Saturday, January 28, 2012

Cerita Baru di Tempat Baru...sume nyer yang baru-baru

Assalamualaikum and Holla...my second entry for this year 2012.
Akhirnya berjaya jugak cikNor mengadap laptop setelah sekian lama menyepi...sibuk la tu kununn...heheheeh
sebenarnya memang la sibuk maklum ler baru pindah rumah baru, pindah tempat keje baru so sume nyer yang baru-baru ler kiranya...

Dulu cikNor mengajar kat sekolah Felda sekarang dah masuk rural area lak...masa dapat taw kene mengajar kat kawasan pedalaman rasa cam risau gak takut tak dapat nak sesuaikan diri tapi dalam otak sentiasa set yang positif-positif sebab tak nak jatuh semangat...alhamdulillah, sekarang ni dah hampir sebulan cikNor kat tempat baru tu tapi dah mula jatuh cinta...rumah baru cikNor kat bandar dan nak ke sekolah pulak ambil masa 30 minit...hurmm...jauh jugak tu tapi bila dah berada di sekolah baru ni sumenya dalam keadaan cool dan tak ada tekanan cikNor rasa happy lak..."saya suka, saya sukaa"...

Sekolah baru cikNor termasuk dalam sekolah SKM...maksudnya sekolah kurang murid, hanya ada 95 orang murid termasuk murid prasekolah dan 16 orang guru termasuk guru besar & guru penolong kanan!!! Baru satu hari kat sinun cikNor dah boleh kenal dan hafal nama-nama cikgu nyer...huhh...very miracle...hahahaa....selalunya susah gak nak ingat nama orang ni.
Ini murid-murid sekolah baru cikNor masa majlis perpisahan guru penolong kanan kokurikulum. Sume murid boleh duduk dalam satu kelas j-QAF jer. Yang muka comel-comel tu kanak-kanak prasekolah.
Rakan-rakan baru cikNor yang very friendly and sweet. Cikgu pemulihan, kak An...sarah, lin dan ina cikgu prasekolah.
 ustazah Siti Sarah & teacher Hezlin, borak apa la tu erkk???
eh, ada cikNor lak terselit dalam ramai-ramai tu...
Ini anak murid cikNor...tak ramai, ada 12 orang tapi 4 orang kene masuk kelas pemulihan so tinggal 8 jer la...yang lg 4 orang tu dak Iyad, dak Ikmal, dak Wani and dak Eton. Ini pun dalam satu hari jer dah boleh kenal and hafal nama diaorang...sume pakat maintain cool bile cikNor kata nak amik gamba...heheheeh
dak Izzah and dak Intan...
 Apalah agaknya dak Intan tu cakap kat dak Izzah tu,
ni pulak dak Elyna and dak Izzani...manja sikit dak Elyna ni, gembeng...hahahaa
dak Danial, ini taiko...ganas sikit, mulut pun pot-pet gak. Sebelah die pulak dak Alif...brilliant boy dalam kelas ni...
Ini kelas Tahun 1...cantik macam taska penuh dengan gambar dan kad-kad bacaan keliling kelas. Rajin guru kelasnya, teacher Hezlin...
Harapan cikNor, moga cikNor akan terus sukses dan gumbira dalam tugas mendidik tak kira walau di mana berada. Bila seronok di tempat kerja maka seronoklah juga bila nak melangkah ke tempat kerja dan barulah segala-galanya akan terbit keikhlasan di hati...