villakamimicasamawar

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum wbt...

1 Januari 2012 permulaan hari yang baru dalam tahun 2012. Selamat tinggal 2011 semoga yang baik-baik sahaja akan muncul bagi menghiasi tahun ini.

Jika kamu menunggu, tunggulah dengan harapan kerana jika kamu enggan berharap
semua akan sama sahaja walau seberapa kali pun pergantian tahun kamu lalui...
Semoga kedamaian dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup kita.

cikNor sayangggg...kamu (^_^)

Tuesday, December 20, 2011

Kek Lapis Cheese Persona

Salam penuh kasih sayang buat sume...(tiba-tiba lak ayat bunge...hehehe)

Tahun ni tahun terakhir cikNor berada di Jengka mulai tahun depan cikNor akan berhijrah ke tempat lain pulak. Hampir 14 tahun cikNor menaburkan bakti sebagai pendidik di SK Jengka 1 tibalah masa cikNor untuk berkhidmat di tempat baru. Moga di tempat baru nanti cikNor akan terus sukses dan tidak jemu menjadi pendidik.

Walau pun cikNor dah berhijrah ke tempat baru hobi baking-membaking tetap di hatiku...masak then makan...hurmmm...bez kan (^_^)

Seronok jalan-jalan nengok belog orang. Hurmm...terjumpa resepi kek lapis cheese persona kat belog ryo. Sangat-sangat mudah dan nampak menyelerakan. cikNor check kat icebox tengok cream cheese ada, fresh milk ada...hurmm...biskut marie jer xde.oOO...xpe boleh p beli kat dMart Jengka 10 jer.
Maka terhasillah makanan yang bisa memenuhi selera cheesemania untuk spesis mamalia macam cikNor...hahaha (satu lagi produk yang boleh mendumoxkan cikNor...gebuss gitu...hahaha)

Special THANKS to ryo dengan resepi bez ni...(mummyDah mesti nak try buat ni pasal...hehehee) boleh ke
SINI utk kesahihan story.
Rupa Kek Lapis Cheese Persona yang baru dikeluarkan dari icebox. Bahagian atas
kek tu ditabur dengan serbuk biskut marie yang dah dikisar halus.

Siap potong-potong...pas tu makannn...

Yang ni dah dmasukkan dalam tupperware untuk dibawa ke rumah adik ipar.


Close-up kepada watak utama...KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Oke, sekarang mari kita share resepi brother ryo ni.

Bahan-bahan :

Bahan A
2 paket biskut marie coklat (brand LEE - sama macam ryo guna)
300 ml susu segar - dipanaskan suam-suam jer (ryo guna 500ml)

Bahan B
500 gm cream cheese (philadelphia atau tatura tapi cikNor suka yang philadelphia lagi sedap cheesenya)
10 ml jus lemon (ryo guna susu segar)
1/2 cawan gula kastor

Cara-cara:
  • Cheese dan gula disatukan - pukul hingga gebu kemudian masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
  • Sediakan bekas yang sudah dilapik dengan baking paper / kertas minyak / plastik - lebihkan hujung baking paper / plastik / kertas minyak supaya mudah nak tarik keluar kek.
  • Panaskan susu segar - suam jer.
  • Ambil biskut celup dalam susu suam (sekejap jer jangan lama nanti lembik pulak) terus susun dalam loyang tadi.
  • Kemudian lapiskan dengan cheese, ratakan cheese hingga menutupi lapisan biskut tadi.
  • Ulang melapis dengan cara yang sama hingga habis (pastikan bahagian cheese berada di lapisan yang terakhir)
  • Kisar lebihan biskut marie kemudian ayakkan ke atas lapisan cheese tadi.
  • Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau sampai betul-betul keras sebelum dipotong.
NOTE - tekan sikit permukaan biskut supaya padat.

Selamat mencuba & Happy Cooking (^_^)

Friday, December 16, 2011

Brownies Kukus Lapis Cheese...yummy


Akhirnya...
cikNor berjaya jugak buat brownies kukus lapis cheese ni. Sebelum ni sampai ngences duk tengok benda comey lagi lemak berkrim ni kat myresepi.com yang mrdayat pos tu...nak jugak,nak jugak...

Dalam resepi asal mrdayat guna tepung premix brownies kukus tapi kat JENGKA ni manalah nak dapat benda alah tu jadi cikNor pun buat sendiri lah adunan brownies tu lagi pun mrdayat kata boleh jer guna resepi brownies yang bese buat tu...apa-apa pun thank you so much mrdayat pasal kasi resepi...memang bezz, lazat bangattt...hehehe...

tapi kan, tapi kan...bese la cikNor ni suke sangat alter resepi yang dah ada...humm, pandai-pandai jer lawan tok guru...maap yer mrdayat.
Ini brownies yang cikNor dah letak toping,
hias dengan hirisan badam dan parutan coklat.

dak Eisya kata macam bantal sebab nampak gebu bila dah letak toping...hehehe

Nampak bezz kan...yummy

Jom nyumm...nyumm..mabelles

Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai

Jom makan

Makan petang kitaorang hari ni. Kalau la hari-hari makan mewah cam gini menggebuss la
kitaorang anak-beranak...hahaha
Ini resepi yang cikNor punye guna loyang 8 x 8 x 3 "

Bahan A:
( campur semua ayakkan )
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
( masak sampai larut & sejukkan )
2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 tin susu cair
1 cawan minyak jagung

Bahan C:
( pukul kembang )
3 biji telur

Bahan D:
250gm cream cheese (cikNor guna philadelphia)
50gm gula kastor
1 biji telur
6 sudu besar fresh cream
2 sudu besar tepung gandum
-cream cheese + gula pukul kembang, masukkan telur pukul lagi diikuti dengan tepung gandum kaup-balikkan hingga rata & sebati.

Cara-cara :
  • Bahan B masukkan ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan bahan A sedikit-sedikit sampai habis...guna whisk supaya tak berketul-ketul, sebatikan.
  • Bila adunan sudah sebati masukkan telur kacau hingga semua bahan bercampur elok.
  • Panaskan air kukusan sampai mendidih.
  • Masukkan 1/2 adunan dalam loyang yang sudah dilapik baking paper serta digris dengan mentega, kukus hingga masak (dalam 20-30 min).
  • Bila sudah masak angkat dan lapiskan dengan adunan cheese hingga habis...kukus lagi sampai adunan cheese masak elok (30 min).
  • Adunan cheese sudah masak masukkan baki brownies tadi sampai habis kemudian kukus lagi 45-60 minit atau hingga betul-betul masak (macam bese kalau nak tau dah masak cucuk dengan lidi kalau tak ada adunan melekat dah masak ler tu)
  • Kalau rajin letaklah toping macam cikNor buat tu, kalau tak rajin potong makan jer la...sodap gak...hehehe.
Oke, happy cooking (o_O)

Tuesday, December 13, 2011

Karipap Daging

Rasanya macam dah lama cikNor tak buat karipap, jadi dengan semangat yang berkobar-kobar cikNor pun memulakan misi membuat karipap. Firstly, kene buat inti dulu...daging kisar ada, kentang pun ada jadi buat inti dululah...

300gm daging kisar
4 biji kentang
1 paket rempah kari daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai daun sup
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

mula-mula...
  • kupas kentang, kemudian potong dadu.
  • bawang besar dipotong dadu juga.
  • halia dan bawang putih ditumbuk halus.
  • panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi kemudian masukkan bawang besar.
  • masukkan rempah kari, daging kisar & juga kentang...masukkan sedikit air & garam, biarkan sebentar sampai daging & kentang masak / empuk. Pastikan inti tersebut kering.
  • masukkan daun sup yang telah dihiris kasar gaul sebentar kemudian matikan api. Sejukkan sebelum diguna.

Sekarang ni nak buat kulit karipap pulak...

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu teh garam + sedikit air (1/2 cawan air)
minyak secukupnya untuk menggoreng karipap

Caranya:
  • panaskan minyak & marjerin (bahan A).
  • gaulkan bahan A dengan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan larutan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tersebut. Larutan air garam tak perlu dihabiskan semua memadai adunan tepung boleh menjadi doh yang lembut sahaja.
  • ambil sedikit doh (agak-agak sebesar syiling 50 sen jer) canaikan tipis kemudian letakkan inti dan kemaskan tepi karipap (orang jengka kata kelim ...hehehe). 
  • buatlah sampai habis semua doh.
  • panaskan minyak, goreng karipap dengan api sederhana besar supaya kulit karipap tak menggerutu dan masak elok. 
Itulah rupa karipap yang telah siap dikelim cantik
Baby karipap...ini kes doh yang dah tinggal sikit...last punyer

Goreng dengan api yang sederhana besar dan
minyak juga jangan terlampau panas sampai keluar asap (sederhana panas).
Kalau nak taw sederhana panas tu macam mana try la celup tangan...eh, jangan cikNor lawak jer...hahaha
Celupkan senduk kayu atau chopstick kayu dalam minyak tu, kalau keluar buih dan bunyi berdesir tu maknanya minyak dah elok panas.
Bila dah masak, angkat dan toskan minyak
Waalllahhh...dah masak bolehlah makan
nyum..nyum...nyum
Karipap ni faberite en Hubby cikNor. Masa baru kawen dulu cikNor tak pandai pun buat karipap so en Hubby lah cikgu yang mengajar buat karipap ni...sekarang dah master...hehehe (perasan ler tu...)

Oke, happy cooking buat sume (^_^)

Tuesday, December 6, 2011

Tosai with Kari Ayam Mamak Style

"Mamak kasi tosai sama kari ayam!
"Tosai sama kari ayam, siap!!!"
hahaha...tu dialog kat restoran mamak.

Sekarang cikNor nak kasi resepi yang order kat restoran mamak tadi. Menu ni cikNor baru dapat daripada adik ipar yang kat Taman Perling, Johor...hasil ziarah sempena hubbynya balik dari haji. Hubby adik ipar cikNor berketurunan mamak ( used in Malaysia to describe the Indian Tamil Muslim community and culture - From Wikipedia, the free encyclopedia  )sebab tu die dah jadi terror dgn masakan mamak.

Sebenarnya dah lama cikNor nak cuba buat tosai tapi tak de cikgu yang nak rujuk. Masa ke Taman Perling tu tengok makcik adik ipar cikNor tengah duk buat tosai jadi cikNor pun terus jalankan soal siasat pasal benda alah tu. Makcik tu pun ajar cikNor dengan rasa bangganya...hehehe
Maka berjayalah cikNor buat tosai sendiri, yang selama ni di-oder dari restoran mamak jer. Humang aii, sonang jer wat tosai ni ruponyo...apo yang ponting...kono rajin & ado lak bahan-bahannya. 
Adik ipar cikNor siap ajar cara buat kari mamak lagi...pakej belaja buat tosai


Hidung mancung cikNor yang dah sedia mancung tu bertambah mancung bila dah dapat buat tosai sendiri...hahaha...belagak la tu
Bahan-bahan untuk menu tosai ni adik ipar cikNor yang kasi, hahh...apa lagi meh la salin

1 cawan uluntu
2 cawan beras
segenggam nasi
1 sudu teh garam

Cara-cara :
  • Uluntu & beras direndam semalaman.
  • Keesokkan pagi kisar uluntu & beras bersama segenggam nasi serta garam, kemudian peramkan selama 8 jam.
  • Kemudian bolehlah dimasak macam lempeng...kalau nak mudah guna kuali non-stick sebab tak melekat, kalau tak der guna jer kuali leper buat roti jala - sapu sikit minyak kemudian tuang adunan tosai, ambil tudung kuali tutupkan masa menggoreng tu supaya cepat masak. (gunakan api kecil).
  • Bila dah masak lipat dua dan angkat...tak perlu dibalikkan.  
Sesapa yang tak taw apa tu uluntu, inilah bendanya...kacang untuk buat tosai
Adik ipar cikNor bukan jer kasi resepi siap kasi uluntu lagi...ni kalau tak buat jugak tak taw la. Uluntu ni boleh dibeli di kedai India. Kacang ni ada kulit kaler hitam tapi adik ipar cikNor kata senang beli jer yang dah siap kupas macam kat gambar tu. Sikit dah cukup sebab tak guna banyak pun. 

Beras, uluntu & nasi yang siap blender  diperamkan selama 8 jam...nampak macam buih-buih halus,
don't worry tu tandanya adunan dah menjadi.
Adunan ni memang dapat banyak tapi jangan bimbang kalau tak abes simpan jer kat peti ais, bila nak masak keluarkan dan biarkan 20-30 minit kemudian barulah masak macam biasa.

Tak berapa nak bulat bentuknya tapi oke ler...hehehe
cikNor hantar kat rumah mommy cikNor jugak ni sebab dapat banyak keping...itu pun cikNor tak masak semua, simpan kat peti ais...esok-esok leh masak lagi.

Inilah menu makan malam cikNor hari ni. cikNor berjaya makan 2 keping tosai, kalau tosai tu besar rasanya mampu makan sebiji jer kot sebab cepat kenyang makan benda alah ni...jimat beras dah tu...hehehe
Sekarang meh kita tengok lak macam mana nak buat kari ayam mamak style.

Bahan A
1/2 ekor ayam
1 1/2 paket rempah kari ayam
1 biji tomato - dikisar (ini cikNor pandai-pandai tambah sebab nak ilangkan pedas kari)
2 biji kentang - belah 4
2 cawan air

Bahan B
2 cawan santan kelapa

Bahan C
3 biji bawang merah - mayang halus
3 ulas bawang putih - mayang halus
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak :
  • Bahan A disatukan dalam periuk dan dimasak hingga rempahnya wangi & agak pekat.
  • Masukkan santan & garam secukup rasa.
  • Bahan C ditumis hingga naik bau kemudian tuangkan ke dalam Bahan A, biarkan mendidih seketika  kemudian matikan api dan sedia untuk dimakan bersama tosai tadi.
Senang jer kan...jadi bolehlah let's masak-masak...

Happy Cooking (o_O)

Monday, December 5, 2011

Jalan-jalan kat Batu Pahat terus sampai ke Muar...

Cuti sekolah kali ni awal cikNor balik Johor...ari Sabtu dah gerak ke JB. dak Eisya & dak Danial suke jer sebab lama dapat main dengan cousins dorang. Balik kampung awal sebab kitaorang nak sambut ipar en Hubby balik dari Mekah, amik berkat...amin...

Firstly kitaorang ziarah ipar yang duk kat Taman Perling.  Lepas tu terus gerak ke Batu Pahat sebab en Hubby nak tengok games softbol bawah 16 kat Sek Men Teknik Batu Pahat. en Hubby tak jadi umpire kali ni juz pegi bagi sokongan moral kat team Pahang. Lama jugak la kitaorang berkampung kat Batu Pahat, pagi petang ke padang...hurmm, berbaloi-baloi team Pahang Lelaki & Perempuan jadi JOHAN.

Taw tak apa yang bez kat Batu Pahat??? NASI BARIANI...kat TV3 pun pernah ada cite pasal nasi bariani Batu Pahat ni. Nasi Bariani Gam yang paling glamer & special...dulu tak taw jugak nape la nama nasi bariani gam, ingatkan taruk gam kat nasi tu (hehehe...giler hapa...) rupanya cara masak nasi bariani gam ni lain sikit dari nasi bariani yg biasa tu. Bila nasi tu dah kering air & hampir masak dorang lekatkan bancuhan tepung keliling tudung periuk dan matikan api...so wap nasi tu tak keluar & nasi pun akan masak dengan elok tanpa ada kerak...nasi pun sangat-sangat lembut.

Masa berkampung kat Batu Pahat kitaorang p makan kat dua tempat yg jual nasi bariani ni...dua-dua tempat ni memang femes la kat Batu Pahat, Nasi Bariani Mat Shah & Nasi Bariani Mat Bond...hurmm..dah rasa dua-dua tempat tu cikNor bagi 5 bintang kat Mat Bond memang bez. Nasinya sedap & lembut, kari kambingnya, dalca, pajeri nanas, acar buah sangat sedapp...yang Mat Shah pun oke gak tapi Mat Bond punye lagi sedap. 
Ini signboard restoran Nasi Bariani Mat Bond.

Pintu masuk restoran...signboard tu ada alamat penuh restoran ni kat Bukit Pasir, Batu Pahat
Hari last games softbol kitaorang gerak Muar, rumah kakak en Hubby nak ziarah ipar yg balik Mekah jugak. Kitaorang siap tapaw nasi bariani Mat Bond bawa ke Muar...RM73.00...nasi, kari kambing, kari ayam, dalca, pajeri nanas & acar buah...
On the way ke Muar singgah pulak beli kupang segar.  Sebenarnya sepanjang laluan nak ke Muar tu banyak gerai jual kupang segar.  en Hubby borong kupang 2 kilo, siput sedut pun 3 kilo...hahh, bukan setakat puas hati makan tapi puas hati jugak mengerjakan benda alah tu...nasib baik la ada askar kat rumah kakak ipar tu menolong bersihkan siput sedut tu...kalau tak terguling-guling gak ler...hahaha
Pakcik tu musti gumbira sebab en Hubby banyak borong kat gerai die...hehehe

Sampai kat rumah kakak ipar di Serom 4 tu kitaorang pun berkendurilah dengan nasi bariani Mat Bond. Kepada sesiapa kalau sampai ke Batu Pahat carilah restoran Nasi Bariani Mat Bond ni dan rasailah kesedapannya...

hurmm...cikNor rasa macam badan dah dumox sikit la start cuti ni...huhuu...bile balik kampung makan tak hengatt...maklum lah kat JB ni banyak sangat makanan yang sudap-sudap...arghhh...tolong, dah jadi raksasa...diet, diet...

Sunday, December 4, 2011

Pau Gebu dan Lembut


Hollaa...selamat bercuti sekolah buat kanak-kanak riang & cikgu-cikgu di seluruh Malaysia. Walau pun cuti sekolah sebenarnya cikgu-cikgu tak cuti pun sebab masih kene bertugas di sekolah walau P&P tak berjalan macam biasa...hanya orang yg tidak terlibat dalam dunia perguruan saja yg anggap cikgu cuti panjang sama macam budak sekolah...hakikatnya TIDAKKKkkk...

Tak nak lah cerita panjang pasal cikgu-cikgu ni...tak bez

Kali ni cikNor nak share resepi pau yang gebu dan lembut.  Sebenarnya cikNor agak fobia sikit pasal kuih pau ni sebab cikNor memang fail dalam bab menghasilkan kuih-muih yang kene kukus kecuali kek yang dikukus.  Dulu penah buat pau...hurmmm...sedihhh...pau dah naik menggebuss tetiba kecut balik bile dah angkat dari pengukus...memang sah ler pau tu tak sedap, cam liat jer. Start dari tu terus serender tak nak buat pau lagi...majuk...huhuu...

Tetiba pada 3/12/2011...rasa merenyam-renyam sangat nak buat pau, siap beli tepung pau cap bluekey lagi...roh nak buat pau sudah mari...hahaha...so try la belogwalking lalu terjumpa la macam-macam versi buat pau tapi ada satu yang cikNor macam agak gedik nak mencuba daripada Ian ieza resepi. Harap-harap menjadi ler...

Dengan tahap kerajinan yang berada di level yang amat tinggi lalu cikNor pun memulakan operasi mengadun dan menguli tepung sampai jadi doh pau...macam seronok jer (apa tak seronoknya...bukan cikNor yang menguli tapi mixer...)

adun...uli...rehat...kasi inti...rehat...kukus...
taDaaaa....itulah hasilnya...hurmm...memang berbaloi-baloi sebab sangat gebuss dan lembut. Thanks Ian ieza, berakhir juga nightmare pau cikNor...hahaha

Lembut dan gebuss pau ni...walau pun dah sejuk

Siap close up kotak tepung lagi...mcm biasa lah cikNor sebagai duta tepung
cap Bluekey...guna tepung pau Bluekey

eh, nape ada paper cupcake kat situ...sebenarnya cikNor guna paper cupcake tu
buat lapik pau...hehehee, short cut malas nak gunting kertas
Oke, kat sini cikNor minta izin pada Ian ieza untuk share resepi pau sedap ni.

Bahan-bahan :
Bahan A
300gm air suam
220gm gula
18gm yis segera (yg glamer tu mauripan ler)

Bahan B
920gm tepung pau
60gm shortening
180gm air
1 sudu teh bread softerner
2 sudu teh baking powder

Cara-cara:
  • Air suam + gula + yis -dilarutkan biarkan sebentar (lbh krg 10 minit).
  • Ayak tepung, baking powder kemudian campur dengan semua Bahan B yang lain seterusnya masukkan Bahan A - uli adunan ini sampai jadi doh yang lembut (kalau guna mixer 10 minit).
  • Rehatkan doh selama 20 minit, kemudian bahagikan doh 20gm atau 50gm (cikNor buat 50gm).
  • Bulatkan doh kemudian masukkan inti dan lapikkan dengan kertas (kalau ada penyakit M guna jer paper cupcake mcm cikNor...hehehe).
  • Rehatkan doh dalam 20-40 minit, tutup dengan plastik.
  • Kukus 5-8 minit...bab kukus ni kene hati-hati sikit tak boleh terlebih masa kukus nanti pau jadi kerepot. Lagi satu kalau nak angkat pau yang dah siap kukus jangan dibuka tudung pengukus tu masa atas api tapi angkat periuk kukus tu dulu baru bukak tudung periuk (ini emak cikNor yang kasi petua...tujuannya supaya pau tadi tak kerepot).
*cikNor buat separuh jer daripada bahan kat atas tu maknanya bahagi dua setiap bahan-bahan tu sebab kalau buat ikut resepi tu rasanya banyak sangat...
*inti tu terpulanglah masing-masing punya citarasa...nak guna inti macam karipap, inti kelapa, kacang atau kaya pun boleh...cikNor buat inti macam karipap.

TIPS semasa mengukus - balut tudung periuk kukus dengan kain. tujuannya supaya air kukusan tidak jatuh atas bahan yang dikukus.

Oke, happy cooking (^_^)

Friday, December 2, 2011

Coklat Hantaran dari Kedai cikNor

Order daripada customer Jengka 8 untuk majlisnya pada hari esok 3/12/2011.
Terima kasih sebab order daripada Kedai cikNor moga Lyna berpuas hati.
SELAMAT BERTUNANG daripada cikNor.

25 biji = RM 30.00
Filling - peanut butter
Warna :
Coklat 3 layer - hitam, putih & coklat
Wording - pink
Base Wording - coklat & putih
p/s - Pelanggan yang paling tak cerewet juz order dan terserah pada cikNor nak buat kaler @ design apa pun. Lyna cuma minta tulis SAIFUL luv (bentuk hati) LYNA..senang keje cikNor. Disebabkan die guna tema hitam & putih so cikNor pun buatlah coklat tu hitam & putih cuma wording & bentuk hati tu jer pink sebab anak-anak cikNor kata nampak sweet...harap-harap Lyna suke.