian atas perang dan garing.
ni baru kuar dari oven...panasss lagi

cikNor paipkan kentang tu guna nozel bentuk bintang



letak parmesan cheese banyak, banyak, banyakkk...


rasa dulu sebelum kasi orang makan




kalau guna bekas kecil macam cikNor tu boleh dapat dalam 12 bekas


kalau tak abes makan boleh simpan dalam ice box bila nak makan panaskan semula
dalam oven atau microwave, rasanya still sedap



isi dalam pai ayam...yummy


tapaw bawa ke rumah my mommy sempena bufday my mommy & my younger sister

oke, happy cooking (^_^)

Friday, March 23, 2012

Soft Bun With Orange Filling

Semenjak dua menjak ni rajin meRoti la pulak...roti buah, roti wholemeal, pizza, soft bun, roti sosej etc...asalkan yang sewaktu dengan roti semuanya cikNor nak buat...hehehe ( yang sebenarnya baru dapat skill buat roti tu pasal yang teruja tahap dewa dengan perkataan R O T I ).

Apa-apa pun cikNor rasa berbaloi la kalau ada kebolehan buat roti ni (tak nak ler gunakan perkataan pandai / mahir sebab cikNor rasa tinggi sangat ilmu tu...hahaha)

Asal ada kaum kerabat datang rumah cikNor pasti masukkan satu menu roti untuk makan petang atau breakfast dorang...memang dorang kagum sehhh...mula la cikNor rasa badan ni jadik kembang macam tepung letak yis tu...hehehe

Yang sebenarnya bukan nak eksyen kat dorang tapi buat roti ni lah yang paling senang sebab semudah ABC...ewahh...macam iklan lak ! Fisrt, campur bahan dalam mixer...second kasi doh rehat, third bentukkan doh then...bakar. Selalunya cikNor buat 1/2 kg tepung so sekali jer bakar and dapatlah dalam 21 buns. huiii...itu kira sudah manyak untung maa...kalau u pergi beli kat bakery kira jer la 1 pc bun paling busuk pun RM 1.90 so darab ler dengan 21 buns (berapa erkk??? kira ler sendiri..hehee...)
Sedap kan...nampak menyelerakan jer

BAHAN A
500 gm tepung roti (high protien)
10 gm yis
1 biji telur
75 gm gula
250 ml susu segar
50 gm softener
50 gm shortening

BAHAN B
10 gm garam
90 gm butter

HIASAN
Badam hiris / biji bunga matahari

INTI
Orange filling
*yang ini terpulang citarasa masing-masing kalau inti lain namanya pun jadi lain ler :-)

CARA
  • Gaul semua bahan A dalam mesin pengadun dengan kelajuan rendah hingga semua bahan sebati. 
  • Bila sudah sebati masukkan bahan B adun / uli lagi hingga adunan jadi lembut.
  • Keluarkan doh dari pengadun tumbuk-tumbuk kasi keluar angin yang terperangkap masa mengadun tadi - selalunya step ni cikNor skip terus jer rehatkan doh.
  • Kemudian rehatkan doh (tutup dengan cling film @ tuala basah - tujuannya supaya doh tak kering). Rehatkan doh 1 jam...kesian doh tu dah penat so kene rehat lama sikit ;-)
  • Bila doh dah cukup rehat ia akan naik dua kali ganda so keluarkan doh tadi letak atas papan canai yang dah ditabur sikit tepung lakukan lagi proses keluarkan angin.
  • Timbang doh 50gm kemudian isikan filling.
  • Biarkan bun tadi rehat sampai naik sekali ganda (biasanya cikNor biarkan dalam 30 minit sambil tunggu oven panas)
  • Gunakan campuran kuning telur + susu segar untuk sapu atas bun dan tabur dengan badam hiris / biji bunga matahari
  • Kemudian bakar 20-25 minit (suhu 180C)
  • Bila sudah masak angkat dan glis dengan butter masa masih panas
  • Lastly, ready to eat...

Itu filling orange taw bukan kaya...
en Hubby kata kat kedai tak dapat filling bun cam gini
kalau kaya very sure ada

Don't worry these buns still soft even dah sejuk pun
sebab tu namanya soft bun yer puan-puan

Ni masa proses membakar, rasa tak sabar nak tengok kejadian bun itu...


Try la buat...sedap taw makan roti yang baru keluar dari oven, wangi...panas...lembut dengan filling yang mewah...hurmm...berbaloiii...


Happy baking darlingz (^_^)

Friday, March 16, 2012

Sambal Tumis Udang Petai

Nampak macam bez jer petai yang tergantung kat motor pak cik yang niaga kat pasar tu...hurmm, yummy... kalau buat sambal tumis dengan udang.  Selalunya dak Eisya la yang paling tak berkenan kalau cikNor kata nak beli petai...busukkk...katanya...hahahaa...

dan selalunya cikNor akan cakap kat dia hanya orang yang cantik-cantik jer yang makan petai ni...mula lah dia gabra tahap cipan, nak jugak cantikkk...hahahaa...cikNor siap kasi bukti lagi, "haa...tengok lisa surihani tu, dia suka makan petai sebab tu dia cantik". Itulah ayat power yang cikNor rewind-kan kat dia setiap kali dia komplen bila cikNor beli petai !!!

Selalunya kalau beli petai cikNor suka buat sambal tumis jer.  Lagi pun en Hubby tak makan petai kalau setakat buat ulam mentah gitu. (sebenarnya orang yang tengah menaip ni pun sama dengan en Hubby gak...ahakkss...)

Macam tu lah rupa petai yang dan dikikis dan dibelah dua

Bahan-bahan :
3 papan petai (kikis kulitnya kemudian belah dua)
1/2 kilo udang (gaul garam kunyit, goreng separuh masak & toskan minyak)
1 labu bawang besar (potong baji)
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering (rebus & toskan airnya)
4 biji bawang merah
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
-semua bahan ni disatukan dan dikisar halus

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 
  • Masukkan udang kacau hingga mesra.
  • Masukkan sos tiram dan kacau lagi kemudian masukkan petai dan bawang yang dipotong baji.
  • Bila sudah cukup pekat dan rasa asam, garam serta gulanya sudah elok barulah dimatikan api, sedia untuk dihidang.


Itu lah itu...resepi sambal tumis udang petai yang memang sesuai untuk orang yang cantik-cantikk jer...lalalalaa

Happy Cooking (^_^)

p/s~ cikNor tengah tension ni sebab ter-remove background villakamimicasamawar pas tu nak buat semula tak boleh pulak selalunya mudah jer nak pasang gajet...apasal nihh...blogspot mogok kerr...huhuuu

Wednesday, March 14, 2012

Kek Coklat Indulgence

Akhirnyaaa...
berjaya jugak cikNor buat kek coklat indulgence setelah sekian lama duk mengidam kek ni masa tengok kat belog Bila Chah ke Dapur. tQ, Chah sebab share resepi.

Sebenarnya gambar yang cikNor upload ni adalah yang kali kedua cikNor buat, dah puas menggodek laptop carik gambar kek yang first time cikNor buat tu xjugak jumpa...surenderr mencarikkk, dah terdelete kot :(

Kek yang kali kedua buat ni yang di order oleh member tempat keje en. Hubby & jiran sebelah umah cikNor so xdapek arr cikNor nak tunjuk rupe kek yang dah dipotong...(itu pasal duk mencarik gambar kek yang cikNor buat mula-mula tu sebab yang tu ada gambar kek yang dah dipotong...huhuu)
Oke, bagi sesapa yang berminat nak try buat kek coklat indulgence ni bolehlah salin resepinya...(Chah, cikNor mintak izin share resepi yer). 
Bahan Kek:
150gm tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung / butter cair
120ml susu coklat
150gm gula kastor
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:
  • Telur dan gula dipukul sampai kembang. 
  • Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan.
  • Masukkan susu coklat dan cappucino emulco, bila sudah sebati masukkan tepung dan serbuk koko.  Pukul perlahan hingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang kemudian bakar hingga masak. 
*cikNor guna tepung sponge pre-mix jer.  Suhu oven cikNor 180C api bawah & 140C api atas selama 45 minit.

Ini pulak bahan-bahan white chocolate filling:
100gm compound white chocolate (xkisah lah brand apa pun - cikNor guna brand Beryl's)
150gm butter
2 biji kuning telur
100gm gula halus
250gm non-dairy whipping cream (yang ini cikNor guna brand Rich)
Cara-caranya:
  • Cairkan coklat secara double boil - ketepikan
  • Pukul whipping cream sampai kembang
  • Pukul butter, gula hingga kembang kemudian masukkan telur kuning.  Pukul lagi sampai kembang dan sebati.  Masukkan coklat gaul sebati dan akhir sekali whipping cream tadi kacau rata hingga sebati.
Bahan dark chocolate filling:
100gm compound dark chocolate (xkisah lah brand apa pun - cikNor guna brand Beryl's)
150gm butter
2 biji kuning telur
100gm gula halus
250gm non-dairy whipping cream (yang ini cikNor guna brand Rich)
-Caranya sama seperti membuat white chocolate filling.

Bahan-bahan ganache:
300gm dark chocolate (potong kecil-kecil @ guna coklat yang bentuk coin supaya mudah larut)
300gm non dairy whipping cream
25gm butter
Caranya:
  • Masak whipping cream hingga keluar buih-buih halus di tepi periuk.
  • Masukkan butter kacau sebati.
  • Masukkan coklat kemudian kacau hingga larut.
*Kalau guna periuk vision lepas masukkan butter matikan api masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair.  Periuk vision simpan haba panas so untuk elakkan coklat ter-over cooked matikan api.

Cara-cara untuk layerkan kek:
  • Potong kek kepada 4 bahagian.
  • Mulakan me-layer dengan kek, white chocolate, kek, dark chocolate, kek, white chocolate, kek, dark chocolate...akhir sekali sapu dark chocolate pada seluruh kek kemudian simpan dalam ice box hingga agak keras.
  • Bila agak sudah keras barulah curahkan ganache...lepas tu bolehlah nak hias cam mana gaya pun.
*memang nampak macam agak kronik nak buat kek ni tapi sebenarnya bila dah buat senang jer...

Ini order daripada kawan en. Hubby untuk bufday ayahnya.
Katanya sedap rasa macam aiskrim, siap nak order lagi...

Yang ini pulak jiran sebelah umah cikNor order...
dia kata rasa sedap berbaloi dengan harganya.

Try lah...memang berbaloi rasanya....
Happy Baking (^_^)

Thursday, March 8, 2012

Kek Tiramisu

Dah lama rasanya tak buat tiramisu...sampailah satu ketika tu kawan kat tempat keje order kek tiramisu so start lah project tiramisu untuk tahun ni.  Alhamdulillah...menepati citarasa tuan yang order, lega rasa...yer la sebelum ni dorang bese makan yang beli kat kedai kek tiba-tiba makan yang cikNor buat...

Plate kek tu terbesar sikit sebab ciNor tak perasan pulak yang plate saiz kecik dah tak ada kat gobok baking cikNor,
nak ke kedai udah malam so belasah jer la yang mana ada...hehehe

Basic kek tiramisu ni cuma sponge cake jer...kemudian cream cheese.  Untuk entry kali ni cikNor tunjuk secara ringkas jer sebab cara nak buat sponge cake & buat cream cheese frosting dah pernah cikNor post kat entry yang terdahulu....boleh rujuk kat SINI.

Hiasan itu ikut kreativiti masing-masing ler...cikNor wat sempoi jer...
parut coklat salut keliling kek...siappp


Boleh tayang kek sebiji jer la pasal nak potong tak boleh...orang punyer


Kat atas kek tu cikNor tabur dengan serbuk koko



Close-up


Firstly, kene baked sponge cake dulu...cikNor buat kek perisa mocca


Kemudian buatlah cream cheese frosting...


Air nescaffe tanpa gula, anggaran 1/2 cawan,
kalau tak nak guna nescaffe boleh jugak guna coffee emulco


Sponge cake yang dah sejuk dipotong jadi 3 bahagian


Ini rupa bentuk yang dah dipotong cantik...hehehe


Sapu dengan air nescaffe hingga menutupi seluruh kek ke atas semua kek yang dipotong tadi

Letakkan cream cheese hingga tutup permukaan kek


Tabur serbuk koko.  Ulang langkah tadi hingga habis semua kek yg dipotong tadi

Bila dah siap di-layer-kan kesemua kek tu, masukkan dulu dalam ice-box supaya keras sikit cream cheese tu baru senang nak hias klu tak meleleh pulak cream cheese tu dah tak semenggah rupe nyer.  Kemudian tutup keseluruhan kek dengan fresh cream.  cikNor guna fresh cream coklat....yummy...sedappp

Last posing sebelum hantar kepada tuan punya...


jeng...jeng...ini kek yang dah siap nak hantar kepada kak An...tQ kak An sebab order kek kat cikNor...